Bersiaran kali ini dengan tajuk entri yang agak menarik ye. Hari ini ida nak kongsikan tentang kelahiran puteri ida iaitu anak ida yang ke 2. Alhamdulillah ida selamat melahirkan seorang lagi anak syurga pada 2hb Februari 2015 hari itu.Pasti ramai yang nak tahu kisah di sebalik kelahiran anak syurga ini kan ( macam orang nak tau sangat je hikhikhik).
Mengikut perkiraan sepatutnya tarikh anak syurga ini dijangka keluar adalah pada 5hb Februari 2015. Kiranya puteri ida ini terawal 3 hari keluar. Tak sabar nak menjengah ke dunia ini untuk melihat umi , ayah dan abang elman tu hikhikhik. Seperti ibu-ibu lain yang ingin melahirkan ida turut alami tanda-tanda hendak bersalin iaitu Bloody Show. Nak tahu apalagi tanda-tanda hendak bersalin boleh klik link dibawah ni ye:-
Tanda- Tanda Hendak Bersalin.
Ok berbalik pada cerita ida tadi, ida mula rasakan kontraksi sekitar pukul 10 malam tetapi kontraksi yang tidak terlalu ketara. Tapi malam tu ida tak dapat tidur lena pun hanya dapat tidur-tidur ayam sahaja. Dan sekitar pukul 3 pagi ida dapat rasakan kontraksi adalah dalam selang 10 minit. Ketika kontraksi selang 10 minit ini ida rasai ida mula praktikkan teknik pernafasan ketika kontraksi dan Alhamdulillah ia sangat membantu. Nak tahu bagaimana teknik pernafasan ketika kontraksi ini boleh klil link dibawah ini:-
Teknik Pernafasan
Sekitar jam 5 pagi dimana kontraksi 10 minit semakin ketara ida pun apalagi ajaklah En Suami ida pergi hospital. Tapi sebelum pergi hospital tu perlulah mandi dahulu dan bersihkan diri apa yang perlu kan. Salah satu sebabnya supaya badan kita cergas dan bertenaga.Pastikan juga semua kelengkapan untuk ibu dan bayi ketika berada di hospital perlulah disediakan terlebih dahulu.Nak tahu checklist persiapan bagi ibu dan bayi ketika di hospital boleh klik link kat bawah ni ye:-
Checklist buat Ibu dan Bayi ketika Ke Hospital
Ida dan En Suami sampai Hospital Serdang lebih kurang 6 pagi huhuhuhu.Orang semua tidur lagi kami dah ada kat hospital kan. Selepas pendaftaran di lakukan ida dipanggil untuk diperiksa oleh doktor. Sebelum doktor membuat pemeriksaan pintu rahim, nurse melakukan CTG atau Cardiotocography dimana ia adalah satu prosedur biasa bagi ibu-ibu yang hampir melahirkan. Secara ringkasnya,sepasang alat atau rada dipasang di perut ibu dalam jangka masa 45 minit atau lebih untuk mengambil bacaan degupan jantung bayi dan juga mengesan kontraksi. Waktu inilah doktor bagitahu kontraksi ida selang 10 minit secara konsisten.Mungkin sebab pagi lagi dan semua tengah mamai lepas doktor periksa ida tidak diberitahu pun berapa bukaan pintu rahim ida hanya di suruh tunggu diruang yang dikhaskan untuk menunggu. Masa ini ida masih dapat rasakan kontraksi pada selang masa 10 minit secara konsisten.
Sekitar jam 10 pagi,sekali lagi pemeriksaan pintu rahim dilakukan dan pada waktu ini bukaan pintu rahim baru 3 cm. Waktu ni teknik pernafasan memang banyak membantu dan ida perbanyakkan berjalan di sekitar hospital bagi mempercepatkan bukaan pintu rahim. Waktu ini En Suami ida hanya tunggu di ruang menunggu sahaja. Sekali sekala ida pergi melepak dengan En Suami ida bagi hilangkan sedikit rasa sakit kontraksi itu. Betul sokongan suami amat diperlukan disaat-saat begini hehehehe.
Pada jam 3 petang sekali lagi, pemeriksaan pintu rahim dilakukan dan pada waktu ini bukaan pintu rahim baru 4 cm. Tetapi betul pada waktu ini kontraksi dah semakin kuat. Berjalan adalah alternatif ida untuk kurangkan rasa sakit dari duduk sahaja. Pemeriksaan pintu rahim sekali lagi dilakukan sekitar pukul 5 petang dimana pada waku ini bukaan pintu rahim sudah sampai 5cm. Menurut nurse yang memeriksa bukaan pintu rahim tu apabila bukaan pintu rahim sudah capai 5cm , proses memecahkan air ketuban akan dilakukan. Waktu ini doktor dipanggil bagi pecahkan air ketuban dan selepas itu ida ditolak masuk Labour Room.
Di Labour Room, nurse melakukan sekali lagi CTG atau Cardiotocography dan mengambil bacaan tekanan darah ida.Waktu ni pula nurse boleh cakap kenapa perut ida senget kenapa tak baring betul-betul.Ida pun tak sedar perut ida senget hehehehe.Tapi pada waktu ini ida dah dapat rasakan kontraksi adalah pada selang masa 2 minit sekali.Di Hospital Serdang, disediakan 1 bilik bagi setiap seorang ibu yang hendak melahirkan.Kira best lah macam tu kan.Ketika kontraksi semakin kuat ida dapat rasakan bayi macam dah ada dipintu rahim. Memang dah rasa nak bersalin sangat masa ni. Tak sabar nak teran je masa tu ida fikir tapi masa tu nurse tak de jadi ida terpaksa tarik loceng untuk panggil nurse dan ketika jururawat datang ida memang dah rasa nak bersalin sangat. Bila nurse periksa memang bayi dah ada kat pintu rahim dan bukaan dah 10 cm. Ida apa lagi menggunakan sepenuh tenaga untuk meneran. Dan Alhamdulillah dengan hanya 2 kali meneran ida selamat melahirkan bayi ida dengan hanya ditemani seorang nurse dan tanpa suami di sisi. En Suami tak sempat datang bayi dah nak keluar sangat hikhikhik.
Alhamdulillah Syukur sangat ida selamat bersalin sekitar pukul 6.25 petang. En Suami masuk waktu bayi sedang di mandikan dan ida sedang dijahit kerana terdapat sedikit koyakan semasa proses melahirkan puteri ida tu. Ida di tolak masuk ke bilik l1 malam. Dan malam tu hanya ida dan bayi ida sahaja di hospital tanpa suami sebab suami kena balik rumah.Kesian abg Elman seharian tak jumpa uni dengan ayah.
Ida dibenarkan pulang pada keesokan harinya setelah diperiksa tiada apa-apa masalah pada ida mahupun bayi ida. Dan bermulah proses ida hendak berpantang pula bersama anak syurga ida ini. Anak syurga ida ni di beri nama Nur Ain Zahra bte Mohd Fuad. Puteri Umi dan Ayah serta bakal menjadi teman bergaduh abg Elman hehehe.
Begitulah serba sedikit kronolgi kelahiran anak syurga ke dua ida ni.Nanti next entri ida cerita pula proses ida berpantang ye.Stay tuned next entri k. Babaiiiii.
Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanain@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe
***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya
0 comments:
Post a Comment