Alhamdulillah ida masih di beri kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog kesayangan ida ini untuk tatapan semua pembaca setia blog ini. Hari ini ida nak kongsikan tentang Jaundice atau penyakit kuning. Pasti semua sudah biasa dengan penyakit jaundice ni kan.Mari kita berkenalan dengan penyakit jaundice atau penyakit kuning ini ye.
Apa itu Jaundice (Kuning)?
- Jaundice berasal dari perkataan Perancis " Jaune" yang bermakan kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubun. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi alrut air.
- Setelah itu sebahagiannya kan dikeluarkan menjadi air kencing dan sebahagiannya lagi akan dibuang melalui najis pada saluran hempedu.
Antara tanda-tanda bahaya yang patut diperhatikan
- Jaundice terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan
- Peningkatan kekuningan yang cepat
- Bayi anda mengalami defisiensi G6PD
- Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundice teruk
- Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
- Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.
Mengapa Kebanyakkan Bayi Mengalami Jaundice?
1. Sel Darah Merah Bayi ( Fetal Hemoglobin)
- Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darh merah orang dewasa. Ia muda terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek.Bilangannya juga berlebihan daripada biasa.Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3
2. Hati Bayi
- Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80 % daripada bayi lahir cukup bulan.
- Ini dipanggil kekuningan secara fisiolaogi atau normal.Oleh itu,tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.
Apakah Penyebab Lain Jaundice?
- Trauma di kepasa disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
- Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
- Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
- Masalah tidak serasi dengan darah ibu ( Coombs Positive)
- Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
- Hormon tyhroid yang rendah ( Hypothyroidism)
- Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
- Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab diatas telah dikenalpasti negatif)
Apakah itu bilirubin?
- Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan daripada pemecahan sel adarah merah. Ia kemudian diproses si dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.
- Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20mg/dL (340 umol/L)/
Adakah Jaundice Merbahaya?
- Ya, Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning.
- Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh,pekak atau buta
Apakah Rawatan Untuk Bayi Kuning?
1. Phototheraphy ( Terapi Lampu )
- Phototheraphy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.
Cara Menggunakan Phototheraphy dengan berkesan :-
- Letakkan sumber cahaya kira-kira 35cm-50cmm daripada bayi
- Buka semua baju bayi kecuali lampin
- Tutup matanya
- Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi,minum susu,menukar lampin dan mengambil darah.
- Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
- Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah kemestian
- Paras bilirubin hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat.
- Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan
2. Exchange Transfusion (ET)
- ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi. ET ialah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam.
- Jika di HKL proses ini dijalankan pada waktu malam sekitar pukul 11 malam sehingga 5 pagi. Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah dipusatnya dan memasukkan darah barru secara perlahan-lahan.Prosedur ini sangat perlahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi
Kenapa Phototheraphy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?
- Phototheraphy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin,mandi dan ambil darah.
- Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehydrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar matahari boleh menjadikan dehydrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital,dehydrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah.
- Keputusan untuk mengadakan Exchange Transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu berbanding sekiranya pesakit hanya berada dirumah
- Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan,masalah hati atau sebagainya.
Bagi ida kedua-dua anak ida setiap kali di buat pemeriksaan oleh nurse mesti diberitahu ada kuning tapi cuma bayang. Tapi untuk tidak merisikokan nyawa anak-anak ida dan en Suami tetap hantar anak ke klinik untuk ambil darah bagi buat pemeriksaan. Elman kena sekali sahaja cucuk untuk ambil darah tapi Ain kena 2 kali. Memang kesian tapi takut ia akan merbahayakan bayi kami terpaksa.
Ok itu serba sedikit perkongsian tentang penyakit kuning @ jaundice ini. Next entry nanti ida nak bercerita tentang Petua bagi atasi masalah kuning ini ye. Nantikan semua.
Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanain@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe
***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya
0 comments:
Post a Comment