Friday, 10 April 2015

10 Jenis & Warna Najis Bayi

Assalammualaikum semua,



Pernah tak anda sebagai ibu mahupun bapa tertanya-tanya apabila ada perubahan pada bentuk najis anak anda. Adakah anda mencari jawapan kenapa najis bayi anda kadang-kadang berbeza.Atau anda menganggap ia adalah sesuatu yang biasa dan tidak perlu diambil tahu.

Tapi sebenarnya perubahan pada najis anak anda juga perlu anda titikberatkan kerana mungkin ada yang tidak kena bila ada perubahan pada najis anak anda daripada biasa.

Disini ida kongsikan 10 jenis najis bayi yang perlu anda ketahui.

1. Newborn poo: Meconium


najis bayi baru lahir


  • Bagi bayi yang baru lahir, najis pertamanya berbentuk sebegini, Ianya mengandungi amniotic fluid, mucus, skin cells, dan lain-lain bahan di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbau.

2. Warna 'breastfeed poo'.


najis bayi yang menyusu susu ibu


  • Bayi yang menyusu dengan susu ibu, wara najisnya adalah kekuningan seolah golden yellow. Dan ianya juga kurang berbau. Ada juga bayi yang menyusu badan mengalami najis yang agak kehijauan. Kebiasaannya disebabkan oleh bayi mendapat lebih foremilk iaitu susu di hadapan yang mana kandungannya adalah air dan protein yg rendah kalori. Bayi tidak sempat mendapatkan hindmilk iaitu susu yang mengandungi kangungan lemak.


3.  Formula milk poo:


najis bayi yang menyusu susu ibu


  • Yang ni adalah najis bayi yang diberi susu formula. Najis adalah bewarna kuning pecat dan agak lebih besar dari najis bayi yang 'breastfeed'. Ini kerana susu formula mengandungi molekul yang lebih besar dari susu ibu, dan sebab itu ianya agak susah dihadam oleh perut bayi. Baunya juga berbau agak kuat berbanding bayi yang diberi susu badan.


4. Iron fortified poo:


najis bayi yang mengandungi lebih zat besi


  • Contoh najis jika bayi diberi bahan yang mengandungi iron. Adalah normal jika bayi yang diberikan iron, najisnya akan berwarna kehitaman tetapi seger berjumpa doktor jika taida supplement iron diberikan tetapi najis bayi berwarna kehitaman.


5. Solid food poo:


najis bayi yang diberi solid food



  • Bayi yang diberi solid food akan mengalami perubahan najisnya seperti ini. Ianya berwarna seakan coklat dan agak berbau.

6. Poo with partially digested food:


najis bayi yang makan makanan separuh hadam


  • Macam-macam ada dalam ni contohnya carrot hihi. Jangan risau bayi tidak apa-apa. Ini kerana makanan  yang dimakan tidak sempat hadam sepenuhnya kerana kadang-kadang bayi menyuap seberapa banyak makanan dalam mulut.

7. Cirit birit:


najis bayi cirit birit



  • Najis jenis ini kerana bayi mengalami infection atau alergic pada sesuatu makanan. Bawa bayi berjumpa doktor jika keadaan berterusan.

8. Sembelit:


najis bayi yang sembelit


  • Bayi mengalami sembelit najisnya akan keras. Biasanya doktor akan cadangkan untuk mmberikan bayi jus atau air untuk mudahkan pembuangan najis bayi.

9. Najis yang mengandungi mukus:
jenis najis bayi


  • Ini juga biasanya disebabkan oleh bayi alergic pada sesuatu ataupun mengalami infection. Bawa bayi ke hospitak jika ianya berlarutan.

10. Najis bercampur darah:



najis bayi bercampur darah

  • Jika najis normal bercampur darah, ada kemungkinan bayi mengalami alergi pada 'milk protein'.
  • Jika sembelit bercampur darah,kemungkinan ada kecederaan pada anusnya.
  • Ianya kemungkinan juga ada jangkitan bakteria.

Berminat utuk mendapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya


0 comments:

Post a Comment