Sunday 1 March 2015

17 Resepi Masakan Ketika Berpantang

Asslammualaikum semua,

Fasa ketika berpantang adalah fasa dimana semua ibu-ibu perlu menjaga diri sebaik yang mungkin termasuk lah dari segi pemakanan.Bak kata orang untuk orang berpantang ni makanan nya khas sikitkan.Jadi hari ini ida nak kongsikan 17 resepi masakan yang boleh di masak oleh ketika berpantang supaya fasa berpantang tidak menjadi sesuatu yang mebosankan hikhikhik.


1. STEAM IKAN

Bahannya:-

  1. Ikan
  2. Halia ( Dihiris)
  3. 1 biji tomato ( dibelah 4)
  4. Sedikit daun sup dan daun bawang
  5. Garam ( secukup rasa )


Caranya:-

  1. Letakkan halia yang dihiris (dengan jumlah yag agak banyak ) , buah tomata yang dipotong,daun sup dan sedikit garan diatas ikan
  2. Steam sampai ikan masak


2. SINGGANG IKAN

Bahannya:-

  1. Ikan 
  2. Air Masak
  3. 1 ulas bawabg merah (dihiris)
  4. 2 ulas bawang putih (dihiris)
  5. 1 cm lengkuas (dihiris)
  6. 1 batang serai ( diketuk)
  7. 1 keping asam keping
  8. Garam (secukup rasa )


Caranya:-

  1. Rebuskan air bersama bawang merah,lengkuas (yang sudah dihiris),serai,asam keping dan sedikit garam.
  2. Bila dah mendidih masukkan ikan


3. SUP IKAN

Bahannya:-

  1. Ikan
  2. Air masak
  3. Sedikit minyak bijan (pilihan)
  4. 1ulas halia ( dihiris)
  5. 1 biji tomato ( dibelah 4)
  6. 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  7. 1 ulas bawang merah (ditumbuk)
  8. 4 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  9. 1 keping asam keping
  10. Sedikit daun sup dan daun bawang
  11. Garam (secukup rasa )


Cara 1 :-

  1. Tumiskan lada hitam,bawang putih,bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
  2. Masukkan air dan tomato
  3. Apabila mendidih masukkan ikan
  4. Masukkan asam keping dan sedikit garam 
  5. Taburkan daun sup dan daun bawang
  6. Biar seketika dan tutupkan api


Cara 2 :-

  1. Masukkan air dengan bawang putih,bawang merah dab halia
  2. Masukkan tomato
  3. Apabila mendidih masukkan ikan
  4. Masukkan asam keping dan sedikit garam
  5. Taburkan daun sup dan daun bawang
  6. Biar seketika dan tutupkan api


4. IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:-

  1. 1 keping ikan tenggiri
  2. 4 cm halia - dihirs dan digoreng
  3. 3 ulas bawang putih - dihiris dan digoreng
  4. 2 sudu makan minyak bijan
  5. 1-2 sudu nakan kicap manis
  6. 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  7. 1/2 sudu teh garam
  8. Minyak masak


Caranya:-


  1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
  2. Biarkan selama 20 minit
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing
  4. Ketepikan
  5. TInggalkan sedikit minyak dalam kuali
  6. Masukkan ikan semula
  7. tuangkan kicap dan dikacau rata
  8. taburkan halia goreng diatasnya


5. IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:-

  1. 3 keping ikan tenggiri
  2. Air
  3. Sedikit halia (dihiris)
  4. 3 ulas bawang putih (dihiris)
  5. 1/2 cawan air asam jawa
  6. 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  7. Garam secukup rasa


Caranya:-

  1. Didihkan semua bahan diatas api perlahan
  2. Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak


6. SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:-

  1. 1 ketul ikan tenggiri
  2. Minyak sayur
  3. 4 ulas bawang putih dicincang
  4. Seulas halia diketuk
  5. 1 biji tomato
  6. Sedikit daun sup


Caranya:-

  1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak asayur
  2. Masukkan air dan tomato
  3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup
  4. Biar seketika dan tutupkan api


7. IKAN HARUAN GORENG REMPAH

 Bahannya:-

  1. 1 ekor ikan haruan )dipotong)
  2. Halia  (ditumbuk)
  3. 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  4. 2 sudu besar sos lada hitam
  5. 1 sudu rempah ikan
  6. 1 susu kecil kunyit serbuk
  7. Garam secukup rasa
  8. Minyak masak


Caranya:-

  1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam.Perap selama 15 minit
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing
  3. Panaskan minyak tumis halia dan bawang merah
  4. Masukkan sos lada hitam,rempah ikan dan garam kacau sekata
  5. Curahkan kuah ke atas ikan


8. IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:-

  1.  1 ekor ikan haruan
  2. 1 keping cendawan hita ( direndam dan dihiris)
  3. Halia (dihirs halus)
  4. 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  5. 1 sudu besar serbuk lada hitam 
  6. 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  7. Garam secukup rasa 
  8. Air secukupnya
  9. Sedikit daun bawang dan daun ketumbar - dihiris


Caranya:-

  1. Kukus ikan haruan selama 20 minit
  2. Masukkan cendawan hitam,halia dan bawang putih
  3. Masukkan sedikit air.Didihkan
  4. Tambahkan serbuk lada hitam,jus limau dan garam
  5. Sebelum hidang taburkan daun bawang dan daun ketumbar


9. SUP IKAN HARUAN

Bahannya:-

  1. 1 ekor ikan haruan-dipotong
  2. 500ml air
  3. 2 sudu besar minyak jagung
  4. Halia  (ditumbuk)
  5. 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  6. 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  7. 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  8. 1 keping asam keping
  9. Garam secukup rasa
  10. Bawang goreng
  11. Daun bawang dan daun sup (dihiris)


Caranya:-

  1. Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bahan tumbuk hingga naik bau
  2. Masukkan air
  3. Bila mendidih masukkan ikan hingga masak
  4. Masukkan asa keping dan garam
  5. Masak hingga mendidih
  6. Taburkan bawang goreng daun bawang dan daun sup


10. IKAN HARUAN /IKAN BAWAL PUTIH BERLADA

Bahannya:-

  1. 1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,buang kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul ikan yu
  2. 1 sudu besar serbuk  lada hitam
  3. 1 sudu besar serbuk jintan manis
  4. Bawang putih,halia-kisar halus
  5. 1 sudu teh serbuk kunyit
  6. 2 sudu besar pati asam jawa
  7. 1 biji bawang besar - potong bulat
  8. 1 biji cili merah dan hijau - dihiris
  9. Garam secukup rasa


Caranya:-

  1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir
  2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
  3. Goreng sederhana garing.Tepikan
  4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan
  5. Masukkan jintan manis
  6. Masukkan pati asam jawa
  7. Masukkan gula
  8. Biar endidih
  9. Masukkan lada hitam
  10. Masukkan garam secukup rasa
  11. Kemudian masukkan ikan
  12. Biar kuah pecah minyak
  13. Apabila ikan masak perlahankan api
  14. Masukkan bawang besar
  15. Masukkan cili


11. IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:-

  1. 2 ekor ikan gelama
  2. 1 biji bawang besar  (dihiris)
  3. 5 ulas bawang putih (dihiris)
  4. 1 ketul halia (dihiris)
  5. 1 biji cili merah (dihiris)
  6. 1 mangkuk air asam


Caranya:-

  1. Gorengkan ikan yang telah disapu garam dan kunyit
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih ,halia dan cili
  3. Masukkan air asam dan garam
  4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi


12. IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:-

  1. 1 ekor ikan bawal putih
  2. 1 1/2 inci halia (potong nipis)
  3. 1 inci kunyit ( potong nipis)
  4. 3 ulas bawang putih (potong nipis)
  5. 2 sudu besar kicap manis
  6. 1 sudu teh serbuk lada hitam , garam
  7. 1 batang carrot,bunga kubis


Caranya:-

  1. Lumurkan ikan dengan kicap,lada hitam dan garam
  2. Perap seketika
  3. Letakkan ikan dalam bekas (alas dengan daun pisang/aluminium foil)
  4. Siram baki perapan kicap atas ikan
  5. Tabur bahan yang dipotong atas ikan,susun carrot dan bunga kubis keliling ikan
  6. Kukus sehingga masak (anggaran 10-12 minit)


13. IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan,tenggiri,bawal putih,salmon,gelama,merah,jenahak atau siakap)

Bahannya:-

  1. Ikan
  2. 1 sudu besar serbuk kari
  3. 1 sudu besar serbuk kunyit
  4. 1 sudu besar serbuk lada hitam
  5. Garam (secukup rasa)


Caranya:-

  1. Gaulkan serbuk kari,serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam.
  2. Lumurkan diatas ikan
  3. Panggang-boleh letak atas dapur atau dalam oven


14. IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A ( diperap):-

  1. 2 potong ikan tenggiri
  2. Sedikit garam
  3. Sedikit kunyit
  4. Sedikit cuka


Bahan B (dihiris):-

  1. 3cm halia muda
  2. 1 biji bawang besar
  3. 4 ulas bawang merah
  4. 3 ulas bawang putih
  5. Sedikit minyak


Caranya :-

  1. Lumurkan bahan A pada ikan
  2. Perap selama 1/2 jam
  3. Kemudian panggang ikan hingga masak
  4. Tumis bahan B hingga naik bau
  5. Tabur atas ikan
  6. Siap untuk dihidang


14. IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak,selar kuning,kerisi atau siakap)

Bahannya:-

  1. 2 atau 3 ketul ikan
  2. 1 labu bawang putih (dihiris)
  3. 5 ulas bawang merah (dihiris)
  4. 102 batang cili merah (dihiris)
  5. 5cm lengkuas (diketuk)
  6. 5cm kunyit (dihiris)
  7. 5cm halia muda (dihiris)
  8. 1 batang serai (diketuk)
  9. 3-4 keping asa gelugor
  10. 4 cawan air
  11. Garam secukup rasa
  12. Minyak untuk menumis


Caranya:-

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang,kunyit,lengkuas dan halia
  3. Tuang air dan biar mendidih
  4. Kemudian masukkan ikan
  5. Masukkan serai
  6. Masukkan asam keping dan garam


15. IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya:-

  1. 5gm ikan bilis
  2. 3 cawan air
  3. 1 cawan santan pekat
  4. 10gm kunyit (ditumbuk)
  5. 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  6. 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  7. Garam secukup rasa


Caranya :-

  1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk diatas api perlahan
  2. Masukkan ikan bilis dan garam
  3. Gaul sekata


16. IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:-

  1. 50gm ikan bilis
  2. 20gm ibu kunyit
  3. 2 sudu kecil lada hitam
  4. Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya


Caranya:-

  1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu munyit dan lada hitam
  2. Siap untuk dimakan bersama ulam-ulaman


17. IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya :-

  1. 50gm ikan bilis (digoreng)
  2. 1 genggan daun kari
  3. 2 ulas bawang merah (dihiris)
  4. 2 ulas bawang putih (dihiris)
  5. Minyak masak


Caranya:-

  1. Panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau
  2. Masukkan daun kari dan ikan bilis
  3. Goreng seketika dan angkat


Kredit sini

Ingin dapatkan Set Berpantang atau apa-apa produk Shaklee boleh hubungi ida :-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

1 comment:

  1. Best blog ini, thank you share :D

    Forex trading boleh berjaya bila ada mentor mudahnya saham boleh bantu.

    ReplyDelete