Monday, 15 June 2015

Kenali Apa Itu Tandem Nursing?

Dalam menjayakan penyusuan susu ibu banyak ilmu yang perlu diterokai. Siapa kata menyusu badan ni senang cuma selak baju bagi bayi minum susu habis cerita kihkihkih. Dulu ida pun fikir macam tu juga. Semudah AB menyusu susu ibu ini. Rupa-rupanya banyak ilmu yang perlu dipelajari lagi.

Walaupun kedua-dua anak ida menyusu susu ibu tetapi sampai hari ini ida masih mencari dan mentelaah ilmu penyusuan susu ibu ini supaya ida mampu memperbaiki dan menambah baik kekurangan yang ada ketika ida menyusukan abg Elman dulu.

Entri kali ini ida nak kongsikan pula salah satu teknik yang biasa didengari dalam penyusuan susu ibu ini iaitu Tandem Nursing. Ida pasti ada yang biasa dengar dan ada yang baru pertama kali dengarkan.

Mari kita menambah lagi ilmu penyusuan susu ibu ini.



Apa Itu Tandem Nursing?

  • Tandem Nursing ialah apabila seorang ibu menyusukan lebih daripada seorang anak secara serentak.
  • Sebagai contonh ibu yang mempunyai anak kembar 2,3 atau lebih. Boleh jadi juga seorang ibu yang menyusukan bayi dan juga anaknya yang lain yang lebih tua sebagai contoh si abang atau si kakak.
  • Walaupun mereka bukan adik beradik kembar ini dikatakan tandem nursing terutamanya apabila kedua-dua anak ingi menyusu pada masa yang sama.
  • Tandem Nursing juga boleh dilakukan dimana sebelah payudara untuk si anak dan sebelah lagi payudara untuk mengepam.


Kebaikan Tandem Nursing?

  1. Memperbanyakkan air susu ibu
  2. Menyusu secara tandem akan mengurangkan rasa cembiru adik beradik jika nada baru sahaja lepas melahirkan. Anak yang tua akan sayang dengan adiknya dan tiada istilah emburu kerana masing-masing berkongsi bonding dengan ibu mereka.
  3. Tandem Nursing akan mengurangkan rasa bengkak payudara akibat susu banyak
  4. Anak-anak akan rapat dan saling menyayangi
  5. Tidak perlu risau samada susu cukup atau tidak untuk si kecil kerana asas penyusuan adalah 'demand and supply'. Selagi bayi menyusu selagi itu susu akan banyak.

Tips Tandem Nursing?

 1. Amal Pemakanan Tinggi Khasiat
  • Dalam usaha membekalkan susu berkualiti, ambil makanan sihat seperti daging, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu. Makanan yang diambil perlulah mengandungi protien , besi, kalsiun,asid folik dan zink yang tinggi. Makanan ringan seharusnya dihadkan. Juga jangan lupa minum lebih banyak air.
2. Tetapkan Giliran atau Serentak.
  • Dalam beberapa hari pertama, anda pasti mahu bayi mendapat khasiat susu terutamanya kolostrum yang diperlukan. Stelah susu matang terhasil, anda boleh menyusukan kedua-dua anak mengikut giliran mahupun secara serentak.
3. Kenalpasti Posisi Bersesuaian.
  • Anda boleh mengaplikasikan pelbagai posisi. Anda boleh memgang kedua-dua anak dalam posisi Cradle Hold atau Football Hold atau menggabungkannya. Antara lain anda boleh praktikkan posisi semi reclined atau sambil berbaring. Apa pun posisinya, anda tahu mana yang sesuai dan selesa untuk diri sendiri.
4. Bertenang
  • Susukan bayi dalam keadaan tenang agar anda dan anak-anak kekal selesa sepanjang sesi penyusuan berlangsung.
5. Minta Tolong
  • Mintalah pertolongan daripada suami,ibu,ibu mertua atau pembantu rumah untuk bermain dan mengalih perhatian anak yang tua sewaktu menyusukan bayi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua. Ida doakan semua ibu-ibu yang sedang berusaha dan berjuang untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu diberi kemudahan dalam melalui fasa-fasa penyusuan susu ibu ini ye. Happy Your Breastfeeding Journey and Happy Pumping.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment