This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday 30 March 2015

Testimoni 7 : Susu Ibu Banyak, Luka Jahit Cepat Sembuh, Badan Cergas & Sihat Lepas Ambil Set Pantang Shaklee

Assalammualaikum semua,

Seronok rasanya bila baca ramai yang berpuas hati selepas mengamalkan Set Berpantang Shaklee. Kebanyakkan memberikan feedback positif selepas ambil Set Berpantang Shaklee ini.Jika sebelum ini ida ada kongsikan beberapa entri bagi testimoni customer yang amalkan Set Berpantang Shaklee.Pasti ada yang dah baca testimoni tersebutkan dan bagi yang terlepas entri-entri tersebut jangan sedih ye klik je link kat bawah ni bagi membaca testimoni-testimoni yang lain.


Ini pula perkongsian cerita daripada Puan Murni yang amalkan Set Berpantang Shaklee.Ikuti kisah beliau.


Antara pengalaman Puan Murni bersama Set Berpantang Shaklee ialah :-

  1. Luka jahitan sembuh dalam masa 3 hari
  2. Badan cergas dan sihat sahaja
  3. Rambut tak gugur
  4. Kulit muka cantik
  5. Susu ibu banyak


Alhamdulillah itu pengalaman Puan Murni dan ida tidak nafikan memang apa yang dikatakan Puan Murni betul.Sebab apa ida cakap macam tu sebab ida pun berpantang dengan Set Berpantang Shaklee dan ida amat-amat menggalakkkan mana-mana ibu yang sedang mencari Set Berpantang ida syorkan Set Berpantang Shaklee. Dah uba baru taukan hihihihi.

Sebarang pertanyaan mahupun pembelian Set Berpantang Shaklee boleh hubungi ida ye.

Ida Umielman
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Friday 27 March 2015

10 Tips Untuk Atasi Masalah Perut Buncit Selepas Bersalin.

Assalammualaikum semua,




Perut buncit selepas melahirkan anak adalah satu perkara biasa yang berlaku kepada semua ibu yang baru melahirkan. Ditambah pula dengan kehadiran selulit serta tanda regangan membuatkan ramai ibu-ibu yang risau dan gelisah. Perut yang buncit pasti mencacatkan penampilan setiap ibu-ibu ini kan. Disini ida sertakan 10 tips untuk mengatasi masalah perut buncit selepas bersalin.

1. Penyusuan

  • Penyusuan bukan hanya memberi manfaat kepada bayi sahaja, malah ianya juga sangat membantu ibu untuk langsing semula. Ibu digalakkan menyusukan anaknya hanya dengan susu ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan. Sebaik-baiknya lakukan penyusuan secara ekslusif sehingga bayi berumur 6bukan tanpa memberi makanan dan minuman tmbahan selain dari susu ibu. Juga disarankan agar penyusuan dieruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.
  • Ibu yang menyusukan akan cepat berasa lapar dan dahaga. Ini disebabkan air dan banyak kalori diperlukan untuk menghasilkan susu ibu. Oleh sebab itulah, ibu menyusu dinasihatkan mengamalkan pemakanan seimbang terutama makanan yang rendah lemak dan tinggi serat. Diet ideal ialah makanan yang tinggi kandungan protien dan vitaminnya. Kalori juga harus dikira supaya ada penyusutan berat badan. Perlu diingat,kalori yang sesuai bagi ibu menyusu adalah sekitar 2500 kcal. Kalau terlalu kurang, dikhuatiri susu yang dihasilkan tidak memuaskan.
  • Penyusuan dan pemakanan seimbang mampu membantu menurunkan berat badan. Setiap kali sesi penyusuan 85 kcal akan dibakar bagi 100ml susu badan yang dihasilkan. Untuk 6 bulan pertama, purata susu badan dihasilkan sehari adalah sebanyak 750ml. Ini bermakna sebanyak 650 kcal akan dibakar hanya dengan menyusukan susu badan. 650 kcal kalori yang dibakar adalah bersamaan dengan naik tangga berterusan selama 0 minit. Penyusuan juga  membantu mengecutkan rahim ibu dan membantu mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.Jadi teruskanlah enyusukan anak dengan susu ibu.


2. Pemakaian Bengkung

  • Aspek penjagaaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini terutama amalan berurut,bertuam, bertungku,bertangas dan berbengkung atau berbarut. Tidak dinafikan amalan tersebut agak leceh dan remeh tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Amalan berbengkung yang dilakukan secara berdisiplin boleh membantu seseorang ibu mengembalikan bentuk badan asal secara senulajadi. Pemilihan dan penggunaan bengkung yang sesuai serta cara pemakaian yang betul mampu merampingkan pinggang ibu.
  • Disampigh itu, berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan,perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatatkan peranakan agar tidak jatuh. Ibu perlu ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan langsing semula.
  • Waktu sesuai berbengkung adalah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokannya. Ibu pasti tersenyum dengan hasilnya.

3. Amalan Bertungku

  • Bertungku adalah amalan tradisional ibu-ibu untuk memecahkan darah beku selepas bersalin. Amalan ini semakin kurang mendapat sambutan kerana khasiat dan kebaikan bertungku sudah tidak dititikberatkan. Tujuan bertungku adalah untuk membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku, memecahkan lemak dan mengecutkan rahim bagi ibu selepas bersalin.

4. Kawal Diet Pemakanan

  • Untuk 6 bulan pertama, ibu yang menyusukan bayi secara ekslusif dinasihatkan mengamalkan pemakanan sihat yang rendah lemak dan tinggi serat. Manakala bagi ibu yang sudah tidak menyusukan bayi, ibu boleh mengawal diet pemakanan secara teratur. Kurangkan pengambilan karbohidrat, lemak dan minyak. Lebihkan pengambilan protien bagi membina otot tubuh dan menganjalkan semula perut yang menggeleber. Tingkatkan juga pengambilan makanan yang dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak seperti oat kekacang,bayam dan madu.
  • Ingin sentiasa kenyang pada asa yang sama mampu mengecilkan saiz pinggang? Cuba amalkan oat,cendawan,asparagus,bawang dan pisang. Ini keranan makanan tersebut menghasilkan lebih hormon yang mengawal selera yang membuatkan ibu sentiasa berasa kenyang.

5. Kepentingan Sarapan Pagi

  • Bagi ibu yang ingin kembali langsing,jangan pandang remeh akan perkara ini. Bersarapan dapat meningkatkan metabolisma dalam badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenaga berlaku dengan lebih cepat. Namun, cuba ambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi makan dengan lebih kerap. Amalkan makanan tinggi serat, angkan gula ringkas dan makan lemak yang sihat.

6. Teh Hijau dan Jus Limau Nipis.

  • Untuk mengempiskan perut, selain menjaga pemakanan dan bersenam secara teratur. ibu boleh mempercepatkan proses tersebut dengan mengamalkan minum teh hijau. Sejak dahulu lagi, teh hijau disebut sebagai minuman pelangsing kerana memiliki kandungan Catechin yang berupaya meningkatkan pembakaran lemak sekalipun sewaktu ibu tidak bergerak. Catechin adalah sejenis polifenol yang terdapat di dalam daun teh yang memiliki sifat sebagai antioksidan. Ibu disarankan meminum teh hijau selepas makan makanan yang berlemak. Kaedah ini sesuai untuk ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu.
  • Selain mengamalkan minum teh hijau, minum minuman yang masam akan menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh. Amalkanlah minum air limau nipis atau jus oren segar sebaik-baiknya tanpa gula.

7. Minum Air Sebelum Makan

  • Pelik tapi benar.Menurut satu kajian, ibu yang minum 2 gelas air sebelum sarapan,makan tengahari dan makan malam mampu mengurangkan berat badan sebanyak 12kg setahun. Ibu yang minum 2 gelas air mendapat 75 kalori berbanding yang tidak minum air. Ia juga meningkatkan metabolisma tubuh.
  • Elakkan makan bersulam air.Ramai yang gemar menikmati makanan dengan ditemani segelas air. Mungkin sudah terbiasa makan diselangi air agar tidak tercekik atau tersedak. Sebenarnya minum bersulam air boleh memberi  kesan buruk kepada sistem penghadaman dan meningkatkan insulin dengan cepat. Bukan sahaja masalah kesihatan tetapi turut membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut dengan cepat.

8. Selepas Makan Gerak 25 Langkah

  • Kurangkan segera kalori selepas makan. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan digunakan. Lebih-lebih lagi jika anda menaiki tangga. Lakukan dengan santai kerana perut baru diisi. Selain memberi peluang makanan untuk hadam, amalan berjalan-jalan sesudah makan membantu menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan yang diambil.

9. Senaman Secara Teratur

  • Sebaik sahaja bersalin, senaman kurang sesuai dilakukan keran ibu perlu berehat bagi menyembuhkan luka pada vagina (kelahiran normal) atau perut ( kelahiran caesarean). Selepas 3 bulan bersalin, pemulihan ibu sudah sempurna. Usaha untuk merampingkan pinggang perlu dititikberatkan. Pelajari cara dan panduan untuk menurunkan berat badan yang betul dan jangan lakukan diet secara membuta tuli ini  boleh menjejaskan kesihatan.
  • Senaman hendaklah dilakukan dengan betul dan teratur agar ia dapat memberi manfaat. Senaman mestilah sesuai dengan individu yang melakukannya. Sebagai contoh, individu yang mempunyai perut geleber haruslah melakukan senaman yang boleh membakar lemak.
  • Senaman juga mestilah seiring dengan dirt yang betul. Tisu lemak akan hanya digunakan oleh badan apabila kita membakar kalori melalui senaman lebih tinggi daripada jumlah kalori yang diambil pada hari sebelumnya.Sebagai contohnya kita mengambil 2500 kalori pada hari sebelumnya,kita mesti bersenam untuk membakar 3000 kalori pada hari berikutnya.
  • Ibu yang ingin kembali rampin, mesti, melakukan senaman setiap ahri untuk membakar kalori yang cukup agar lemak yang tersimpan dapat digunakan. Diet makanan yang sihat mestilah diteruskan supaya tiada lebihan lemak yang boleh disimpan oleh badan.
  • Senaman kardiovaskular dan andomen tertentu boleh membantu mengempiskan perut. Senaman yang dilakukan secara konsisten boleh mendapatkan kesan terbaik. Untuk mengempiskan perut juga, gerakan punggung secara perlahan boleh dilakukan contohnya  dengan melakukan tarian gelek,dangdut dan hula-hula.

10. Petua Tradisional

  • Selain daripada berbengkung,masalah perut buncit selepas bersalinboleh juga diatasi dengan mengamalkan petua tradisional. Caranya , dua hari selepas bersalin,ambil akpur sirih,perahkan sebiji asam limau kedalam kapur sirih tadi,lumurkan capuran ersebut dipermukaan perut ibu sehingga rata biarkan seketika sehingga kering. Sapuan ini akan menyebabkan perut terasa hangan kerana kesan kapur.Oleh itu jangaj sapu terlalu banyak.
  • Tujuannya adalah untuk mengempiskan perut yang membuncit dan membakar lemak. Namun rawatan ini mengambil masa yang lama untuk perut kembali kempis.Amalkan petua ini selama tempoh berpantang (44 hari) berturut-turut. Kebiasaannya jika dilakukan secara berdisiplin selepas tempoh berpantang,perut ibu beransur kempis,kelihatan licin,anjal dan tidak berkedut-kedut.Keadaan perut kembali menarik seperti sebelum ibu bersalin.

Kredit

Itu serba sedikit perkongsian buat ibu-ibu hamil yang bakal menghadapi fas berpantang. Semoga info ini berguna.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Thursday 26 March 2015

Testimoni 6 : Lepas 4 Hari Bersalin Dah Boleh Turun Naik Tangga , Lepas Seminggu Luka Ceaser Kering Cantik

Assalammualaikum semua,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog kesayangan ida ni hihihihi. Entri kali ini ida kongsikan lagi testimoni dari customer yang amalkan Set Berpantang Shaklee. Kali ini dari Puan Rosni pula. Jom baca perkongsian beliau pula :-



Puan Rosni ini bersalin secara pembedahan tetapi beliau tidak alami sebarang masalah apabila hari ke 2 selepas bersalin beliau telah dibenarkan keluar sebab baby tiada jaundis dan luka pembedahan cepat ok. Bagi yang bersalin secara pembedahan luka bersalin perlulah dijaga dengan sebaik mungkin tetapi Alhamdulillah selepas amalkan Set Berpantang Shakee selepas seminggu luka pembedahan beliau kering dan jahitan mula tanggal.Bayangkan hari ke 4 beliau dah boleh turun naik tangga.

Puan Rosni amalkan ESP, Vita Lea, Vit C, B Complex, Ostematrix dan Zinc Complex Shaklee. Set Berpantang ini adalah Set Berpantang Lengkap Shaklee.

Puan Rosni antara customer yang berpuas hati selepas mengamalkan Set Berpantang Shaklee. Bagaimana dengan anda yang sedang mencari Set Berpantang? Apakah pilihan anda?

Ingin rasakan perbezaan berpantang dengan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi ida untuk dapatkan Set Berpantang Shaklee

Klik link dibawah untuk ketahui entri-entri yang lepas.

  1. Apa Itu Penyakit Kuning @ Jaundice Pada Bayi.
  2. 12 Pantang Larang buat Ibu Didalam Pantang
  3. Apa itu Luka Episiotomi dan Penjagaannya?

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday 25 March 2015

Apa Itu Penyakit Kuning @ Jaundice Pada Bayi.

Assalammualaikum semua?

Alhamdulillah ida masih di beri kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog kesayangan ida ini untuk tatapan semua pembaca setia blog ini. Hari ini ida nak kongsikan tentang Jaundice atau penyakit kuning. Pasti semua sudah biasa dengan penyakit jaundice ni kan.Mari kita berkenalan dengan penyakit jaundice atau penyakit kuning ini ye.

Apa itu Jaundice (Kuning)?

  • Jaundice berasal dari perkataan Perancis " Jaune" yang bermakan kuning. Sel darah merah  manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubun. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi alrut air.
  • Setelah itu sebahagiannya kan dikeluarkan menjadi air kencing dan sebahagiannya lagi akan dibuang melalui najis pada saluran hempedu.

Antara tanda-tanda bahaya yang patut diperhatikan

  • Jaundice terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan
  • Peningkatan kekuningan yang cepat
  • Bayi anda mengalami defisiensi G6PD
  • Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundice teruk
  • Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
  • Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.

Mengapa Kebanyakkan Bayi Mengalami Jaundice?

1. Sel Darah Merah Bayi ( Fetal Hemoglobin)

  • Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darh merah orang dewasa. Ia muda terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek.Bilangannya juga berlebihan daripada biasa.Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3

2. Hati Bayi

  • Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80 % daripada bayi lahir cukup bulan.
  • Ini dipanggil kekuningan secara fisiolaogi atau normal.Oleh itu,tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.


Apakah Penyebab Lain Jaundice?

  • Trauma di kepasa disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
  • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
  • Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
  • Masalah tidak serasi dengan darah ibu ( Coombs Positive)
  • Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
  • Hormon tyhroid yang rendah ( Hypothyroidism)
  • Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
  • Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab diatas telah dikenalpasti negatif)

Apakah itu bilirubin?

  • Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel adarah merah. Ia kemudian diproses si dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.
  • Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20mg/dL (340 umol/L)/

Adakah Jaundice Merbahaya?

  • Ya, Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi  yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning.
  • Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh,pekak atau buta

Apakah Rawatan Untuk Bayi Kuning?

1. Phototheraphy ( Terapi Lampu )





  • Phototheraphy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.

Cara Menggunakan Phototheraphy dengan berkesan :-

  1. Letakkan sumber cahaya kira-kira 35cm-50cmm daripada bayi
  2. Buka semua baju bayi kecuali lampin
  3. Tutup matanya
  4. Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi,minum susu,menukar lampin dan mengambil darah.
  5. Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
  6. Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah kemestian
  7. Paras bilirubin hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat.
  8. Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan

2. Exchange Transfusion (ET)




  • ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi. ET ialah  satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam.
  • Jika di HKL proses ini dijalankan pada waktu malam sekitar pukul 11 malam sehingga 5 pagi. Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah dipusatnya dan memasukkan darah barru secara perlahan-lahan.Prosedur ini sangat perlahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi

Kenapa Phototheraphy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?

  • Phototheraphy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin,mandi dan ambil darah.
  • Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehydrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar  matahari boleh menjadikan dehydrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital,dehydrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah.
  • Keputusan   untuk mengadakan Exchange Transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu berbanding sekiranya pesakit hanya berada dirumah
  • Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan,masalah hati atau sebagainya.

Bagi ida kedua-dua anak ida setiap kali di buat pemeriksaan oleh nurse mesti diberitahu ada kuning tapi cuma bayang. Tapi untuk tidak merisikokan nyawa anak-anak ida dan en Suami tetap hantar anak ke klinik untuk ambil darah bagi buat pemeriksaan. Elman kena sekali sahaja cucuk untuk ambil darah tapi Ain kena 2 kali. Memang kesian tapi takut ia akan merbahayakan bayi kami terpaksa.


Ok itu serba sedikit perkongsian tentang penyakit kuning @ jaundice ini. Next entry nanti ida nak bercerita tentang Petua bagi atasi masalah kuning ini ye. Nantikan semua.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya




Monday 23 March 2015

Testimoni 5 : Set Berpantang Shaklee buatkan Saya Lebih Cergas dan Muka TIDAK Pucat - Puan Diyana


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Perkongsian testimoni dari ibu yang baru lepas bersalin yang mengambil Set Berpantang Shaklee. Jom kita baca apa pula kata Puan Diyana yang menggunakan Set Berpantang Shaklee.



Memang ida tak nafikan ESP Shaklee mampu memberi tenaga dan rasa kenyang yang lama kepada semua yang mengamalkannya . Selain itu antara kelebihan lain ESP Shaklee ialah:-


  • Membantu ibu bertenaga semasa berpantang
  • Mengawal rasa lapar ibu dalam pantang
  • Merawat luka dalaman dan luaran termasuk luka pembedahan ibu bersalin
  • Merangsang penghasilan susu yang banyak dan pekat
  • Susu yang pekat membantu ibu kenyang lebih lama
  • Mengurangkan kesan strech mark
  • Membantu mendapatkan semula kulit yang anjal dan berseri


Bagi Puan Diyana terdapat perbezaan berpantang dengan Set Berpantang Shaklee antaranya
" Muka tak nampak pucat dan badan nampak cergas"

Alhamdulillah semakin ramai yang merasakan perbezaan apabila mengamalkan Set Berpantang Shaklee ini.

Ingin baca entri-entri menarik sebelum ini,boleh klik link dibawah ini :-


  1. Kisah Aku : Set Berpantang Shaklee ... Buatkan Badanku Bertenaga, Luka Bersalin Cepat Sembuh dan Susu Melimpah Rauh..Alhamdulillah
  2. 6 Jenis Senaman Selepas Bersalin
  3. 11 Cara Penjagaan Luka Bersalin.


Ingin dapatkan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi ida :-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Friday 20 March 2015

Kisah Aku : Set Berpantang Shaklee ... Buatkan Badanku Bertenaga, Luka Bersalin Cepat Sembuh dan Susu Melimpah Rauh..Alhamdulillah

Assalammualaikum semua,

Ok seperti yang dijanjikan entri kali ini ida nak cerita pula fasa ketika ida berpantang. Semasa entri ini ditulis ida dah baru sahaja habis berpantang. Alhamdulillah ida dapat menjalani fasa berpantang dengan keadaan yang ok walaupun berpantang sendiri sahaja.

Selepas melahirkan Ain, ida balik Negeri Sembilan untuk berpantang di sana.Eh tadi cakap pantang sendiri leni balik pula kampung berpantang ye.Sabar ida balik kampung hanya 2 minggu sahaja dimana seminggu berpantang rumah mentua ida dan seminggu lagi berpantang rumah ibu bapa ida.

Namanya berpantang mesti ada proses urut mengurut kan. Ida berurut dengan tukang urut di Jelai je selama 3 hari berturut-turut. Memang best lah dapat berurut rasa hilang segala lenguh-lenguh badan ni.Perghhhhh dapat lak tukang urut yang memang pandai mengurut memang terasa segar badan bila dah kena urut tu hihihihi.

Berpantang ida sama seperti orang lain je tak de bezapun. Setiap hari kena pakai bengkung dan bertungku. Itu memang wajib pakai dan buat. Ida berpantang pula rumah emak mertua yang mana memang sangat menitikberatkan tentang pemakaian bengkung dan bertungku ni. Alhamdulillah dikurniakan emak mertua yang sangat ambil berat. Rasa macam berpantang dengan emak sendiri hihihi.

Emak mertua ida pula memang titikberatkan bab makan ni. Jadi makan pantang sikit lah. Tapi tak pe mak mertua ida pandai masak best je semua dia masak hihihihi. Masa dalam pantang juga Ain sangat-sangat baik.Kerjanya tidur dan bangun untuk menyusu sahaja. Dapatlah umi berpantang dengan tenang dan dapat layan Abg Elman yang sikit mengada-ngada tu ( aura dapat adik tu kot). 

Seminggu selepas berpantang rumah emak mertua ida berpantang pula rumah mak ida.Berpantang rumah mak sama macam berpantang rumah eak mertua tak da bezapun hihihi.Semasa dalam pantang pun ida banyak dapat buat stok susu EBM. Dan susu Alhamdulillah susu melimpah ruah.

Selain itu,luka bersalin ida pun cepat sembuh. Sebab masa nurse datang periksa kat rumah dia cakap luka bersalin ida cantik sembuhnya.Seronok dengarnya. Badan pun rasa sentiasa bertenaga. Yela disamping menyusukan Ain, Elman pun perlukan perhatian juga. Alhamdulillah semua itu dapat dia atasi.

Bagi berpantang kali ini,ida sepenuhnya ambil Set Berpantang Shaklee. Itu antara kesan positif yang ida dapat selepas ambil Set Berpantang Shaklee ini. Nanti ida cerita pula tentang stok EBM Ain serta Set Berpantang Shaklee yang ida amalkan ye.

Itu sahajalah kisah ida berpantang untuk kali ke dua ini bersama Ain. Alhamdulillah Set Berpantang Shaklee banyak membantu ida sepanjang ida berpantang.

Itu kisah ida berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Bagaimana dengan anda? Apa pilihan Set Berpantang anda?Jika masih tercari-cari Set Berpantang ida sarankan Set Berpantang Shaklee ini yang memang best dan superb.

Kat bawah ini lah rupa Set Berpantang Shaklee yang banyak membantu ida semasa berpantang.



Bagi yang berminat nak dapatkan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi ida ye:-


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Thursday 19 March 2015

Testimoni 4 : Dalam masa 2 Minggu Luka Jahitan Baik dan Masalah Buasir Tiada.

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah makin ramai yang membuat pilihan untuk menggunakan Set Berpantang Shaklee ketika berpantang. Dan ramai juga memberi kesan positif selepas menggunakan Set Berpantang ini. Salah seorang darinya ialah Puan Adila ini.Ikuti kisah Puan Adila yang menggunakan Set Berpantang Shaklee dan apa pula kesan set ini kepada beliau.


Macam mana best tak baca kisah Puan Adila ini. Bagaimana Set Berpantang Shaklee mampu menyembuhkan luka bersalin beliau yang umpama kulit tauhu itu sembuh dalam masa 2 minggu. Di tambah lagi masalah buasir yang biasa berlaku kepada ibu berpantang turut dapat diatasi dengan Set Berpantang Shaklee. Alhamdulillah tiada apa yang menggembirakan ibu yang berpantang jika luka bersalin dan masalah buasir ketika berpantang dapat diatasi dan tidak mejadi masalah kepada ibu-ibu ketika berpantang.

Itu kisah Puan Adila bagi yang nak baca lagi testimoni ibu-ibu yang menggunakan Set Berpantang Shaklee boleh klik link kat bawah ni ye:-



Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday 18 March 2015

Kronologi Kelahiran Nur Ain Zahra bte Mohd Fuad.

Assalammmualaikum semua,

Bersiaran kali ini  dengan tajuk entri yang agak menarik ye. Hari ini ida nak kongsikan tentang kelahiran puteri ida iaitu anak ida yang ke 2. Alhamdulillah ida selamat melahirkan seorang lagi anak syurga pada 2hb Februari 2015 hari itu.Pasti ramai yang nak tahu kisah di sebalik kelahiran anak syurga ini kan ( macam orang nak tau sangat je hikhikhik).

Mengikut perkiraan sepatutnya tarikh anak syurga ini dijangka keluar adalah pada 5hb Februari 2015. Kiranya puteri ida ini terawal 3 hari keluar. Tak sabar nak menjengah ke dunia ini untuk melihat umi , ayah dan abang elman tu hikhikhik. Seperti ibu-ibu lain yang ingin melahirkan ida turut alami tanda-tanda hendak bersalin iaitu Bloody Show. Nak tahu apalagi tanda-tanda hendak bersalin boleh klik link dibawah ni ye:-

Tanda- Tanda Hendak Bersalin.

Tanda ini keluar pada petang 1hb Februari 2015. Kalau x silap ida dalam pukul 7 macam tu tetapi tidak diselangi kontraksi. Dan firasat ida menjangkakan masih lama lagi ida nak bersalin ni jadi malam tu sempat lagi ida pergi merayau dekat Giant Seri Kembangan dan pergi makan KFC hehehehe. Setahu ida juga bagi memudahkan pembukaan pintu rahim ibu-ibu yang hendak melahirkan perlu perbanyakkan berjalan. Jangan tak tahu pada 31hb Januari 2015 tu ida sempat lagi pergi ioi City Mall untuk merayau dekat situ huhuhuhuhu.

Ok berbalik pada cerita ida tadi, ida mula rasakan kontraksi sekitar pukul 10 malam tetapi kontraksi yang tidak terlalu ketara. Tapi malam tu ida tak dapat tidur lena pun hanya dapat tidur-tidur ayam sahaja. Dan sekitar pukul 3 pagi ida dapat rasakan kontraksi adalah dalam selang 10 minit. Ketika kontraksi selang 10 minit ini ida rasai ida mula praktikkan teknik pernafasan ketika kontraksi dan Alhamdulillah ia sangat membantu. Nak tahu bagaimana teknik pernafasan ketika kontraksi ini boleh klil link dibawah ini:-

Teknik Pernafasan

Sekitar jam 5 pagi dimana kontraksi 10 minit semakin ketara ida pun apalagi ajaklah En Suami ida pergi hospital. Tapi sebelum pergi hospital tu perlulah mandi dahulu dan bersihkan diri apa yang perlu kan. Salah satu sebabnya supaya badan kita cergas dan bertenaga.Pastikan juga semua kelengkapan untuk ibu dan bayi ketika berada di hospital perlulah disediakan terlebih dahulu.Nak tahu checklist persiapan bagi ibu dan bayi ketika di hospital boleh klik link kat bawah ni ye:-

Checklist buat Ibu dan Bayi ketika Ke Hospital

Ida dan En Suami sampai Hospital Serdang lebih kurang  6 pagi huhuhuhu.Orang semua tidur lagi kami dah ada kat hospital kan. Selepas pendaftaran di lakukan ida dipanggil untuk diperiksa oleh doktor. Sebelum doktor membuat pemeriksaan pintu rahim, nurse melakukan CTG atau Cardiotocography dimana ia adalah satu prosedur biasa bagi ibu-ibu yang hampir melahirkan. Secara ringkasnya,sepasang alat atau rada dipasang di perut ibu dalam jangka masa 45 minit atau lebih untuk mengambil bacaan degupan jantung bayi dan juga mengesan kontraksi. Waktu inilah doktor bagitahu kontraksi ida selang 10 minit secara konsisten.Mungkin sebab pagi lagi dan semua tengah mamai lepas doktor periksa ida tidak diberitahu pun berapa bukaan pintu rahim ida hanya di suruh tunggu diruang yang dikhaskan untuk menunggu. Masa ini ida masih dapat rasakan kontraksi pada selang masa 10 minit secara konsisten.

Sekitar jam 10 pagi,sekali lagi pemeriksaan pintu rahim dilakukan dan pada waktu ini bukaan pintu rahim baru 3 cm. Waktu ni teknik pernafasan memang banyak membantu dan ida perbanyakkan berjalan di sekitar hospital bagi mempercepatkan bukaan pintu rahim. Waktu ini En Suami ida hanya tunggu di ruang menunggu sahaja. Sekali sekala ida pergi melepak dengan En Suami ida bagi hilangkan sedikit rasa sakit kontraksi itu. Betul sokongan suami amat diperlukan disaat-saat begini hehehehe.

Pada jam 3 petang sekali lagi, pemeriksaan pintu rahim dilakukan dan pada waktu ini bukaan pintu rahim baru 4 cm. Tetapi betul pada waktu ini kontraksi dah semakin kuat. Berjalan adalah alternatif ida untuk kurangkan rasa sakit dari duduk sahaja. Pemeriksaan pintu rahim sekali lagi dilakukan sekitar pukul 5 petang dimana pada waku ini bukaan pintu rahim sudah sampai 5cm. Menurut nurse yang memeriksa bukaan pintu rahim tu apabila bukaan pintu rahim sudah capai 5cm , proses memecahkan air ketuban akan dilakukan. Waktu ini doktor dipanggil bagi pecahkan air ketuban dan selepas itu ida ditolak masuk Labour Room.

Di Labour Room, nurse melakukan sekali lagi CTG atau Cardiotocography dan mengambil bacaan tekanan darah ida.Waktu ni pula nurse boleh cakap kenapa perut ida senget kenapa tak baring betul-betul.Ida pun tak sedar perut ida senget hehehehe.Tapi pada waktu ini ida dah dapat rasakan kontraksi adalah pada selang masa 2 minit sekali.Di Hospital Serdang, disediakan 1 bilik bagi setiap seorang ibu yang hendak melahirkan.Kira best lah macam tu kan.Ketika kontraksi semakin kuat ida dapat rasakan bayi macam dah ada dipintu rahim. Memang dah rasa nak bersalin sangat masa ni. Tak sabar nak teran je masa tu ida fikir tapi masa tu nurse tak de jadi ida terpaksa tarik loceng untuk panggil nurse dan ketika jururawat datang ida memang dah rasa nak bersalin sangat. Bila nurse periksa memang bayi dah ada kat pintu rahim dan bukaan dah 10 cm. Ida apa lagi menggunakan sepenuh tenaga untuk meneran. Dan Alhamdulillah dengan hanya 2 kali meneran ida selamat melahirkan bayi ida dengan hanya ditemani seorang nurse dan tanpa suami di sisi. En Suami tak sempat datang bayi dah nak keluar sangat hikhikhik.

Alhamdulillah Syukur sangat ida selamat bersalin sekitar pukul 6.25 petang. En Suami masuk waktu bayi sedang di mandikan dan ida sedang dijahit kerana terdapat sedikit koyakan semasa proses melahirkan puteri ida tu. Ida di tolak masuk ke bilik l1 malam. Dan malam tu hanya ida dan bayi ida sahaja di hospital tanpa suami sebab suami kena balik rumah.Kesian abg Elman seharian tak jumpa uni dengan ayah.

Ida dibenarkan pulang pada keesokan harinya setelah diperiksa tiada apa-apa masalah pada ida mahupun bayi ida. Dan bermulah proses ida hendak berpantang pula bersama anak syurga ida ini. Anak syurga ida ni di beri nama Nur Ain Zahra bte Mohd Fuad. Puteri Umi dan Ayah serta bakal menjadi teman bergaduh abg Elman hehehe.

Begitulah serba sedikit kronolgi kelahiran anak syurga ke dua ida ni.Nanti next entri ida cerita pula proses ida berpantang ye.Stay tuned next entri k. Babaiiiii.

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya


Tuesday 17 March 2015

6 Jenis Senaman Selepas Bersalin

Assalammualaikum semua,

Pasti ramai yang tidak tahukan selepas bersalin kita perlu melakukan senaman bagi mengembalikan semula kesihatan ibu yang baru sahaja lepas bersalin. Ida sendiri baru tahu tentang senaman selepas bersalin ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada ibu yang bakal bersalin tidak lama lagi ye.

Antara Kebaikan Senaman Selepas Bersalin

  • Menguatkan otot-otot dada supaya dapat menyokong payudara yang membesar
  • Memperbaiki perjalanan darah dan pernafasan 
  • Mengurangkan berat badan yang naik semasa hamil
  • Menganjalkan kembali otot-otot membina teknik sesuai supaya dapat berehat dan tidur dalam waktu awal selepas melahirkan

Senaman yang Perlu Dielakkan Selepas Pembedahan

  1. Mengangkat kedua-dua kaki
  2. Duduk tegak dari kedudukan berbaring
  3. Melompat


1. Senaman Pernafasan

  1. Baring terlentang sambil membengkokkan lutut
  2. Sebelah tangan diletakkan di perut
  3. Tarik nafas melalui hidung
  4. Tarik nafas panjang supaya tangan anda akan ditolak ke atas oleh perut anda
  5. Hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut
  6. Leher dan bahu jangan bergerak

2. Senaman Perut

  1. Baring terlentang sambil membengkokkan lutut
  2. Rapatkan tangan ke sisi badan
  3. Angkat sebelah kaki anda yang dibengkokkan  tadi ke atas dan luruskan ke bawah sebanyak 10 kali
  4. Lalukan semula pada kaki yang sebelah lagi
  5. Ulang sebanyak 3 kali


3. Senaman Dada

  1. Baring terlentang rapatkan tangan ke sisi badan
  2. Angkat kedua-dua belah tangan ke atas sehingga kedua-dua nya bersentuhan
  3. Kemudian jatuhkan semula sehingga rapat kembali ke sisi badan
  4. Lakukan sebanyak 20 kali

4. Senaman Punggung

  1. Baring, rapatkan lutut dan tegakkan sementara kaki dibuka
  2. Angkat bahagian punggung dengan tapak kaki menekan lantai tanpa mengangkat bahu
  3. Biarkan dalam posisi sedemikian dalam kiraan 5
  4. Kembalikan punggung ke keadaan asal
  5. Ulang sebanyak 10 kali

5. Senaman Kaki

  1. Baring dengan melunjurkan kaki
  2. Gerakkan kedua-dua kaki dan putarkan kedua-dua kaki dengan tumit di buka

6. Senaman Kegel

  1. Letakkan tangan diperut,peha dan punggung
  2. Tahan nafas dan buat kenutan sebanyak 15-20 kenutan dengan kiraan 10 saat untuk setiap cengkaman faraj sebelum dilepas
  3. Ulang sebanyak 10 kali
  4. Bagus dilakukan 2-3 kali sehari dan boleh dilakukan sewaktu bersiri, duduk dan berbaring

Antara Kebaikan Senaman Kegel

  • Membantu menguatkan lantai pelvik
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi
  • Mengelakkan terkencing ketika batuk dan bersin
  • Menguatkan otot faraj


Senaman ini penting untuk 2 otot iaitu otot punggung dan perut. Dan jika ia dilakukan secara konsisten akan mempercepatkan proses mengembalikan bentuk badan kepada keadaan asal.

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Monday 16 March 2015

Testimoni 3 : Boleh Duduk Bersila Lepas Seminggu Berpantang sebab Luka Episio Cepat Sembuh.Penangan Set Berpantang

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah syukur kehadratNya kerana masih memberi kesempatan dekat Ida untuk mencoretkan serba sedikit info berguna buat semua pembaca setia blog ini.

Ok hari ini ida nak berkongsi lagi testimoni dari customer yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee.Kali ini perkongsian dari Puan Arissa.Jemput baca pengalaman beliau berpantang dengan Shaklee ye.




Kata Puan Arissa :-

Dalam masa seminggu luka episio dah sembuh dan beliau sudah boleh duduk bersila.Selain itu beliau tidak mengalami masalah untuk membuang air besar yang mana kebanyakkan ibu lepas bersalin akan alami masalah susah buang air besar.Dan paling best muka nampak sentiasa glowing biarpun dalam pantang.

Itu apa yang dirasai sendiri Puan Arissa selepas amalkan Set Berpantang Shaklee. Alhamdulillah ramai yang telah merasai kesan positif selepas amalkan Set Berpantang Shaklee ini antaranya 2 llagi testimoni dibawah ini.Jemput baca untuk ketahui kisah merela pula :-


Bagi yang masih mencari Set Berpantang ida syorkan amalkan Set Berpantang Shaklee ini yang mana ida turut merasai kelainan berpantang dengan Set Berpantang Shaklee ini. Next entry nanti ida cerita pula kisah ida berpantang dengan Shaklee k. Stay tuned.....

Berminat nak dapatkan Set Berpantang Shaklee ataupun apa-apa produk Shaklee boleh hubungi ida ye:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Saturday 14 March 2015

6 Masalah Biasa Berlaku Ketika Proses Berpantang Selepas Bersalin

Assalammualaikumm semua,

Seperti yang sedia maklum semasa dalam proses berpantang banyak perkara yang perlu di titk beratkan.Ini kerana semasa berpantang inilah ibu-ibu semua perlu mengembalikan semula kesihatan diri seprperti sediakala. Juga tidak dinafikan terdapat juga beberapa masalah akan berlaku semasa proses berpantang antaranya ialah :-

1. Masalah Bentan Urat

  • Mengikut kefahaman Melayu, bentan urat merujuk kepada keadaan badan yang terasa lemah seperti demam serta bisa urat dan sendi. Bentan urat mudah menyerang sesiapa yang terlebih bersenam atau menggunakan tenaga secara berlebihan sehingga jatuh sakit atau demam.
  • Dalam pantang bersalin,demam bentan urat berlaku apabila ibu tiba-tiba berasa seram sejuk,naik suhu badan atau menggigil. Lazimnya bentan urat berlaku apabila seluruh urat sendi serta otot badan tegang dan kekejangan. Bentan urat lazimnya berkait rapat dengan masalah bentan urat peranak dan bentan urat besar.
  • Dalam keadaan ini,pakar urut perbidanan tidak akan mengurut pesakit kerana rawatan tersebut akan memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya, rawatan yang dilakukan ialah bertangas wap herba dan mandian minyak urat. Pesakit akan dilumurkan dengan minyak urat ke seluruh badan sebelum diberi rawatan bertuam batu panas sehingga badan dapat memecahkan peluh.

2. Bentan Urat Peranak.

  • Masalah bentan yang paling biasa dihadapi oleh ibu bersalin adalah pada urat peranak atau urat buluh peranak yang datangnya dari urat besar pembuluh jantung. Urat besar ini menghala ke bahagian ari-ari dan cawan peha sehingga ke ibu jari kaki. Oleh sebab itulah petua Melayu melarang ibu bersalin bergerak kasar kerana bimbang terjadi perkara tersepak ibu jari kaki atau jatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranak dan berlaku turun darah.
  • Apabila keaddan ini berlaku, ibu dinasihatkan berbaring dengan secepat mungkin di atas lantai tanpa bantal di kepala dan alas  punggung dengan dua biji bantal, Satu cara lagi , ibu tersebut juga boleh menyandarkan kedua-dua kakinya pada dinding kerana posisi ini dapat mengurangkan pengaliran keluar darah.

3. Bentan Urat Besar

  • Urat besar ialah urat buluh peranak yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Setiap kali selepas bersalin, sama ada secara normal atau pembedahan, ketegangan urat besar akan dirasai,yang mana permulaannya ibu akan terasa lenguh atau sakit di bahagian cawan muka. Jika dibiarkan urat yang tegang itu akan mengganggu cara ibu berjalan dengan betul kerana sakitnya akan terasa ke tumit sehingga jika keadaannya teruk menyentap kulit. Apabila tersentap urat , seseorang itu akan berjalan capik seumur hidup. Masalah ini sukar dipulihkan,malahan sekiranya dilakukan pembedahan sekalipun hasilnya tidak terjamin.

Masalah Payudara

4. Bengkak Susu

  • Masalah ini terjadi apabila susu tersumbat dan mulai berkumpul serta berbuku di dalam payudara. 
  • Untuk melancarkan pengeluaran susu, ibu dinasihatkan  melakukan rawatan tuaman menggunakan bungkusan rumusan halba yang diikat seperti cepu dan direbus sehingga kembang. Bagi melancarkan dan memperbanyakkan air susu, ibu disyorkan mengamalkan minuman khas.

5. Bengkak Payudara Yang sakit Berdenyut dan Berbisa

  • Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut. Darjah kesakitan akibat kebengkakan itu adalah berbeza antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Keadaan ini dapat diredakan dengan rawatan tuaman ke atas payudara.

6. Puting Merekah dan Berdarah

  • Keadaan merekah dan berdarah sering terjadi di bahagian leher atau pangkal puting ibu yang menyusukan bayi. Keadaan ini berpunca daripada cara penyusuan yang tidak betul, iaitu bayi hanya menghisap di bahagian puting sahaja tanpa memasukkan sekeliling kelopak ke dalam mulut. Sebab yang lain, bayi menghisap terlalu kuat apabila susu berkurangan dan mengakibatkan puting dan lehernya melecet. Beberapa rawatan yang disyorkan ialah :-

Rebus daun sirik,biarkan suam.Rendam kapas dan gunakannya untuk mencuci perlahan-lahan di bahagian puting yang sakit.Lap kering
Asah kunyit,manjakani dan biji pala (boleh juga gunakan serbuk). Gaul sebati dengan minyak kelapa.Pupuk atau sapu rata di bahagian puting

Bagi ida pula Alhamdulillah hanya mengalami bengkak susu sahaja semasa berpantang anak pertama mahupun anak ke dua ida. Setiap ibu mengalami msalah yang berbeza dan ida doakan semua ibu dapat atasi dengan tenang. Bagi ida juga Set Berpantang Shaklee banyak membantu ida kekal bertenaga dan cergas sepanjang berpantang.

Apa pula pilihan Set Berpantang anda?
Adakah ia membantu anda sepanjang tempoh berpantang ?
Ingin rasai perbezaan berpantang dengan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi ida untuk mendapatkannya.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Kredit 

Friday 13 March 2015

7 Jenis Tungku Yang Perlu Diketahui.

Assalammualaikum semua,

Bertungku penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim.Bertungku bererti menuam bahagian tertentu badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan.(mungkin juga dengan bahan yang lain). Tujuan bertungku ialah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat saraf di sekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain.

Terdapat beberapa jenis tungku seperti tungku batu, tungku pasir herba,tungku bijirin herba,tungku bijirin herba, tungku besi, tungku layor ( daun dan buah), tungku abu,tungku garam bukit dan tungku moden.

1. TUNGKU BATU amat popular di kalangan wanita dalam pantang. Beberapa jenis batu boleh digunakan seperti batu sungai,batu gunug,batu bata merah dan batu kelikir. Batu ini dibakar sehingga merah dan di masukkan di dalam kain yang berlapikkan daun mengkudu,bunga kantan,halia dan halba. Ia bertujuan mengeluarkan darah beku,mengecutkan peranakan,menghilangkan kebas-kebas kaki serta buasir.

2. TUNGKU PASIR pula lebih ringkas. Pelbagai jenis pasir boleh digunakan seperti pasir sungai,pasir laut,campuran lumpur,tanah bukit atau pasir bukit. Pasir sungai ( digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sehingga betul-betul kering. Sediakan daun belacu yang dialas daun pisang,daun mengkudu,lada hitam,hirisan daun pandan dan pucuk kecubung. Tuang pasir di atas kain dan tuam di bahagian pinggul,bahu,belikat,perut dan tapak kaki. Elok  bagi wanita yang mengalami senggugut dan meroyan.

3. TUNGKU BIJIRIN digunakan oleh sesetengah bidan kampung sebagai terapi bersalin,menyusutkan bengkak dan nanah dan boleh dituam dibahagian pinggul. Bijirin yang digunakan ialah jagung,kacang hijau,lada hitam,halba,lada ekor,ketubar,daun kantan,daun pandan,halia bara dan lengkuas.

4. T. UNGKU BESI terkenal di negeri-negeri utara iaitu Perak,Pulau Pinang,Kedah dan Perlis. Tungku ini dibuat daripada besi dan berbentuk laras. Cara penyediannya sama juga dengan tungku lain di mana daun kecubung,lengkuas , daun dan kulit limau purut diletakkah di atas kai.Tungku dipanaskan dang dibungkus dengan kain yang berisi daun-daun tersebut.

5. TUNGKU LAYOR pula menggunakan dua jenis bahan sama ada daun atau buah. Daun yang sesuai ialah daun kantan,lengkuas,mengkudu,jambu batu hutan,sirih,kecubung dan kaduk. Tungku Buah pula menggunakan buah mengkudu,jambu batu hutan,sirih,kecubung dan kaduk. Tungku buah pula menggunakan buah mengkudu.Daun dan buah dilayorkan ( diletakkan di atas api sehingga daun layu) dan dibungkus dengan sapu tangan.

6. TUNGKU ABU anat unik dan sukar diperoleh pada masa kini kerana tidak ramai lagi yang memasak menggunakan kayu api. Abu daripada kayu api yang masih suam dibalut dengan daun mengkudu atau kain dan digunakan bagi meredakan bengkak di dahi,bisul,kuping kulit dan mengeringkan kudis.

7. TUNGKU MODEN adalah inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan penggunaannya. Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatab yang tersendiri. Tungku ini hanya perlu dicajkan selama 5-8 minit dan lampu akan terpadam secara automatik. Tungku ini akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan suhu ini akan bertahan antara 1-2 jam.

Itu antara jenis-jenis tungku yang ada. Dan kebiasaannya tungku yang digunakan ialah Tungku Batu , Tungku Besi dan Tungku Moden. Bagi ida sendiri ida menggunakan Tungku Batu ketika berpantangkan anak ida. Bagaimana pula pilihan ibu-ibu berpantang semua?


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Thursday 12 March 2015

Testimoni 2 : Pertama Kali Berpantang Cara Moden , Susu Badan Banyak & Baby Sihat serta Aktif

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini ida nak berkongsi lagi testimoni dari custmer yang amalkan Set Berpantang Shaklee. Beliau pertama kali amalkan Set Berpantang Shaklee untuk kelahiran anak ke 3 beliau.Jom kita baca pengalaman beliau berpantang dengan Set Berpantang Shaklee.

Ini testimoni customer saya + anak buah... dia ambil set berpantang.. dia baru mencuba Shaklee untuk anak yang ke 3... nak moden skit katanya... akak ni dapat info pasal Shaklee ni di internet sahaja.. hebatkan Shaklee ni.. semua org tergila-gilakan nye... Yang boleh jadi anak buah saya tu, bila dia ke Branch ipoh tapi tak dapat nak beli sebab bukan ahli.. nak dijadikan rezeki saya hari tu, saya ke Shaklee nak beli barang.. terus akak ni minta jadi ahli.. senang sikit nak beli lain kali katanya...


Alhamdulillah dengan amalkan Set Berpantang Shaklee baliau tiada masalah untuk berjaga sepanjang malam untuk susukan bayi beliau disamping uruskan baby.Kata beliau lagi susu badan juga banyak serta badan tak panas.

Itu antara pengalaman customer yang amalkan Set Berpantang Shaklee.Dan Alhamdulillah ramai yang memberi feedback yang positif. Bagaimana pula dengan anda yang bakal melahirkan? Apakah pilihan set untuk anda berpantang nanti.Jika ingin rasakan kelainan berpantang dengan Set Berpantang Shaklee boleh hubungu ida ye.

Klik link dibawah ini untuk baca pula testimoni dari customer yang turut amalkan Set Berpantang Shaklee.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday 11 March 2015

11 Cara Penjagaan Luka Bersalin.

Asslammualaikum dan Salam Sejahtera Semua,

Episiotomi adalah satu prosedur yang akan dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi.Sejurus kepala bayi sampai ke mulut faraj.doktor akan mengebaska kawasan pembukaan faraj dan membuat potongan.

Luka Episiotomi perlu dijaga sempurna bagi menggalakkan proses penyembuhan menghindari jangkitan kuman dan mengelakkan jahitan terbuka. Ikuti panduan dibawah bagi memastikan luka anda pulih dengan baik :-

1. Gunakan Pad Ais

  • Sebaik sahaja melahirkan bayi, anda boleh meletakkan pad ais pada bahagian jahitan episiotomi. Langkah ini bukan sahaja dapat menggalakkan luka untuk cepat sembuh malah lebih daripada itu dapat mengurangkan kesakitan yang dialami. Sebaik-baiknya letak pad ais tersebut pada bahagian jahitan untuk lebih kurang 10 minit , tiga hingga empat jam sekali.

2. Jangan Terlalu Lama Duduk atau Baring

  • Tekanan akibat terlalu baring atau duduk akan menyukarkan proses pemulihan. Jadi gunakan pelampung berenang yang berbentuk bulat untuk mengelakkan diri anda daripada berterusan memberi tekanan kepada jahitan

3. Lakukan Pergerakan

  • Adalah penting untuk anda melakukan sedikit pergerakan seperti berjalan perlahan-lahan bagi menggalakkan peredaran darah ke bahagian luka jahitan. Selain itu, ia juga baik untuk mengelakkan kecederaan yang lebih serius seperti jahitan terbuka.

4. Pastikan Perineum Bersih

  • Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bahagian yang dijahit. Jadi pastikan kawasan itu sentiasa bersih dengan mencucinya menggunakan air biasa. Lebih baik lagi, jika anda menggunakan cecair pembasmi kuman yang lazimnya dibekalkan oleh doktor.

5. Kurangkan Tegangan

  • Semasa membuang air besar, tekan dengan lembut bahagian episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan rasa sakit dan mengelakkan jahitan daripada terbuka.

6. Sentiasa Keringkan Jahitan

  • Mengeringkan kawasan jahitan menggalakkan proses pemulihan yang cepat. Setiap kali selepas membuang air atau mencuci darah nifas, anda boleh menggunakan pengering rambut jika mahu mengeringkannya. Sementara itu, sekali sekala anda digalakkan untuk mendedahkan bahagian jahitan episiotomi.

7. Amalkan Sitz Bath

  • Langkah ini boleh anda lakukan dengan merendam punggung di dalam besen berisi air garan yang suam. Ia dapat mengurangkan sakit dan membersihkan luka jahitan dan bahagian dalam faraj juga.

8. Lakukan Senaman Kegel.

  • Buat senaman Kegel atau lantai pelvik secara rutin. Ia terbukti dapat membantu luka jahitan cepat sembuh dengan menggalakkan perjalanan darah ke faraj. Jika dilakukan dengan teknik betul anda pasti dapat melihat perubahannya.

9. Minum Air Secukupnya

  • Selepas satu hingga tiga hari bersalin, tubuh secara semulajadi akan membuang lebihan air yang terkumpul semasa hamil. Hal ini akan membuatkan tubuh kekurangan air secara mendadak sehingga menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu ibu. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi lambat sembuh. Tambahan pula sembelit yang mungkin dialami akan menyebabkan kesakitan yang lebih ketara pada bahagian jahitan

10. Elakkan Sembelit.

  • Pastikan anda minum air secukupnya yang baik untuk melancarkan perjalanan usus. Selain itu, banyakkan mengambil makanan yang berasaskan serat.

11. Gunakan Pil Penahan Sakit

  • Dalam kes yang lebih teruk, anda mungkin mengalami kesakitan ketika proses pemulihan berlangsung. Bagi mengatasinya, anda boleh mengambil paracetamol atau ubat yang lebih lebih berkesan seperti ponstan sekiranya terlalu sakit.

Itu antara 11 cara Penjagaan luka Bersalin yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang bakal melahirkan.Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.Dan bagi yang ingin dapatkan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi ida.



Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Tuesday 10 March 2015

Testimoni 1 : Baru 8 hari Amalkan Set Berpantang Shaklee dan Rasa Seperti Sebulan Berpantang.

Assalammualaikum,

Entri ida hari ini ida nak kongsikan pengalaman ibu-ibu yang dalam pantang yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee dan kesan postif yang mereka telah rasai setelah mengamalkan Set Berpantang Shaklee secara KONSISTEN.

Testimoni pertama adalah dari Puan Wanie.Jemput baca pengalaman beliau berpantang dengan Set Berpantang Shaklee dibawah ini:-



Alhamdulillah baru 8 hari amalkan Set Berpantang Shaklee beliau dah rasa sihat seperti sebulan berpantang.Antara kesan positif yang beliau rasai ialah :-

Segar dan Cergas
Luka memang dah baik
Tiada sakit urat atau lenguh tulang
Perut kempis
Tiada sembelit
Susu keluar dengan lancar.

Itu antara kesan positif yang Puan Wanie rasai. Tiada apa yang lebih menggembirakan jika kita dapat berpantang tanpa sebarang masalah.Anda ingin merasai berpantang secara moden dengan Shaklee.Hubungi ida Pengedar Sah Shaklee anda :-


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Sunday 8 March 2015

5 Kelebihan Memakai Bengkung ketika Berpantang

Assalammualaikum,

Terdapat beberapa kelebihan memakai bengkung untuk wanita yang berpantang antaranya ialah :-

1. Mengelakkan perut masuk angin

  • Semasa tempoh mengandung selama 9 bulan,wanita akan mengalami pertambahan berat badan yang mendadak. Selain itu , wanita juga mengalami pertambahan berat badan yang mendadak. Selain itu , wanita juga mengalami  masalah angin di dalam perut yang boleh menyebabkan ibu mengalami sakit-sakit-sakit badan dan sendi.
  • Melalui ikatan bengkung yang kemas dan sempurna, ia membantu pengaliran angin panas dan kotor dari badan ibu yang berpantang dan sempurna.
2. Membantu mengempiskan perut dan lemak yang berada di bahagian paha dan punggung.
  • Bagi wanita yang mempunyai masalah perut buncit dan menggeleber,pemakaian bengkung yang konsisten akan membantu mengempiskan bahagian badan yang bermasalah.
  • Selain itu, ia juga membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutaa bagi ibu yang menyusukan bayi mereka.

3. Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.

  • Masalah otot-otot yang tegang selepas bersalin sememangnya perkara biasa bagi wanita selepas bersalin.Keadaan ini menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini  menyambung otot-otot perut yang terpisah akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda.
  • Akibatnya,tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ dalam badan dan bukannya otot perut. Pemakaian bengkung akan membantu menguatkan kembali otot-otot yang tegang kelihatan menggeleber.

4. Menguatkan tulang belakang dan menghasilkan postur tubuh yang baik.

  • Pemakaian bengkung baik untuk menyokong tulang belakang terutamanya keada sesiapa yang mengalami masalah sakit belakang.
  • Selain itu,bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

5. Menghalang peranakan daripada turun.

  • Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot ,jaringan dan ligamen.
  • Proses melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong rahin menjadi lemah dan menyebabkan ia jatuh dan kadangkala terkeluar dari saluran jatuh.
  • Dengan pemakaian bengkung,ia mampu menguatkan kembali otot di bahagian rahim bagi mengelakkan masalah peranakan turun.
Ida sendiri mengamalkan pemakaian bengkung ini.Ia memang bagus untuk semua ibu-ibu yang sedang berpantang.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Saturday 7 March 2015

Kepentingan Bertungku Ketika Berpantang.

Assalammualaikum semua,




Bertungku penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim.
Bertungku bererti menuam bahagian tertentu badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan.(mungkin juga dengan bahan yang lain). Tujuan bertungku ialah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat saraf di sekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain.

Ketika bertungku badan akan berpeluh dan terasa hangat. Ini akan memudahkan pemulihan tenaga. Bertungku dilakukan sebelum ibu mandi pada waktu pagi dan petang ketika ibu dalam posisi berbaring kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.

Batu atau besi tungku dipanaskan selama lebih kurang beberapa minit. Kemudian, dibalutkan dengan beberapa kain lapis (yang disusun didalamnya daun mengkudu pada setiap lapis) menurut kepanasan tungku yang dapat ditanggung oleh kulit.

Setelah dibalut rapi pangkal batu/besi diikat supaya kain tidak terburai (terbuka). Bahagian badan yang perlu ditungku ialah pada bahagian peranakan. Ini penting bagi mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Peranakan juga perlu disangkak (dinaikkan) atas dengan menolak bahagian rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat.

Menyangkak hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir.Peranakan yang tidak dinaikkan menyebabkan perut menjadi buncit dan terasa  tidak selesa,seolah-olah adanya benda menonjol yang hendak keluar dari faraj.. Bertungku di bahagian ini memakan masa lebih kurang 25 minit.

Bertungku juga memerlukan kemahirn. Ada juga orang yang menaikkan peranakan dengan berurut terlebih dahulu. Setelah itu barulah beralih ke bahagian lain, iaitu di bahagian kemaluan. Bahagian badan iaitu di bahagian dada,ulu hati,tengkuk,ketiak dan belikat. Bertungku di bahagian ini dilakukan di bahagian belikat kanan untuk beberapa minit yang kemudiannya dipindahkan ke bahagian kiri.

Di bahagian tengkuk,bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti orang berbantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher. Bahagian bawah iaitu bahagian betis,paha,punggung,pinggang,pelipat,pergelangan kaki dan tapak kaki. Bertungku di bahagian-bahagian ini memerlukan masa antara 15-20 minit bagi setiap bahagian.

Pada bahagian terakhir iaitu di tapak kaki,kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan ke belakang atau dengan mengolek-golekkan tungku ke hadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bujur atau bulat. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk. adalah lebih baik sekiranya ibu dibantu ketika bertungku terutamanya pada hari pertama,kedua dan ketiga.

Walaupun demikian,membakar tungku perlu dilakukan oleh orang lain kerana ia memerlukan kerja berat bagi seseorang ibu yang baru bersalin.Dengan adanya tungku-tungku moden dipasaran,mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi ibu-ibu ini.

Bertungku juga turut ida amalkan ketika berpantang.Dan ini antara amalan yang dititikberatkan ketika berpantang.Selain itu ida turut ambil Set Berpantang Shaklee yang memang best.Bagi yang ingin dapatkan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi ida ye.

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Friday 6 March 2015

9 Petua Ketika Berpantang

Assalammualaikum semua,

Antara petua-petua yang boleh diamalkan ketika berpantang buat semua ibu-ibu yang dalam fasa berpantang atau bakal melalui fasa berpantang.

1.Memulihkan Puting Payudara daripada Merekah

  • Ambil minyak kelapa hijau dan campurkan sedikit halia
  • Sapukan pada hujung puting anda

*** Jangan lakukan ketika menyusukan anak.

2.Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin.

Petua 1

  • Rendamkan beberapa helai daun pegaga bersama akarnya dengan air suam.Kemudian ditapis dan airnya diminum
  • Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 kali. In ShaAllah rahim anda kan mengecut seperti sediakala
  • Elakkan memakan buah nenas

Petua 2

  • Rebus halia tua dengan gula merah,kulit kayu manis,jintan manis dan daun panas.Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari
  • Petua ini dapat membuang angin,melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.

Petua 3

  • Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda yang ditumbuk bersama putih telur mentah
  • Minumlah selama 3 hari berturut-turut
  • Ia dapat menegcutkan rahim/peranakan anda ke tempat asal.

3.Air Susu Badan Berlebihan

  • Ambil 2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil.
  • Tetpkan di kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu setengah jam.
  • Tukarkan  daun baru jika perlu
  • Lakukan sehingga air susu berkurangan

4.Memerahkan Puting yang Lebam

  • Ambil 3 helai sirih dan tumbuk sehingga menghasilkan air berwarna merah.
  • Perah air sirih ini dan sapukan di sekitar puting
  • Lakukan setiap malam sehingga berhasil

5.Memulihkan Bibir Faraj yang Lebam

  • Bibir faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan semula dengan mencuci faraj dengan air kelapa muda yang baru.
  • Lakukan sekerap yang boleh

6.Petua kekal Langsing

  • Mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu :-
  • Apa yang kita ambil untuk sarapan pada waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan pada waktu tengahari
  • Pada waktu tengahari jangan makan makanan yang mengenyangkan,cukup sekadar buahan dan jangan tidak makan langsung.
  • Makan malan seawalnya dan diambil dalam lingkungan jam 7 malam
  • Jangan makan selepas pukul 9 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak iaitu makanan berat.


Berpuasa 2 kali seminggu ( setiap hari Isnin dan Khamis). Mestu berpuasa dengan niat pada waktu malam yang kita hendak berpuasa pada esok hari. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum.

7.Petua memudahkan Penghadaman

  • Makan dalam keadaan tenang
  • Beri masa untuk kita makan jangan sama sekali makan terburu-buru atau gelojoh.
  • Kunyah makanan sehingga betul-betul lumat barulah ditelan
  • Janga makan terlalu kenyang dan jangan disulami engan kerap meminum air.
  • Makan apabila terasa lapar itupun kalau perut terasa lapar ketika dalam waktu makan sebenarnya. Jika perut terasa lapar tetapi bukan dalam waktu makan tidak perlu makan.
  • Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadamkan atau tidak diperlukan penghadaman seperti bubur,madu,glukos,yogurt dan lain-lain.
  • Kurangkan makanan yang lambat hadam seperti lemak,protin dan karbohidrat.

9.Petua Seri Wajah Selepas Bersalin

Petua 1

  • Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu
  • Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

Petua 2

  • Ambil secawan beras,bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus)
  • Kenudian ambil sebuku kunyit hidup,kikis kulitnya basuh dan kisar
  • Bancuh beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat.
  • Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan
  • Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri
  • Amalkan selama 3 malam berturut-turut ,in sha Allah berhasil menaikkan seri wajah anda.

Petua 3

  • Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus
  • Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk
  • Apabila sejuk makanlah sebiji sehari selepas sarapan
  • Amalkan sehingga nampak hasilnya.

Kredit 



Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya