Wednesday, 11 March 2015

11 Cara Penjagaan Luka Bersalin.

Asslammualaikum dan Salam Sejahtera Semua,

Episiotomi adalah satu prosedur yang akan dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit untuk memudahkan laluan bayi.Sejurus kepala bayi sampai ke mulut faraj.doktor akan mengebaska kawasan pembukaan faraj dan membuat potongan.

Luka Episiotomi perlu dijaga sempurna bagi menggalakkan proses penyembuhan menghindari jangkitan kuman dan mengelakkan jahitan terbuka. Ikuti panduan dibawah bagi memastikan luka anda pulih dengan baik :-

1. Gunakan Pad Ais

  • Sebaik sahaja melahirkan bayi, anda boleh meletakkan pad ais pada bahagian jahitan episiotomi. Langkah ini bukan sahaja dapat menggalakkan luka untuk cepat sembuh malah lebih daripada itu dapat mengurangkan kesakitan yang dialami. Sebaik-baiknya letak pad ais tersebut pada bahagian jahitan untuk lebih kurang 10 minit , tiga hingga empat jam sekali.

2. Jangan Terlalu Lama Duduk atau Baring

  • Tekanan akibat terlalu baring atau duduk akan menyukarkan proses pemulihan. Jadi gunakan pelampung berenang yang berbentuk bulat untuk mengelakkan diri anda daripada berterusan memberi tekanan kepada jahitan

3. Lakukan Pergerakan

  • Adalah penting untuk anda melakukan sedikit pergerakan seperti berjalan perlahan-lahan bagi menggalakkan peredaran darah ke bahagian luka jahitan. Selain itu, ia juga baik untuk mengelakkan kecederaan yang lebih serius seperti jahitan terbuka.

4. Pastikan Perineum Bersih

  • Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bahagian yang dijahit. Jadi pastikan kawasan itu sentiasa bersih dengan mencucinya menggunakan air biasa. Lebih baik lagi, jika anda menggunakan cecair pembasmi kuman yang lazimnya dibekalkan oleh doktor.

5. Kurangkan Tegangan

  • Semasa membuang air besar, tekan dengan lembut bahagian episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan rasa sakit dan mengelakkan jahitan daripada terbuka.

6. Sentiasa Keringkan Jahitan

  • Mengeringkan kawasan jahitan menggalakkan proses pemulihan yang cepat. Setiap kali selepas membuang air atau mencuci darah nifas, anda boleh menggunakan pengering rambut jika mahu mengeringkannya. Sementara itu, sekali sekala anda digalakkan untuk mendedahkan bahagian jahitan episiotomi.

7. Amalkan Sitz Bath

  • Langkah ini boleh anda lakukan dengan merendam punggung di dalam besen berisi air garan yang suam. Ia dapat mengurangkan sakit dan membersihkan luka jahitan dan bahagian dalam faraj juga.

8. Lakukan Senaman Kegel.

  • Buat senaman Kegel atau lantai pelvik secara rutin. Ia terbukti dapat membantu luka jahitan cepat sembuh dengan menggalakkan perjalanan darah ke faraj. Jika dilakukan dengan teknik betul anda pasti dapat melihat perubahannya.

9. Minum Air Secukupnya

  • Selepas satu hingga tiga hari bersalin, tubuh secara semulajadi akan membuang lebihan air yang terkumpul semasa hamil. Hal ini akan membuatkan tubuh kekurangan air secara mendadak sehingga menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu ibu. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi lambat sembuh. Tambahan pula sembelit yang mungkin dialami akan menyebabkan kesakitan yang lebih ketara pada bahagian jahitan

10. Elakkan Sembelit.

  • Pastikan anda minum air secukupnya yang baik untuk melancarkan perjalanan usus. Selain itu, banyakkan mengambil makanan yang berasaskan serat.

11. Gunakan Pil Penahan Sakit

  • Dalam kes yang lebih teruk, anda mungkin mengalami kesakitan ketika proses pemulihan berlangsung. Bagi mengatasinya, anda boleh mengambil paracetamol atau ubat yang lebih lebih berkesan seperti ponstan sekiranya terlalu sakit.

Itu antara 11 cara Penjagaan luka Bersalin yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang bakal melahirkan.Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.Dan bagi yang ingin dapatkan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi ida.



Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment