This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday 30 April 2015

SET BERPANTANG SHAKLEE Pilihan Hatiku...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Semakin hari semakin ramai ibu-ibu yang memilih untuk berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Ida pun memilih berpantang dengan Set Berpantang Shaklee dan Alhamdulillah dengan set ini ia amat membantu ida ketika berpantang. Nak tahu kisah ida berpantang boleh lah klik link di bawah ini. Mana tau ada yang tertinggal entri tersebut (budget femes sangat hihihihi).

Ida pasti ramai yang akan jatuh cinta dengan Set Berpantang ini selepas menggunakannya pertama kali.

Entri kali ini ida kongsikan pula fungsi bagi setiap vitamin yang terdapat dalam Set Berpantang Shaklee ini. Di dalam Set Berpantang Shaklee ini terdiri daripada ESP, Vita Lea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix dan Zinc Complex.



Fungsi Vitalea

  • Multivitamin terbaik yang lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh
  • Membantu ibu-ibu yang berpantang makan mendapat zat nutrisi sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang
  • Mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa bersalin
  • Membantu mengekalkan zat besi di dalam susu ibu pada paras yang selamat (untuk keperluan bayi di bawah 6 bulan)
  • Memberi stamina dan tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi
Fungsi B Complex

  • Kumpulan Vitamin B yang sangat penting dalam menjaga kesihatan saraf
  • Memberi tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi
  • Membantu mengelakkan ibu dari tekanan / meroyan
  • Meningkatkan tahap metabolisma ibu
Fungsi Vita C


  • Bersifat “Sustained Release” iaitu 100mg Vitamin C dilepaskan setiap jam bagi memenuhi keperluan Vitamin C secara berterusan
  • Membina antibodi tubuh ibu berpantang dan bayi melalui penyusuan susu ibu
  • Membantu penyembuhan luka bersalin dengan cepat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh
Fungsi Zinc Complex

  • Sangat penting untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran
  • Terdapat banyak kandungan zinc di dalam ikan haruan, antara petua orang-orang tua yang membantu penyembuhan luka bersalin
  • Mengelakkan rambut ibu daripada gugur
Fungsi Ostematrix Shaklee



  • Mengandungi kalsium yang merupakan  koponene penting dalam susu ibu selain protien dan air.
  • Membantu ibu mendapat rehat yang berkualiti iaitu tidur lebih lena
  • Melegakan otot dan saraf ibu dan mengelakkan  tekanan bersama B Complex
  • Mengelakkan ibu dari mengalami sakit gigi dan tulang akibat kekurangan kalsium kerana menghasilkan susu ibu
  • Mengandungi magnesium yang membantu ibu daripada sembelit

Fungsi ESP Shaklee



  • Protien sangat diperlukan untuk menghasilkan hormon dalam badan. Bagi ibu menyusu, penghasilan hormon prolaktin dan oxytosin sangat penting bagi menjayakan penyusuan susu ibu
  • Protien adalah komponen utama dalam susu ibu selepas air. Kurang protien boleh menyebabkan masalah kurang susu semasa berpantang
  • Membantu membina dan membaiki sel lantas menggalakkan penyembuhan luka dengan segera
  • Mengenyangkan dan memberi tenaga. Jadi mengelakkan ibu dari makan banyak semasa berpantang lalu mengelakkan kegemukan
Bagi yang berminat nak dapatkan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi ida.

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday 29 April 2015

" 12oz ++ Selepas Seminggu Amalkan Set 3M" ~ Puan Lizz

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Harini nak update entri pasal testimoni Set Penyusuan 3M Shaklee lagi. Kali ini testimoni dari Puan Lizz. Beliau amalkan Set Penyusuan 3M selama 1 minggu secara konsisten dan hasil beliau mengepam selepas seminggu adalah seperti dibawah ini.Hihihihi teruja tak tengok hasil yang beliau peroleh. Dah lah melimpah ruah susu pun nampak lemak berkrim.Sekali pam boleh dapat 12 oz ++.





Alhamdulillah rezeki baby beliau di samping usaha beliau untuk memberi yang terbaik buat bayinya. Dan semakin ramai ibu-ibu memilih untuk mengambil Set Penyusuan 3M ini bagi menjayakan penyusuan susu ibu dengan bayi mereka kerana set ini membekalkan segala nutrisi yang diperlukan oleh badan ibu yang menyusukan anak bagi memastikan ibu sentiasa bertenaga, ceria dan tidak stress semasa dalam fasa penyusuan susu ibu ini. Bila mood ok badan bertenaga barulah susu keluar dengan meriahnya kan.

Ingin mencuba Set Penyusuan 3M ini boleh hubungi ida dan ida akan sertakan tip-tip menarik tetapi hanya untuk customer kesayangan ida sahaja.

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya


Tuesday 28 April 2015

POWER PUMPING.. Salah Satu Teknik Membanyakkan Susu Ibu..

Assalammualaikum semua,

Penyusuan susu ibu adalah satu perkataan yang sudah tidak asing lagi didengari sekarang. Semua ibu-ibu terdidik dan terdorong untuk menjayakan penyusuan susu ibu kepada bayi mereka yang mana telah diketahui bahawa susu ibu mempunyai 1001 khasiat yang tiada tandingan dengan mana-mana susu-susu yang lain.

Tetapi tidak dinafikan dalam proses sepanjang penyusuan susu ibu ini berlangsung akan berlaku satu keadaan di mana susu akan merudum. Keadaan ini biasanya akan berlaku bagi ibu yang bekerja yang mana kebiasaannya ibu-ibu ini akan alami keadaan kurang rehat,stress,bebanan kerja,emosi terganggu dan lain-lain.

Bila mana keadaan ini berlaku kadar pengeluaran susu ibu juga akan turut teruja. Tetapi ida tak terus stop Elman dengan susu ibu mahupun campur susu Elman dengan susu formula tapi ida cari jalan penyelesaian bagi masalah ini. Pasti ramai nak tahu apa penyelesaiannya kan. Setelah google sana sini ida jumpa satu kaedah iaitu kaedah Power Pumping. Pasti ada yang biasa dengar dan pasti ada yang baru pertama kali dengarkan. Alhamdulillah kaedah ini amat membantu dalam meningkatkan semula pengeluaran susu ida dan Elman dapat menyusu susu ibu sehingga 2 tahun.

Mari kita menambah sedikit lagi ilmu penyusuan ini yang memang amat-amat berguna buat semua ibu-ibu.



Apa itu Power Pumping?

  • Power Pumping adalah satu teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Ianya cara mengepam yang biasa tetapi dengan teknik tertentu.Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu.

Siapa Yang Perlu Lakukan Power Pumping?

  • Ibu yang kekurangan susu berusaha untuk memperbanyakkan semula susu akibat daripada perubahan hormon , period,kurang mengepam dan sebagainya
  • Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semmmula si anak setelah berhanti menyusu susu ibu
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat di mana teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu.

Macam mana Nak Lakukan Power Pumping?

  • Untuk single pam - Pam kanan dulu 10 minit, kemmmudian pam kiri pula 10 minit dan tukar ke kanan 10 minit dan seterusnya bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam
  • Untuk Double Pam - Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit rehat 10 minit seterusnya selama 1 jam


Bila masa yang sesuai buat Power Pumping?

  • Boleh buat pada bila-bila masa tetapi waktu yang terbaik adalah dari tengah malam sehingga subuh kerana hormon prolaktin iaitu hormon yang merangsang susu paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan ibu juga kurang stress pada waktu ini jadi hormon oksitosin senang disingkirkan.

Bagaimana menyimpan hasil perahan?

  • Pastikan hasil perahan dari disimpan dalam suhu yang sama. ( susu perahan dari setiap kali perahan tersebut mestilah disejukkan dahulu dalam peti sejuk di bahagian bawah dan setelah suhu sama barulah di satukan dalam satu botol dan disimpan dalam deep freezer)

Berapa lama baru nampak hasilnya?

  • Setiap orang adalah tidak sama. Ada yang beberapa kali buat dah nampak perubahan ketara tapi ada juga yang agak lambat tetapi kebiasaanya dalam masa seminggu memang akan ada perubahan ketara. Jadi semua ibu haruslah bersabar dan teruskan mengepam.Jangan sesekali berputus asa.Fikir yang anada lakukan ini untuk bayi anda. Fikir positif amatlah penting dan jangan ingat buat sekali terus dapat susu banyak yang mencurah-curah.Mungkin pada awalnya hanya setitik dua ataupun hanya 'mengepam angin' sahaja.Yang lebih penting jangan putus asa,sentiasa bersoa dan bertawakal kepada Nya.

Dah buat Power Pumping tapi susu masih sedikit?

Tidak dinafikan memang ada ibu yang sudah berusaha tapi penghasilan susu masih sedikit. Kenapa jadi begini? Cuba periksa diri anda :-

  1. Pemakanan yang tidak seimbang
  2. Pengambilan air yang tidak cukup (minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari)
  3. Ibu sentiasa kurang bertenaga , tidak sihat dan sentiasa penat
  4. Pemikiran negatif dan emosi sentiasa tidak stabil.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Monday 27 April 2015

.... 4 Hari Makan Set 3M, Dapat Kumpul Stok 38 oz ~ Acik

Assalammualaikum. Ibu mana yang tidak gembira bila dapat menyusukan bayi mereka sedari lahir dengan susu ibu. Dan semakin ramai juga ibu-ibu yang mengambil inisiatif untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu sahaja sehingaa 2 tahun. Alhamdulillah kerana susu ibu adalah susu yang terbaik buat si manja kita.

Entri kali ini ida kongsikan lagi testimoni dari customer yang mengamalkan Set Penyusuan 3M Shaklee. Memang tidak dinafikan Set Penyusuan 3M Shaklee memang mendapat perhatian sekarang bagi ibu-ibu yang dalam fasa menjayakan penyusuan dengan si manja mereka. Tapi bukanlah maksud ida semua ibu-ibu makan Set Penyusuan 3M terus susu ibu memancut-mancut ye. Perlu juga ibu-ibu fahami konsep penyusuan itu sendiri iaitu Demand & Supply. Ia turut disertai dengan beberapa tip-tip penyusuan yang penting. Nak tahu apa kenalah dapatkan Set Penyusuan 3M dari ida kan hihihihi.

Jom ikuti kisah Puan Acik yang mengamalkan Set Penyusuan 3M:-



Dengan bantuan Set Penyusuan 3M yang diamalkan secara konsisten walaupun baru 4 hari beliau sudah mampu dapatkan stok susu EBM buat simanja beliau sebanyak 38 oz Wow menarikkan pasti ramai yang teruja dan bersemangat tengok stok susu EBM Puan Acik ni kan. Kat bawah ni belia kongsikan juga gambar stok susu EBM beliau.



 Pasti ramai yang teruja nak dapatkan Set Penyusuan 3M ni kan. Nak tahu juga tip-tip bagi menjayakan penyusuan susu ibu boleh hubungi ida. Ida akan sertakan tip-tip ini dengan setiap pembelian Set Penyusuan 3M Shaklee ini. Mari kita sama-sama menjayakan penyusuan susu ibu bersama si manja kita.

Nak baca kisah-kisah ibu menyusu yang mengamalkan Set Menyusu Shaklee & Set Penyusuan 3M boleh klik link dibawah ini:-

  1. Set Penyusuan 3M " Deep Freezer Penuh Dengan Stok Susu EBM & Si Abang turut Tumpang Sekaki Stok EBM" - Puan Anne
  2. Dengan Set Menyusu Shaklee ....... Susu Ibu Semakin Banyak & Lemak Berkrim  ~ Puan Alifah.
  3. Set Penyusuan 3M - Terbuka Hati Beli Set 3M Selepas Melihat Stok Susu EBMku Didalam Deep Freezer.

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Friday 24 April 2015

Dengan Set Menyusu Shaklee ...Bayi Dan 7 Bulan Masih Rasa Bengkak Susu dan Badan Tetap Bertenaga ~ Puan Zab

Assalammualaikum semua,

Dalam menjayakan penyusuan susu ibu dengan si manja anda konsep asas penyusuan susu ibu iaitu DEMAND & SUPPLY perlulah di fahami oleh semua-semua ibu-ibu. Ini kerana walau bagaimana banyak supplemen untuk memperbanyakkan susu ibu pun kita ambil tetapi konsep dimana Semakin Banyak Permintaan Semakin Tinggi Pengeluaran tidak difahami pasti pengeluaran susu ibu kita pada tahap biasa sahaja.

Selain itu ibu-ibu semua perlulah amalkan perkara-perkara di bawah ini :-
  • Minum sekurang-kurangnya 3 liter air kosong 
  • Pam 2@ 3 jam sekali secara konsisten
  • BerDoa dan Bertawakal kepadaNya

Kali ini ida kongsikan pula cerita Puan Zabrina yang turut mengamalkan Set Menyusu Shaklee.Jom ikuti kisah beliau:-


Alhamdulillah setelah mengamalkan Set Menyusu Shaklee secara konsisten, beliau masih dapat menyusukan anak beliau yang berumur 7 bulan dengan susu ibu.Selain itu beliau sentiasa rasa bertenaga untuk melatih anak murid beliau hand ball walaupun tidak mempunyai rehat yang cukup. 

Dibawah ini pula beliau kongsikan gambar stok susu EBM si manja beliau.




Itu apa yang dikongsikan Puan Zabrina yang mengamalkan Set Menyusu Shaklee secara konsisten. Dan Alhamdulillah Set Menyusu Shaklee banyak membantu dalam beliau menjayakan penyusuan susu ibu disamping menambah baik tahap kesihatan beliau.

Itu kisah Puan Zabrina dalam menjayakan penyusuan susu ibu, bagaimana pula dengan anda. Ingin mencuba Set Menyusu Shaklee, boleh hubungi ida:-


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Thursday 23 April 2015

Ketahui Teknik Lekapan Yang Betul ketika Penyusuan Bersama Si Manja.

Salam bersiaran semua,

Bagi setiap ibu yang dalam fasa penyusuan bersam si manja perlu mengetahui teknik lekapan yang betul ketika bayi anda menyusu.Teknik lekapan ini penting bukan kepada bayi sahaja malah kepada si ibu juga. 4 sebab kenapa teknik lekapan yang betul penting ialah :-

1. Supaya bayi mendapat susu foremilk dan hindmilk, susu awal dan akhir
Untuk mendapatkan susu, bayi perlu melekap dengan betul dan sempurna pada payudara ibu. Jika tidak, bayi tidak akan mendapat susu dan ibu juga akan berasa sakit ketika proses penyusuan sedang berlaku. Sekiranya itu berlaku, bermakna ibu ada masalah latch on dan ibu digalakkan belajar daripada jururawat atau doktor yang pro-breastfeeding ataupun berjumpa dengan mana-mana kaunselor laktasi.

2. Untuk mengelakkan ibu daripada mengalami payudara melecet atau luka, payudara sakit dan bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan dengan betul

Apabila ibu berasa sakit semasa menyusukan bayi, itu bermakna cara pelekapan ibu tidak betul. Ini kerana bayi anda hanya menghisap puting dan tidak areolanya. Kebanyakan ibu membuat kesilapan dengan hanya memberikan bayinya puting sahaja. Ini boleh membuatkan payudara ibu luka, melecet atau berdarah. Selain itu, ibu juga boleh mengalami bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan dengan betul. Ini terjadi jika kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, payudara ibu akan jadi padat dengan susu. Payudara ibu akan mula terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.

3. Membantu meransang pengeluaran susu ibu dengan lancar

Sekiranya bayi melekap dengan betul, bayi akan mendapat susu dengan sempurna dan ibu juga tidak akan mengalami kesakitan. Payudara ibu juga dapat dikosongkan dan dan boleh merangsang kepada penghasilan susu yang lebih banyak. Pastikan juga bayi menghisap lama di sesuatu belah buah dada untuk merangsangkan pengeluaran susu sebelum menukarkannya k esebelah lagi. Ibu juga harus menyusukan bayi kedua-dua belah buah dada.

4. Untuk mengelakkan ibu dan bayi berasa letih dan frust serta ibu akan mendapat rehat cukup

Apabila ibu mengetahui cara pelekapan yang betul, si comel anda pasti berasa kenyang. bayi yang kenyang dan mendapat susu ibu yang cukup tidak mudah meragam dan membantu bayi anda berasa lebih tenang dan gembira. Ibu juga akan mendapat rehat yang cukup bila si comel anda tidak meragam. Paling penting sekali, emosi ibu dapat dirasai oleh bayi. Rasa tenang, gembira dan yakin mampu melancarkan penghasilan susu yang lebih 'lumayan'.

Teknik Lekapan Ibu Dan Bayi Yang Betul

Berikut adalah tips-tips dan teknik mengajar bayi yang baru lahir untuk memulakan penyusuan susu ibu dengan betul :-



1. Pastikan ibu dan bayi berada dalam kedudukan dan posisi yang selesa. Kemudian letakkan bantal di belakang ibu sekiranya perlu. Ibu juga boleh meletakkan batal di atas peha supaya kedudukan bayi berada di tahap yang sama dengan payudara ibu.

2. Pastikan bayi anda dalam keadaan yang aktif dan tidak mengantuk. Sekiranya bayi anda meragam ataupun menangis, tenangkan bayi terlebih dahulu.

3. Bayi dapat melekap dengan selesa seandainya badan bayi berada di posisi yang betul. Pastikan anda menyokong keseluruhan badan (belakang) bayi. Mengiringkan badan bayi anda menghadap ibu dan muka bayi menghadap payudara ibu.

4. Mulakan pelekapan :-

i-  Bawa bayi anda kepada payudara anda tetapi bukan payudara kepada bayi. Jangan bongkokkan badan anda dan anda seharusnya berada dalam keadaan yang tenang dan relax.

ii-  Sentuh mulut bayi dengan puting atau jari agar bayi mula membuka mulut. Tunggu sehingga bayi membuka mulut seluas mungkin.

iii- Masukkan puting dan gerakkan badan bayi rapat ke arah payudara.

iv- Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar aerola payudara. Aerola adalah kawansan gelap di sekeliling puting ibu. Sekiranya breast kecil selalunya aerola pun kecil, jadi mungkin keseluruhan aerola akan masuk ke dalam mulut bayi.



v- Pastikan bayi lekap / latching payudara anda dengan betul dan ampu payudara anda dengan menggunakan tangan anda.

vi- Pelekapan yang betul akan menyebabkan bibir bayi anda menjadi seperti 'mulut ikan'. Di payudara anda, bibir atas dan bawah akan 'melentik keluar'. Puting anda juga sepatutnya menyentuh lelangit lembut dan bukannya lelangit keras bayi.



vii- Sekiranya pelekapan tidak betul dan sempurna, lepaskan semula bayi daripada payudara dengan memasukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi. Ulang semula proses lekapan sehingga bayi lekap dengan cara yang betul. Pelekapan yang tidak betul akan menyebabkan puting anda melecet selepas 1-2 kali


viii- Pelekapan yang sempurna akan menjadikan dagu bayi akan menyentuh payudara ibu. Pipi bayi akan bulat dan anda boleh melihat bayi anda menggerakkan keseluruhan rahangnya. Anda akan rasa bayi menghisap payudara anda dan mendengar sedikit bunyi bayi anda menyusu. Hidung bayi anda juga mungkin akan tertutup sedikit dengan payudara anda. Jangan risau, pastikan ada sedikit ruang untuk bayi anda bernafas (sebelah lubang hidung pun sudah memadai). Seandainya bayi anda kelihatan agak struggle, kemaskan posisi kedudukan bayi anda.


Semoga info yang ida kongsikan ini memberi manfaat kepada semua ibu-ibu menyusu ye.

Bagi yang  berminat nak dapatkan Set Penyusuan 3M Shaklee,Set Menyusu Shaklee mahupun produk Shaklee boleh hubungi ida ye:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday 22 April 2015

Set Penyusuan 3M... 2 bulan Berpantang Penuh 1 Deep Freezer Dengan Stok Susu EBM ~ Puan Jaja

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog kesayangan ida ini.Masih juga diberi kesempatang untuk berkongsi cerita-cerita menarik serta info-info berguna buat semua pembaca setia blog ida ni.

Entri kali ini ida nak kongsikan pula kisah Puan Jaja bersama Set Penyusuan 3M Shaklee. Pasti ramai akan teruja bila melihat stok susu EBM Puan Jaja di bawah ini.


Kata Puan Jaja ini adalah stok susu EBM buat puteri beliau Alyaa. Ini adalah hasil yang dikumpul sepanjang berpantang. 


Dalam Set Penyusuan 3M terdapatnya ESP , Vitamin C , Vita Lea , B Complex , Ostematrix dan Alfalfa. Setiap vitamin ini mempunyai fungsi yang tersendiri.

Vitalea (Multivitamin)
  • Membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan ibu dan bayi
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan atau merawat anemia

B Complex
  • Membekalkan tenaga dan mengelakkan kelesuan
  • Mengurangkan tekanan emosi dan mengawal stress
  • Melancarkan fungsi saraf
  • Meningkatkan seri wajah


Vitamin C
  • Meningkatkan sistem keimunan badan ibu dan bayi
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
  • Mengawal tekanan darah

Alfalfa Complex
  • Bertindak sebagai penggalak susu
  • Membantu mengatasi masalah alahan dan ekzema
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Bertindak sebagai pelawas



Ostematrix (Kalsium)
  • Menguatkan tulang,kuku,gusi dan gigi
  • Membantu pengangkuan nutrien
  • Menggalakkan tidue lena di malam hari
  • Menenangkan saraf



ESP (Protein)
  • Membantu melancarkan penyusuan
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu yang lebih pekat,berkrim dan banyak agar baby cepat kenyangan 
  • Menganjalkan kulit
  • Memastikan kesihatan ibu dan bayi berada pada tahap optimum


Sumber sini

Bagi ibu yang bekerja stok EBM perlulah dikumpul sedari dalam pantang lagi. Ini kerana masa berpantang kita punya lebih masa untuk mengepam dan dengan ini akan menggalakkan lagi pengeluaran susu ibu.Jadi ibu-ibu yang bekerja perlulah berusaha bersungguh-sungguh semasa dalam pantang untuk membuat stok EBM buat si manja apabila anda sudah kembali bekerja.

Berminat untuk dapatkan Set Penyusuan 3M  boleh hubungi ida :-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Tuesday 21 April 2015

9 Jenis SUNTIKAN Buat Si Manja Kita

Salam,

Sedari sahaja lahir bayi kita akan diberikan suntikan di mana suntikan ini wajib bagi melindungi bayi agar tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit.Ini kerana bayi yang baru lahir tidak mempunyai sistem ketahanan diri yang kuat lagi untuk melawan penyakit.

Entri hari ini ida nak kongsikan jenis-jenis suntikan yang akan diberikan kepada bayi kita semua.Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua ibu mahupun bapa.




Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan vaksin kanak-kanak untuk 11 penyakit berjangkit. Semua bayi yang dilahirkan di Malaysia ditawarkan BCG (yang melindungi daripada tuberkulosis) semasa lahir dan juga vaksin hepatitis B. Yang lain ditawarkan secara rutin kepada setiap orang bayi sebagai sebahagian daripada program vaksin prasekolah. Bacalah dengan lebih lanjut tentang vaksin-vaksin ini dan penyakit-penyakit yang dilindungi.


1. Difteria

  • Difteria lebih mengakibatkan kerongkong. Ianya disebarkan melalui titik-titik dari hidung atau mulut dan, jika komplikasi berlaku, boleh menyebabkan masalah pernafasan, kecederaan kepada jantung dan sistem saraf, dan kemungkinan maut. Tempoh inkubasi ialah antara dua hingga enam hari


Bayi-bayi ditawarkan vaksin ini pada usia :

  1. lapan minggu
  2. 12 minggu
  3. 20 minggu
Ia diberi melalui suntikan yang juga mengandungi vaksin-vaksin tetanus, batuk kokol, polio dan Hib.

Ianya diberikan semula:

  1. pada 18 bulan
  2. sebelum memulakan sekolah
  3. pada usia 12 tahun

2. Influenza haemophilus jenis b (Hib)

Organisma Hib menyebabkan simptom-simptom yang menyerupai influenza seperti sakit tekak, infeksi dada dan infeksi telinga. Tetapi komplikasi-komplikasi, seperti meningitis atau tekak tersumbat (epiglotitis) boleh diperolehi, dan vaksin tersebut diperkenalkan atas sebab ini.

Bayi-bayi ditawarkan vaksin ini pada usia:

  1. lapan minggu
  2. 12 minggu
  3. 20 minggu

Ianya diberikan melalui suntikan. Suntikan-suntikan ini juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, tetanus, polio dan batuk kokol. Ianya diberikan semula pada usia 18 bulan.

3. Campak


  • Campak dahulunya adalah penyakit kanak-kanak yang paling meluas. Ia amat senang dijangkiti, mempunyai tempoh inkubasi selama 10 hari dan infeksi berlaku melalui titik-titik dari mulut atau hidung. Ia mungkin bermula sebagai selesema yang teruk dengan katar yang banyak dan demam. Ruam akan timbul selepas dua hari.
  • Komplikasi adalah perkara biasa dan melibatkan bronkitis, bronkiolitis, infeksi telinga dan krup. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, komplikasi serius mengakibatkan sistem saraf, seperti ensefalitis.
  • Kanak-kanak ditawarkan vaksin campak di sekitar usia 12 bulan. Ia diberi melalui suntikan dikenali sebagai MMR, yang juga mengandungi vaksin-vaksin beguk dan rubela. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan antara usia enam dan tujuh tahun.

4. Beguk

  • Beguk ialah satu penyakit virus, yang boleh menyebabkan bengkak besar di sekitar pipi dan leher. Tempoh inkubasi ialah antara 14 hingga 21 hari. Komplikasi termasuk meningitis, pekak, ensefalitis dan radang testes (buah pelir) bagi kanak-kanak lelaki, yang boleh menjejaskan kesuburan secara kekal.
  • Kanak-kanak ditawarkan vaksin beguk sekitar 12 bulan. Ianya diberikan melalui suntikan yang bergelar MMR, yang juga mengandungi vaksin-vaksin campak dan rubela. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan.

5. Polio

  • Virus polio menyerang tisu saraf dalam otak dan spina korda, dan kadangkala menyebabkan lumpuh. Ianya sering ditemui di negara-negara membangun, tetapi jarang sekali di Malaysia. Ianya dipindahkan melalui sentuhan dengan najis, mukus atau air liur orang yang menghidapnya. Tempoh inkubasi berbeza iaitu antara tiga hingga 21 hari.
  • Vaksin polio dimasukkan juga dalam suntikan DTaP/IPV/Hib, yang juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, tetanus, Hib dan batuk kokol. Ianya diberi kepada bayi pada usia:


  1. lapan minggu
  2. 12 minggu
  3. 20 minggu

Ianya diberikan sekali lagi:

  1. pada 18 bulan
  2. dalam suntikan penggalak prasekolah
  3. 12 tahun

6. Rubela

  • Rubela adalah pada umumnya penyakit yang ringan dalam kanak-kanak menyebabkan demam, ruam dan bengkak kelenjar. Ia mempunyai tempoh inkubasi antara 14 hingga 21 hari dan komplikasi bagi kanak-kanak itu jarang berlaku. Walau bagaimanapun, jika seorang wanita dijangkiti rubela semasa hamil antara lapan hingga 10 minggu, kesan ke atas bayinya yang belum lahir itu boleh menjadi betul-betul serius: bayi boleh dilahirkan cacat pendengaran, cacat penglihatan, masalah jantung dan/atau kerosakan otak.
  • Kanak-kanak ditawarkan vaksin rubela di usia 12 bulan. Ia diberi sebagai sebahagian vaksin MMR, yang juga mengandungi vaksin beguk dan campak. Suntikan penggalak prasekolah juga diberikan.

7. Tetanus

  • Simptom-simptom tetanus (kadangkala dikenali sebagai kancing dagu) adalah spasma- spasma kontraksi otot yang sangat sakit. Penyakit ini boleh membawa maut. Tetanus mempunyai tempoh inkubasi antara empat hingga 21 hari. Organisma yang menyebabkannya boleh didapati dalam tanah dari mana luka-luka yang kotor boleh mendapat infeksi. Ia juga boleh dijangkiti melalui gigitan haiwan. Pekerja ladang dan tukang kebun mudah dijangkiti.

Anak anda akan ditawarkan imunisasi ini sebanyak enam kali. Ianya diberikan pada usia:

  1. lapan minggu
  2. 12 minggu
  3. 20 minggu

Ia juga diberikan dalam suntikan yang juga mengandungi vaksin-vaksin difteria, batuk kokol, polio dan Hib. Ia kemudian diberikan sekali lagi:

  1. pada usia 18 bulan
  2. antara empat dan enam tahun
  3. semasa usia 12 tahun

8. Batuk kokol (pertusis)

  • Penyakit yang senang menjangkit ini dipindahkan melalui titik-titik air dari hidung atau mulut. Tempoh inkubasi ialah antara tujuh hingga 10 hari. Ianya bermula dengan cara yang sama seperti selesema, tetapi apabila ianya maju, spasma batuk menjadi semakin teruk. Bunyi "mencungap-cungap" batuk itu berlaku apabila pesakit menarik nafas antara episod batuk. Simptom-simptom yang tidak menyenangkan ini boleh berlanjutan untuk beberapa minggu.
  • Kes-kes yang teruk boleh menjadi lebih rumit dengan adanya pneumonia, muntah-muntah dan turun berat badan, dan, lebih jarang lagi, cedera otak dan kematian. Bayi muda paling berisiko.

Bayi ditawarkan vaksin pada usia:

  1. lapan minggu
  2. 12 minggu
  3. 20 minggu

Ia diberi dengan suntikan, yang juga mengandungi imunisasi bagi difteria, tetanus, polio dan imunisasi Hib. Ia juga diberi di usia:
  1. pada usia 18 bulan
  2. antara empat dan enam tahun
  3. semasa usia 12 tahun
9. Papilomavirus manusia (HPV)

  • Virus papilomavirus dikenali sebagai penyebab pertama kanser serviks. Vaksin baginya melindungi daripada dua jenis HPV, iaitu virus yang menyebabkan 70 peratus daripada semua kanser serviks
  • Vaksin ini ditawarkan kepada semua pelajar perempuan di Tingkatan Satu dan hanya diberikan kepada pelajar jika ibu-bapanya memberi izin. Budak perempuan yang tidak di sekolah ditawarkan vaksin ini pada umur 13 tahun.

Itu antara suntikan yang akan diberikan kepada bayi kita sedari mereka kecil sehingga berumur 18 bulan. Sebagai ibu bapa kita perlu prihatin terhadap setiap suntikan yang diberikan kepada anak kita serta kepentingan setiap suntikan ini.

Alhamdulillah kedua-dua anak ida ambil suntikan yang disedikan ini.Bagaimana pula dengan anda semua?

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye :-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Monday 20 April 2015

Set Penyusuan 3M - Terbuka Hati Beli Set 3M Selepas Melihat Stok Susu EBMku Didalam Deep Freezer.

Assalammualaikum semua,

Entri kali ininak kongsi pula cerita Puan Najihah yang mampu membuatkan kawannya terbuka pintu hati untuk beli Set Penyusuan 3M selepas melihat stok susu EBM beliau didalam deep freezer. Nak tahu cerita selanjutnya jemput baca di bawah.



Teruja melihat kemampuan Puan Najihah mengumpul stok susu EBM yang banyak dengan bantuan Set Penyusuan 3M kan. Sebagai ibu kita akan cuba yang terbaik untuk memberi si manja kita sepenuhnya susu ibu. Begitu juga dengan kawan Puan Najihah yang memerlukan Set Penyusuan 3M untuk membantu beliau dalam menjayakan penyusuan susu ibu bersama si manja beliau. Di bawah ini pula stok susu Puan Najihah.Apa macam teruja tak tengok stok susu Puan Najihah.



Itu kisah Puan Najihah bersama Set Penyusuan 3M yang membantu beliau dalam menjayakan penyusuan susu ibu bersama si manja beliau. Bagaimana pula dengan anda? Berminat untuk dapatkan Set Penyusuan 3M seperti Puan Najihah boleh hubungi ida Pengedar Sah Shaklee anda.

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Friday 17 April 2015

Set Penyusuan 3M ... Alhamdulillah Dapat Kumpul 100 oz Susu EBM dalam Masa Seminggu - Puan Najiah

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Seronok bila dapat tahu ramai sekarang ibu-ibu mengambil inisiatif untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu sedari dilahirkan.Alhamdulillah kita kembali kepada fitrah bahawa susu ibu adalah yang terbaik bagi anak kita kan.Tiada susu yang setanding dengan SUSU IBU. Ida sendiri saat mengandungkan Elman iaitu anak pertama ida tak pernah terfikirpun untuk menyusukan Elman dengan susu ibu. Yela masa tu masih belum kesedaran kan hihihi.Tapi en.suami ida lah yang cadangkan supaya ida susukan Elman dengan susu ibu. Ida seperti mana ibu yang baru nak ada anak berfikir yang  Ada ke susu nanti? Cukup ke susu nanti untuk baby? Macam-macam lagi ida fikir. Tapi saat Elman dilahirkan susu ibu juga ida berikan buat Elman dan Alhamdulillah Elman menyusu susu ibu sehingga 2 tahun.

Ishh panjang pula ida berceloteh ek hihihihi. Tapi ari ini ida nak kongsikan lagi pengalama ibu menyusu yang begitu teruja dengan hasil susu ibu beliau buat si manjanya. Jom ikuti kisah beliau dibawah ini:-


Alhamdulillah Puan Najiah berjaya kumpul stok susu EBM sehingga  100 oz dalam masa seminggu dan menjadikan stok susu EBM buat baby Arif menjadi 300 oz. Dengan bantuan Set Menyusu Shaklee Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan penyusuan beliau bersama baby Arif. Pasti ramai akan teruja tengok stok susu EBM beliau dibawah ini.


Semoga ia menjadi inspirasi kepada semua ibu-ibu menyusu yang sedang dalam fasa menjayakan penyusuan bersama bayi anda.

Bagi yang ingin dapatkan Set Menyusu Lengkap Shaklee a.k.a Set Penyusuan 3M boleh hubungi ida. Dengan setiap pembelian dengan ida akan disertakan Jadual Makan Vitamin, TIPS Penyusuan buat ibu-ibu semua serta consultation secara berterusan. In Sha Allah....

Berminat boleh hubungi ida:-
Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya



Thursday 16 April 2015

7 SEBAB Kenapa Bayi Menangis & Cara Mengatasinya.

Salam,

Situasi bayi menangis adalah satu situasi yang sangat menguji kesabaran ibu bapa terutamanya bagi ibu bapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata.Terkadang tercabar kesabaran dengan tangisan yang tidak tahu puncanya.Itu adalah situasi yang biasa dialami oleh setiap ibu bapa yang baru menimang cahaya mata mahupun yang sudah biasa dengan kehadiran bayi.Mari kita kenali apa yang menyebabkan bayi menangis dan bagaimana ibu bapa ini mampu mengawal dan mengatasinya




Sebab bayi menangis

Semua bayi menangis pada masa-masa tertentu. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga selama satu hingga tiga jam sehari. Oleh kerana mereka tak dapat membuat apa-apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu.

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang bayi anda perlukan. Adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau sekadar mahu dipeluk? Dalam beberapa hari pertama, semasa anda belum tahu bagaimana hendak mengenal pasti keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisannya yang berlainan dan setelah anda lebih mengenalinya, anda akan dapat memenuhi keperluannya.

Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan kontak mata, membuat bunyi-bunyi tertentu, dan juga dengan senyuman. Semua ini dapat mengurangkan keperluan untuk menangis.

Sebab-sebab biasa bayi menangis ada disenaraikan di bawah. Jika bayi anda sukar ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan rasa lebih lega kerana telah cuba memenuhi keperluannya sebaik yang mungkin.

1. Saya perlukan makanan

  • Lapar adalah sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil lebih berkemungkinan menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika ini dia hanya minum sedikit sahaja. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, kerana susu awal atau kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit. Anda juga mungkin sedar bahawa susu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga
  • Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak. Oleh itu, dia akan kerap lapar. Jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu kerana besar kemungkinan dia sedang lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi.
  • Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.

2. Saya perlukan keselesaan 

  • Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor membuatkan mereka rasa tidak selesa. Setengah bayi tidak begitu cerewet. Lampin yang penuh mungkin tidak mengganggu mereka. Tetapi sesetengah bayi akan menjerit dan minta lampin ditukarkan dengan segera, terutama sekali jika kulit mereka terasa gatal atau tidak selesa.
  • Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluannya, jadi eloklah dicuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain melibatkan pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.

3. Saya perlu kehangatan - tidak terlalu panas atau terlalu sejuk 

  • Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasa udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula.
  • Berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingati yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk rasa selesa. Jika dia berada di katil bayi atau bakul bayi, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya anda boleh menambah atau membuang satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan menyentuh perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya kerana adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk.
  • Kebanyakan farmasi di Malaysia ada menjual termometer. Anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 atau 25 darjah C, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung katil bayi supaya dia tak boleh bergolek sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.

4. Saya perlu dipeluk 

  • Setengah bayi sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk.
  • Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung berlebihan, tetapi sebenarnya, dalam bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini agak mustahil. Sesetengah bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membolehkan bayi berada rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk membuat kerja lain. Ini mungkin jalan terbaik bagi anda berdua.

5. Saya perlukan rehat 

  • Memang mudah bagi kita menyangka yang bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira di mana mereka berada kerana kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang.
  • Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang masing-masing mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan dia resah.
  • Ramai ibu bapa mendapati bayi menangis lebih daripada biasa apabila saudara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika anda tidak nampak sebab tertentu mengapa bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus tidur.

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sihat

  • Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka yang baru bergelar ibu atau bapa sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi mereka menangis kerana dia adalah bayi yang tidak gembira (sesetengah bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena.
  • Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring.
  • Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasa mungkin ada masalah tertentu, hubungilah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.
  • Pakar perubatan profesional lazimnya akan menimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda perlu menghubungi doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:
  1. muntah-muntah
  2. cirit-birit
  3. sembelit

7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu 

  • Kadang-kala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa apabila dia meragam dan sukar dipujuk. Keadaan tidak gembira atau tangisan yang sukar dipujuk ini boleh berlangsung selama beberapa minit atau beberapa jam. Tangisan yang tidak berhenti selama beberapa jam ini juga dikenali sebagai kembung atau kolik.
  • Kembung atau kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu. Ramai ibu bapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga.
  • Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, anda mungkin rasa lebih lega.

Antara perkara yang boleh dilakukan jika anak menangis

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda.

Bedungkan dia dan peluk dengan kuat

  • Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. 
  • Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. 
  • Sesetengah bayi yang lain pula mungkin merasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.

Dapatkan ritma yang sekata

  • Dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, bunyi-bunyi lain yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibu bapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang dapat membuatkan mereka tertidur. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin tersebut.)

Buai-buaikan bayi 

  • Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan, dan anda mungkin dapati bahawa bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, iaitu samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang. Buaian bayi yang khas atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi, manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.

Cuba kaedah urutan 

  • Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat  angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadang-kala rasa selesa jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.

Biarkan dia menghisap sesuatu 

  • Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan memberi ketenangan. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.


Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda 

  • Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibu bapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri. Mereka merasakan bahawa ketidakcekapan mereka sebagai ibu bapalah yang menyebabkan bayi mereka menangis. Tetapi ini bukan hakikatnya.

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak rasa tertewas. Di sini diberikan beberapa cadangan:

  1. Tarik nafas panjang.
  2. Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda. 
  3. Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit.
  4. Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.
  5. Cari kumpulan sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi perasaan anda dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain tentang cara untuk menangani tangisan bayi. Direktori A-Z kami mungkin mempunyai sumber yang boleh membantu anda.
  6. Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan. 
  7. Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.


Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan tunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Secara perlahan-lahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday 15 April 2015

Dengan Set Menyusu Shaklee ....... Susu Ibu Semakin Banyak & Lemak Berkrim ~ Puan Alifah.

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Semakin hari semakin ramai kita mendengar dan melihat ibu-ibu mengambil inisiatif untuk menyusukan bayi mereka sedari lahir dengan susu ibu. Mereka turut nekad untuk menyusukan si manja mereka dengan susu ibu. Ini bermakna semakin ramai yang sedar tentang betapa pentingnya bayi mereka di susukan dengan susu ibu serta manfaat yang akan diperoleh melalui penyusuan susu ibu ini.
Entri kali ini ida nak kongsikan lagi antara ibu-ibu yang menjayakan penyusuan susu ibu dengan si manja mereka. Ikuti kisah Puan Alifah ini pula dan di bawah ini gambar hasil perahan susu ibu beliau buat Adam si manja Puan Alifah.





Kata Puan Alifah hasil perahan yang diperoleh ini hasil gigih selepas lakukan POWER PUMPING. Pasti ramai yang nak tahu apa itu POWER PUMPING kan. Ok next entri ida akan cerita tentang apa itu Power Pumping dan bagaimana ia membantu dalam penyusuan susu ibu.



Betul kata Puan Alifah bagi menjayakan penyusuan susu ibu, ibu mahupun bapa perlulah ada kesedaran tentang penting dan bagusnya penyusuan susu ibu ini serta semangat yang kuat untuk memberi si manja kita dengan susu ibu.





Itu antara perkongsian dari Puan Alifah. Semoga apa yang beliau kongsikan akan memberi semangat kepada semua ibu-ibu yang sedang dalam proses menjayakan penyusuan susu ibu ini. Selain daripada itu Puan Alifah turut ,mengamalkan Set Menyusu Shaklee. Dan Alhamdulillah dengan bantuan Set Menyusu Shaklee sedikit sebanyak turut membantu beliau dalamm fasa penyusuan susu ibu ini.

Tapi perlu di ingat semua ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan susu ibu konsep asas penyusuan perlu lah dititikberatkan dimana Semakin Banyak Permintaan Semakin Banyak Pengeluaran.Perlu sertai juga dengan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari, Pam 3 jam sekali secara konsisiten serta perbanyakkan berDoa kepadaNya mohon dipermudahkan perjalanan penyusuan susu ibu anda bersama si manja anda serta diperbanyakkan susu ibu anda.

Bagi anda yang turut berminat untuk mendapatkan Set Menyusu Shaklee @ Set Penyusuan 3M Shaklee boleh hubungi ida ye. Untuk membaca entri-entri menarik didalam blog ini klik link dibawah ini :-


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya


Tuesday 14 April 2015

9 PUNCA Pengeluaran Susu Ibu Berkurangan.

Assalammualaikum semua,

Dalam perjalanan untuk menjayakan penyusuan bersama si manja pasti ibu-ibu akan mengalami satu fasa di mana pengeluaran susu akan berkurangan.Ini akan membuatkan ibu menjadi tertekan kerana bimbang bekalan susu ibu buat si manja anda akan terganggu.Tapi pernah kah anda terfikir apakah penyebab pengeluaran susu anda berkuarangan.



Bekalan susu ibu biasanya berbeza-beza sepanjang hari minggu dan bulan dan sebagainya. Selagi bayi menyusu on demand dan secara terus, bekalan susu ibu akan menampung keperluan bayi. Walau bagaimanapun, apabila ibu mengepam separuh masa atau sepenuh masa, hasil perahan boleh menjadi isu kerana beberapa faktor:

- Hasil perahan dapat dilihat dan diukur, walaupun sebenarnya perubahan production susu adalah normal

- Ibu perlu mengepam sesuatu jumlah susu untuk keperluan bayi ddan ia boleh menjadi agak tertekan apabila ibu tidak dapat mengepam jumlah ini.

-Tiada pam boleh mengeluarkan susu dari payudara sehebat cara bayi lakukan jadi mengepam tidak mengekalkan bekalan seperti mana bayi sendiri boleh lakukan. Oleh kerana ini, jika lebih banyak sesi mengepam dilakukan berbanding menyusu secara direct, lebih besar kemungkinan bahawa ibu mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan bekalan.

Jika anda merasakan bekalan anda tidak mencukupi, cuba check betul ka tak cukup? Mungkin pengasuh memberi susu dengan kerap sehingga bekalan tidak mencukupi dan kemudian mengadu bahawa anak tak cukup susu. Sesetengah pengasuh memerlukan soft reminder dan frequent demo macam mana nak handle EBM.

9  PUNCA Kenapa Pengeluaran Susu Berkurangan.

1. Pam anda dalam keadaan baik tak?

  • Pastikan well maintain. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya dalam keadaan baik juga. Kalau tak, pump dekat 15 minit pun, tak berhasil apa-apa.

2. Rutin mengepam anda cukup tak?

  • Mungkin baru-baru ni, rutin dah ke laut. Asyik terkejar-kejar meeting. Kalau ini berlaku, cuba cari jalan penyelesaian. Ini kerana, penghasilan susu memang berkadar terus dengan pengeluaran. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung. Namun sebaik-baiknya adalah sehingga payudara kosong.

3. Adakah bayi sudah start makan solid food?

  • Jika ya, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mom, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara. Namun, jangan risau sangat.

4. Baru mengambil pil perancang?

  • Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu.

5. Period nak datang?

  • Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum anda period.

6. Mengandung?

  • Ya mengandung akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.

7. Adalah anda on diet?

  • Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu.
  • Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, minum banyak air kosong.

8. Cukup rehat? Stress?

  • Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.

9. Anda sakit?

  • Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.

Cara untuk menaikkan semula pengeluaran susu anda?Menyusu secara direct dengan lebih kerap

  1. Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.
  2. Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.
  3. Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.
  4. Buat urutan payudara dan breast compression.
  5.  Cuba ambil makanan tinggi protein dan milk booster seperti alfalfa. Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.
  6. 7. Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil supplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye :-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya