Tuesday 17 March 2015

6 Jenis Senaman Selepas Bersalin

Assalammualaikum semua,

Pasti ramai yang tidak tahukan selepas bersalin kita perlu melakukan senaman bagi mengembalikan semula kesihatan ibu yang baru sahaja lepas bersalin. Ida sendiri baru tahu tentang senaman selepas bersalin ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada ibu yang bakal bersalin tidak lama lagi ye.

Antara Kebaikan Senaman Selepas Bersalin

  • Menguatkan otot-otot dada supaya dapat menyokong payudara yang membesar
  • Memperbaiki perjalanan darah dan pernafasan 
  • Mengurangkan berat badan yang naik semasa hamil
  • Menganjalkan kembali otot-otot membina teknik sesuai supaya dapat berehat dan tidur dalam waktu awal selepas melahirkan

Senaman yang Perlu Dielakkan Selepas Pembedahan

  1. Mengangkat kedua-dua kaki
  2. Duduk tegak dari kedudukan berbaring
  3. Melompat


1. Senaman Pernafasan

  1. Baring terlentang sambil membengkokkan lutut
  2. Sebelah tangan diletakkan di perut
  3. Tarik nafas melalui hidung
  4. Tarik nafas panjang supaya tangan anda akan ditolak ke atas oleh perut anda
  5. Hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut
  6. Leher dan bahu jangan bergerak

2. Senaman Perut

  1. Baring terlentang sambil membengkokkan lutut
  2. Rapatkan tangan ke sisi badan
  3. Angkat sebelah kaki anda yang dibengkokkan  tadi ke atas dan luruskan ke bawah sebanyak 10 kali
  4. Lalukan semula pada kaki yang sebelah lagi
  5. Ulang sebanyak 3 kali


3. Senaman Dada

  1. Baring terlentang rapatkan tangan ke sisi badan
  2. Angkat kedua-dua belah tangan ke atas sehingga kedua-dua nya bersentuhan
  3. Kemudian jatuhkan semula sehingga rapat kembali ke sisi badan
  4. Lakukan sebanyak 20 kali

4. Senaman Punggung

  1. Baring, rapatkan lutut dan tegakkan sementara kaki dibuka
  2. Angkat bahagian punggung dengan tapak kaki menekan lantai tanpa mengangkat bahu
  3. Biarkan dalam posisi sedemikian dalam kiraan 5
  4. Kembalikan punggung ke keadaan asal
  5. Ulang sebanyak 10 kali

5. Senaman Kaki

  1. Baring dengan melunjurkan kaki
  2. Gerakkan kedua-dua kaki dan putarkan kedua-dua kaki dengan tumit di buka

6. Senaman Kegel

  1. Letakkan tangan diperut,peha dan punggung
  2. Tahan nafas dan buat kenutan sebanyak 15-20 kenutan dengan kiraan 10 saat untuk setiap cengkaman faraj sebelum dilepas
  3. Ulang sebanyak 10 kali
  4. Bagus dilakukan 2-3 kali sehari dan boleh dilakukan sewaktu bersiri, duduk dan berbaring

Antara Kebaikan Senaman Kegel

  • Membantu menguatkan lantai pelvik
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi
  • Mengelakkan terkencing ketika batuk dan bersin
  • Menguatkan otot faraj


Senaman ini penting untuk 2 otot iaitu otot punggung dan perut. Dan jika ia dilakukan secara konsisten akan mempercepatkan proses mengembalikan bentuk badan kepada keadaan asal.

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment