Monday, 18 May 2015

Apa Itu Teknik Marmet @ Perah Susu Guna Tangan

Assalammualaikum semua, Apa khabar mommies-mommies semua. Terima kasih sebab masih sudi berkunjung ke blog umisayangkamu ni ye. Pernah tak mommies-mommies bf alami keadaan tertinggal cik pam susu di rumah ketika keluar bekerja mahupun pergi outstation. Pasti pening fikirkan macam mana nak pam susu kalau tak ada pam susu kan. Mesti akan bengkak susu kalau tak pam sebab ketiadaan bayi mahupun pam untuk mengosongkan kilang payudara mommies-mommies kan.  Jangan sedih jangan berduka ye mommies-mommies pasti ada jalan penyelesaiannya.
Jadi hari ini ida nak kongsikan salah satu teknik yang boleh digunakan ketika keadaan ini berlaku iaitu TEKNIK MARMET.

Pasti ada yang pernah dengarkan Teknik Marmet. Jadi mari kita semua mommies-mommies yang sedang bf ni pelajari lagi satu ilmu penyusuan yang sangat berguna ini.



Apa Itu Teknik Marmet?

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.

Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)


Bahaya Amalan Teknik Yang Salah

Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet.

Teknik Marmet yang tidak dipraktikkan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.

Sebelum memulakan Teknik Marmet seharunsnya anda melakukan urutan terlebih dahulu bagi memastikan proses perahan berjalan lancar.

MENGURUT

  • Pastikan tangan dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Setelah itu tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Dan kemudian urutlah payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut:-
Massage

  • Dengan menggunakan jari telinjuk dan tengah lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payudara kanan.
Stroke

  • Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan,tekan payudara secara lembut.Selain daripada itu, anda boleh menyikat payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola
Shake

  • Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu.
MEMERAH

Langkah 1

Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet


1.Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah aerola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara) memandangkan payudara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payudara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6.

Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

2. Tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi.

3. Seterusnya picit ibu jari,jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar dari puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas,picit-lepas.


4. Ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan.

Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet



5. Kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11,10,9,8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5,4,3,2 dan 1. Lakukan gerakan memerah sama seperti langkah 1-4 supaya ke semua saluran susu dapat diperah sepenuhnya.

6. Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpanan yang bersih

7.Beralihlah ke payudara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara.

Langkah 2

  1. Melancarkan aliran susu
  2. Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain.
  3. Usap payudara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini dimana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu.

Elakkan Pergerakan ini!

  • Jangan picit puting payudara. Ini akan menyebabkan lebam
  • Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payudara
  • Jangan geselkan tangan anda ke payudara kerana boleh menyebabkannya melecet


Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit-30 minit. Perah setiap sebelah payudara antara 5-7 minit. Setelah itu lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3-5 minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payudara.

Kebaikan Teknik Marmet

  1. Dapat jimatkan kos kerana hanya menggunakan tangan sahaja. Tidak perlu beli pam mahal.
  2. Dikatakan hasil perahan lebih baik kerana adanya sentuhan kulit ke kulit berbanding sentuhan mesin
  3. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja walau tiada bekalan bateri atau elektrik

Kredit Info

Semoga info penyusuan ini bermanfaat kepada semua. Bagi yang nak baca info-info penyusuan yang lain boleh klik link dibawah ni:-


  1. 10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
  2. 11 Jenis Makanan Untuk Menambah Susu Ibu
  3. POWER PUMPING.. Salah Satu Teknik Membanyakkan Susu Ibu..
Yang nak dapat Set Menyusu Shaklee boleh hubungi ida juga:-


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment