Friday, 20 March 2015

Kisah Aku : Set Berpantang Shaklee ... Buatkan Badanku Bertenaga, Luka Bersalin Cepat Sembuh dan Susu Melimpah Rauh..Alhamdulillah

Assalammualaikum semua,

Ok seperti yang dijanjikan entri kali ini ida nak cerita pula fasa ketika ida berpantang. Semasa entri ini ditulis ida dah baru sahaja habis berpantang. Alhamdulillah ida dapat menjalani fasa berpantang dengan keadaan yang ok walaupun berpantang sendiri sahaja.

Selepas melahirkan Ain, ida balik Negeri Sembilan untuk berpantang di sana.Eh tadi cakap pantang sendiri leni balik pula kampung berpantang ye.Sabar ida balik kampung hanya 2 minggu sahaja dimana seminggu berpantang rumah mentua ida dan seminggu lagi berpantang rumah ibu bapa ida.

Namanya berpantang mesti ada proses urut mengurut kan. Ida berurut dengan tukang urut di Jelai je selama 3 hari berturut-turut. Memang best lah dapat berurut rasa hilang segala lenguh-lenguh badan ni.Perghhhhh dapat lak tukang urut yang memang pandai mengurut memang terasa segar badan bila dah kena urut tu hihihihi.

Berpantang ida sama seperti orang lain je tak de bezapun. Setiap hari kena pakai bengkung dan bertungku. Itu memang wajib pakai dan buat. Ida berpantang pula rumah emak mertua yang mana memang sangat menitikberatkan tentang pemakaian bengkung dan bertungku ni. Alhamdulillah dikurniakan emak mertua yang sangat ambil berat. Rasa macam berpantang dengan emak sendiri hihihi.

Emak mertua ida pula memang titikberatkan bab makan ni. Jadi makan pantang sikit lah. Tapi tak pe mak mertua ida pandai masak best je semua dia masak hihihihi. Masa dalam pantang juga Ain sangat-sangat baik.Kerjanya tidur dan bangun untuk menyusu sahaja. Dapatlah umi berpantang dengan tenang dan dapat layan Abg Elman yang sikit mengada-ngada tu ( aura dapat adik tu kot). 

Seminggu selepas berpantang rumah emak mertua ida berpantang pula rumah mak ida.Berpantang rumah mak sama macam berpantang rumah eak mertua tak da bezapun hihihi.Semasa dalam pantang pun ida banyak dapat buat stok susu EBM. Dan susu Alhamdulillah susu melimpah ruah.

Selain itu,luka bersalin ida pun cepat sembuh. Sebab masa nurse datang periksa kat rumah dia cakap luka bersalin ida cantik sembuhnya.Seronok dengarnya. Badan pun rasa sentiasa bertenaga. Yela disamping menyusukan Ain, Elman pun perlukan perhatian juga. Alhamdulillah semua itu dapat dia atasi.

Bagi berpantang kali ini,ida sepenuhnya ambil Set Berpantang Shaklee. Itu antara kesan positif yang ida dapat selepas ambil Set Berpantang Shaklee ini. Nanti ida cerita pula tentang stok EBM Ain serta Set Berpantang Shaklee yang ida amalkan ye.

Itu sahajalah kisah ida berpantang untuk kali ke dua ini bersama Ain. Alhamdulillah Set Berpantang Shaklee banyak membantu ida sepanjang ida berpantang.

Itu kisah ida berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Bagaimana dengan anda? Apa pilihan Set Berpantang anda?Jika masih tercari-cari Set Berpantang ida sarankan Set Berpantang Shaklee ini yang memang best dan superb.

Kat bawah ini lah rupa Set Berpantang Shaklee yang banyak membantu ida semasa berpantang.



Bagi yang berminat nak dapatkan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi ida ye:-


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment