This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday 1 July 2015

Sijil HALAL Shaklee 2015

Assalammualaikum semua pembaa setia blog ini. Entri kali ini nak tayang sikit Sijil Halal Shaklee. Ini adalah Sijil Halal Shaklee yang terbaru iaitu bagi tahun 2015. Dan Alhamdulillah pihak pengurusan Shaklee tidak pernah terlepas pandang untuk memperbaharui Sijil Halal Shaklee kerana telah diketahui ramai pengguna produk Shaklee terdiri dari orang Islam yang amat menitik beratkan aspek HALAL sesuatu produk yang ingin digunakan.

Di harap dengan lampiran Sijil Halal Shaklee ini tidak akan menibulkan rasa was-was bagi semua pengguna produk Shaklee untuk menggunakan produk keluaran Shaklee.

Shaklee mendapat pengiktirafan halal daripada ISA ( Islamic Services of America) yang merupakan badan yang diiktiraf JAKIM untuk pengesahan HALAL.

Dibawah ini adalah Sijil Halal Shaklee bagi tahun 2015.





Jadi ida harap semua pengguna dan bakal menggunakan produk Shaklee tidak akan rasa was-was lagi untuk menggunakan produk Shaklee ye.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya




Monday 15 June 2015

Kenali Apa Itu Tandem Nursing?

Dalam menjayakan penyusuan susu ibu banyak ilmu yang perlu diterokai. Siapa kata menyusu badan ni senang cuma selak baju bagi bayi minum susu habis cerita kihkihkih. Dulu ida pun fikir macam tu juga. Semudah AB menyusu susu ibu ini. Rupa-rupanya banyak ilmu yang perlu dipelajari lagi.

Walaupun kedua-dua anak ida menyusu susu ibu tetapi sampai hari ini ida masih mencari dan mentelaah ilmu penyusuan susu ibu ini supaya ida mampu memperbaiki dan menambah baik kekurangan yang ada ketika ida menyusukan abg Elman dulu.

Entri kali ini ida nak kongsikan pula salah satu teknik yang biasa didengari dalam penyusuan susu ibu ini iaitu Tandem Nursing. Ida pasti ada yang biasa dengar dan ada yang baru pertama kali dengarkan.

Mari kita menambah lagi ilmu penyusuan susu ibu ini.



Apa Itu Tandem Nursing?

  • Tandem Nursing ialah apabila seorang ibu menyusukan lebih daripada seorang anak secara serentak.
  • Sebagai contonh ibu yang mempunyai anak kembar 2,3 atau lebih. Boleh jadi juga seorang ibu yang menyusukan bayi dan juga anaknya yang lain yang lebih tua sebagai contoh si abang atau si kakak.
  • Walaupun mereka bukan adik beradik kembar ini dikatakan tandem nursing terutamanya apabila kedua-dua anak ingi menyusu pada masa yang sama.
  • Tandem Nursing juga boleh dilakukan dimana sebelah payudara untuk si anak dan sebelah lagi payudara untuk mengepam.


Kebaikan Tandem Nursing?

  1. Memperbanyakkan air susu ibu
  2. Menyusu secara tandem akan mengurangkan rasa cembiru adik beradik jika nada baru sahaja lepas melahirkan. Anak yang tua akan sayang dengan adiknya dan tiada istilah emburu kerana masing-masing berkongsi bonding dengan ibu mereka.
  3. Tandem Nursing akan mengurangkan rasa bengkak payudara akibat susu banyak
  4. Anak-anak akan rapat dan saling menyayangi
  5. Tidak perlu risau samada susu cukup atau tidak untuk si kecil kerana asas penyusuan adalah 'demand and supply'. Selagi bayi menyusu selagi itu susu akan banyak.

Tips Tandem Nursing?

 1. Amal Pemakanan Tinggi Khasiat
  • Dalam usaha membekalkan susu berkualiti, ambil makanan sihat seperti daging, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu. Makanan yang diambil perlulah mengandungi protien , besi, kalsiun,asid folik dan zink yang tinggi. Makanan ringan seharusnya dihadkan. Juga jangan lupa minum lebih banyak air.
2. Tetapkan Giliran atau Serentak.
  • Dalam beberapa hari pertama, anda pasti mahu bayi mendapat khasiat susu terutamanya kolostrum yang diperlukan. Stelah susu matang terhasil, anda boleh menyusukan kedua-dua anak mengikut giliran mahupun secara serentak.
3. Kenalpasti Posisi Bersesuaian.
  • Anda boleh mengaplikasikan pelbagai posisi. Anda boleh memgang kedua-dua anak dalam posisi Cradle Hold atau Football Hold atau menggabungkannya. Antara lain anda boleh praktikkan posisi semi reclined atau sambil berbaring. Apa pun posisinya, anda tahu mana yang sesuai dan selesa untuk diri sendiri.
4. Bertenang
  • Susukan bayi dalam keadaan tenang agar anda dan anak-anak kekal selesa sepanjang sesi penyusuan berlangsung.
5. Minta Tolong
  • Mintalah pertolongan daripada suami,ibu,ibu mertua atau pembantu rumah untuk bermain dan mengalih perhatian anak yang tua sewaktu menyusukan bayi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua. Ida doakan semua ibu-ibu yang sedang berusaha dan berjuang untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu diberi kemudahan dalam melalui fasa-fasa penyusuan susu ibu ini ye. Happy Your Breastfeeding Journey and Happy Pumping.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Friday 12 June 2015

6 Peranan SUAMI Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Assalammualaikum semua. Dalam usaha menjayakan penyusuan susu ibu sokongan serta bantuan suami adalah yang paling amat diperlukan oleh isteri. Ini kerana suami adalah orang yang terdekat yang ada dengan isteri.
Seperti ida sendiri sokongan suami banyak membantu dalam ida menjayakan penyusuan susu ibu bagi anak-anak syurga ida. Alhamdulillah dikurniakan suami yang sentiasa memberi sokongan. Di sini ida senaraikan 6 peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini.


1. SOKONGAN MORAL

  • Suami perlu memberi galakan kepada isteri untuk  memberi susu ibu sejak daripada awal isteri hamil dan selepas bersalin. Sokongan daripada suami amat diharapkan oleh isteri. Suami boleh bersama menimba ilmu penyusuan susu ibu. Kalau tak tahu semua pun tidak apa.Memadai tahu perkara asas serba sedikit kepentingan dan kelebihan susu ibu.


2. SOKONGAN DARI SEGI EMOSI

  • Apabila selepas bersalin dan diawal penyusuan, pelbagai masalah yang isteri hadapi dalam menyesuaikan diri dengan dunia susu ibu. Permulaan susu ibu yang sedikit iaitu kolostrum selalu menjadi tekanan kepada isteri kerana menganggap tidak cukup susu. Tambahan pula jika keluarga menekan supaya bayi diberikan susu formula. Di sinilah peranan utama suami diperlukan. Suami perlu memberi sokongan moral yang tak berbelah bahagi kepada isteri demi menjayakan penyusuan susu ibu. Pada peringkat ini memang diuji ketahanan mental. Suami perlu kuat dan sentiasa memberi motivasi serta galakkan kepada isteri. Jangan cepat mengalah dan berputus asa.
  • Kadang-kadang pelbagai masalah lain juga berlaku seperti bengkak susu, puting melecet, bayi meragam dan sebagainya. Maka suami perlu memberi sokongan supaya isteri terus tabah dan bersabar.


3. MEMBANTU HAL RUMAH TANGGA

  • Suami perlu membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutamanya ketika isteri baru selepas bersalin da sedang menyesuaikan diri dalam dunia penyusuan. Suami boleh mengambil alih tugasan seperti mengemas rumah, membasuh pakaian,memasak dan sebagainya. Biarlah isteri berehat seketika dan fokus  kepada bayi dan penyusuan.


4. BERSAMA BERJAGA MALAM

  • Pada awal kelahiran, bayi kadang kala sering berjaga atau kerap bangun malam untuk menyusu. para suami sokonglah isteri dan bersama bangun malam walaupun sekadar menemani isteri menyusukan bayi. Ini dapat mengurangkan tekanan stress yang dialami oleh isteri. Jika bayi kerap berjaga malam sehingga pagi, ambillah giliran untuk menjaga bayi dan biarkan isteri tidur dan berehat seketika.


5. SOKONGAN KEWANGAN

  • Bantulah isteri untuk bersama membeli peralatan penyusuan seperti pam susu, warmer, botol susu dan sebagainya. Jangan biarkan isteri keseorangan menampung semua barangan keperluan penyusuan. Bayangkan jika isteri tidak menyusukan bayi berapa banyak wang yang perlu suami keluarkan setiap bulan untuk susu formula yang jauh lebih mahal.


6. BELIKAN VITAMIN IBU MENYUSU

  • Untuk memastikan isteri sentiasa sihat dan bertenaga suami boleh membelikan isteri milkbooster atau vitamin ibu menyusu. Jika susu ibu mulai kurang dan merudum segeralah untuk mendapatkan milk booster iaitu Set Penyusuan 3M Shaklee. In Shaa Allah dengan amalan pemakanan supplemen tambahan dan tips ibu menyusu yang betul, isteri dapat menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.

Itu antara perkara yang boleh dilakukan oleh suami dalam usaha untuk memberi yang terbaik kepada bayi anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua hendaknya.

Jemput klik link dibawah ini untuk entri-entri yang menarik:


  1. 12 Perkara Asas Yang Perlu Diketahui Bagi Menjayakan Penyusuan Eksklusif
  2. 10 Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu 
  3. 12 Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday 10 June 2015

DOA & ZIKIR Membanyakkan Susu Ibu.

Assalammualaikum semua. Salam bersiaran lagi. Tidak dinafikan dalam menjayakan penyusuan susu ibu banyak perkara yang perlu ibu-ibu mahupun bapa-bapa pelajari. Yelah nak bagi yang terbaik buat simanja kita bukanlah semudah ABC kan. Entri kali ini ida kongsikan pula anta Doa dan Zikir yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu dalam usaha unruk membanyakkan susu ibu. Dalam pada itu semoga doa serta zikir ini akan menjadikan anak yang kita susui soleh dan solehah. In Shaa Allah.



1. DOA

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini penuhilah dengan rahmatmu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku".

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.

2. ZIKIR

  • Zikir Ya Matin (70x) setiap malam dan subuh. Hembuskan pada air dan buat minuman.

3. SURAH AL-HUJURAT & AL KAUTHAR

  • Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.


4. AYAT DARI SURAH AL-BAQARAH, Ayat ke 60



Maksud ayat :-

" Dan (ingatlah ) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmmu ", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak ( di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing, (Dan Kami berfirman ): " Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan benana di muka bumi."

5. SOLAT SUNAT DHUHA

  • Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3 kali semasa sujud akhir.


" Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMMua, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah , jika rezekiku masih dilangit turunkanlah dan jika di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, kecantikan, kekuatan,kekuasaanMu,limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMU yang soleh.

Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa Dhuha ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu-ibu bagi menjayakan penyusuan susu ibu bersama bayi anda. Ida doakan yang terbaik buat semua. Enjoy your Breastfeeding Journey & Happy Pumping.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Monday 8 June 2015

Set Penyusuan 3M Shaklee Pilihan Hatiku.


Asslammualaikum semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi serba sedikit info kepada semua pembaca setia blog ini. Kali ini ida akan kongsikan pula supplemen yang menjadi peneman ida sedari anak pertama dan kini anak kedua ida dalam proses ida menjayakan penyusuan bersama simanja ida hihihihi.Kira peneman setia ni. Alhamdulillah dengan amalkan supplemen ini secara konsisten ida tidak alami masalah penyusuan. Banyak lagi manfaatnya Set Penyusuan 3M ini pada ida. Nanti ida coretkan di entri berikutnya ye.
Kali ini ida nak kongsikan fungsi bagi setiap supplemen yang terdapat dalam Set Penyusuan 3M ini ye.



VITALEA (MULTIVITAMIN)

  • Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi
  • Ada kajian mengatakan kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi dan ibu juga digalakkan menambah ikan  bilis (salah satu sumber zat besi ) ke dalam makanan pertama si comel.
  • Maka pengambilan vita lea iron fortifies ini membantu si anak membesar dengan baik





B COMPLEX

  • Sangat penting dalam membantu mematabolismakan karbohidrat, lemak & protien
  • Anti stress ( sebagai penenang)
  • Membantu meninggikan sistem  pertahanan badan
  • Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga
  • Membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa ( mood baik sahaja)
  • Apabila ibu kurang stress dan sentiasa gemmbira secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar.
  • Pengambilan pil perancang emmusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
  • Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.




VITAMIN C

  • Antihistamine semulajadi
  • Meningkatkan antibdi dalam susu ibu. Jika si ibu dan si anak demam anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vitamin C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam.
  • Kadangkala bila pumping ataupun di gigit oleh anak, puting akan  mudah terluka maka luka akan cepat baik.
  • Kulit makin bersih, cerah dan cantik







ALFALFA

  • Mempunyai 1001 khasiat dan antaranya sebagai penggalak susu
  • Dalam penyusuan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak didalam susu ibu
  • Maka susu ibu lebih lemak berkrim
  • Selain itu ibu akan jadi lebih lawas dimana membantu dalam menurunkan berat badan
  • Bantu buang angin dalam badan
  • Bayi anda akan kurang kolik ( angin dalam badan)







ESP ( ENERGISING SOY PROTIEN)

  • Ia memberi tenaga
  • Membantu melancarkan penghasilan susu penting untuk kelenjar dan tumbesaran.
  • Mencaktikkan kulit si ibu
  • Bantu kawal paras kolesterol
  • Memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama
  • Sangat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Apa bezanya  soya Shaklee ini soy Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non-GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah.Kualitinya sangat tinggi.





OSTEMATRIX

  • Shaklee Kalsium Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. 
  • Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.
  • Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid.
  • Maka bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.
  • Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang digalakkan untuk mengambil Ostemmatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
Itu antara fungsi setiap supplemmen di dalam Set Penyusuan 3M ini. Dan secara jujurnya ida amat berpuas hati dengan set penyusuan ini. Bagi mana ibu-ibu yang sedang menyusu atau bakal menyusukan simanja anda ingin dapatkan Set Penyusuan 3M ini boleh hubungi ida ye. Dengan setiap pembelian dari umisayangkamu.blogspot.com akan diberi TIPS EKSLUSIF bagi menjayakan penyusuan susu ibu yang mana saya sendiri amalkan.

BERMINAT??????????

Lekas dapatkan Set Penyusuan 3M ini.

Meh klik-klik link kat bawah ini untuk entri-entri menarik ye:-



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Friday 5 June 2015

KENAPA Perlu Minum Air 3 Liter Sehari

Pada entri sebelum ini ida ada kongsikan tentang Tips Minum Air Masak 3 Liter Sehari.Bagi entri kali ini ida kongsikan pula Kenapa Kita Perlu Minum Air 3 Liter Sehari ye. Dengan ini kita akan tahu betapa pentingnya pengambilan air masak berbanding air manis kepada diri kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.




Kelebihan-kelebihan Minum Air Masak

  1. Menggalakkan penghasilan air susu yang banyak bagi ibu menyusu
  2. Dapat menyahtoksikkan badan secara semulajadi
  3. Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap
  4. Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengeutan kulit
  5. Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan
  6. Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten
  7. Minda yang ceria dan emosi yang stabil


KENAPA Perlu Minum Air 3 Liter Sehari

  • Supplemen semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh serta memperbaiki sel-sel yang rosak. Semasa prosses ini air amat diperlukan kalau tidak kita akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
  • Healing  crisis adalah satu tempoh yang diambil untuk proses-proses membersihkan badan, penyingkiran toksin dan untuk bina semula sel-sel badan yang lebih kuat dari sebelum ini.
  • Pengambilan supplemen adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Bila kekurangan air akan menyebabkan darah kita menjadi pekat.So boelh bayangkan bilamana kita bancuh sesudu garam dalam sebiji cawan  berbanding dengan mengacau sesenduk garam dalam sebiji awan.Satu senduk garam pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar sari sebiji cawan.
  • Berbeza dengan memakan buah-buahan ,kita tidak perlu minum air yang banayk selepas itu kerana buah-buahan tersebut sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrien dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin
  • Contohnya : Dalan sebiji pil Vita C 500mg Sustained Release sama dengan 7 1/2 biji oren. Dalam 7 1/2 biji oren sudah ada sangat banyak air.
Itu serba sedikit perkongsian yang ida ingin kongsikan bersama anda. Bagi semua ibu menyusu minum air masak adalah sangat penting bagi anda semua supaya perjalanan penyusuan susu ibu anda sentiasa berjalan lancar ye. Terima kasih sudi baca entri yang ida tulis ini ye.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday 3 June 2015

Ketahui Saiz Perut Bayi Anda

Assalammualaikum semua,

Dalam menjayakan penyusuan susu ibu banyak yang perlu dipelajari oleh semua ibu-ibu mahupun bapa. Pelbagai ilmu perlu ditimba supaya proses bagi menjayakan penyusuan bersama simanja berjalan dengan indahnya. Yang mana setiap saat akan di ingati sentiasa.
 Entri kali ini ida nak kongsikan pula tentang saiz perut bayi kita sedari ia lahir. Ia amat penting supaya kita tahu berapa keperluan susu yang diperlukan oleh bayi kita. Dan kita tidak mengambil tindakan drastik memberi si manja kita makanan pelengkap dengan menganggap bahawa bayi kita tidak cukup susu apabila mereka sering menangis.
Entri sebelum ini ida ada kongsikan sebab bayi menangis. Bagi yang terlepas entri itu boleh klik link ini ye 7 SEBAB Kenapa Bayi Menangis & Cara Mengatasinya. Dengan ini kita akan tahu kenapa bayi kita menangis.
Jom kita menambah lagi ilmu-ilmu yang sangat berguna bagi kita yang bergelar ibu mahupun bapa.


Hari Pertama - Hari Kedua

  • Saiz perutnya hanyalah sebesar buah ceri atau biji guli
  • Terlampau kecil dan jumlah susu yang diperlukan juga begitu sedikit dalam 5~ 7 ml.  Cuba ingat kembali waktu bayi lahir adakah susu keluar mencurah-curah?
  • Allah Itu Maha Bijaksana sesuai dengan kejadian perut bayi yang kecil. Allah SWT ciptakan kolostrum cairan emas yang mengandungi banyak khasiat untuk tumbesaran dan perlindungan untuk bayi.

Kolostrum biasannya berwarna kuning keemasan dan akan menjadi susu matang dalam tempoh 1-2 minggu selepas bayi lahir. Usah panik tentang susu ada atau tidak sebaiknya dakaplah bayi dan biarkan dia menyusu.
Jika bayi ada mengalami komplikasi dan tidak boleh menyusu langsung. Cubalah untuk pam kolostrum dan berikan padanya.

Hari Ketiga - Hari Keempat

  • Perut bayi akan berubah menjadi sebesar kacang walnut. Atau sebesar genggaman tangannya.
  • Jumlah susu yang sesuai adalah lebih kurang 22 - 27 ml atau 1 auns. Oleh kerrana perut bayi kecil, permintaan bayi untuk disusukan adalah kerap. 1-2 jam sekali bayi perlu disusukan.
  • Penyusuan yang kerap sangat membantu mengelakkan bayi dari terkena risiko penyakit kuning.Apabila dia kerap minum susu, maka keraplah kadar pembuangannya. Birubilin yang menyebabkan kuning akan keluar bersama-sama najis bayi.

Berbeza jika bayi diberikan susu formula, dia akan gemar tidur dan menjadi pasif. Di tambah lagi susu formula lambat dihadam berbeza dengan susu ibu.

Hari Kelima - Hari Keenam

  • Saiz perut si omel membesar kepada sebesar buah aprikot.
  • Ketika ini bayi boleh minum sebanyak 1.5 ke 2 auns. Dan masih perlu disusukan dengan kerap.
  • Jika bayi jenis yang suka tidur , 2-3 jam sekali bayi perlu dikejutkan untuk menyusu. Usah bedung atau memakaikan pakaian yang selesa supaya dia tidak terlampau lena tidur.
  • Tidur terlalu lama tanpa disusukan boleh membuatkan bacaan birubilin meningkat. Pujuklan dia untuk menyusu atau pamkan susu dan berikan susu menggunakan cawan kecil.

Hari Ketujuh - Hari Ke 21

  • Pada waktu ini perut bayi telah membesar sebesar sebiji telur ayam.
  • Jumlah susu yang diperlukan juga bertambah kepada 2.5 ke 5 oz bagi setiap penyusuan. Dan saiz perut ini akan membesar selari dengan pertambahan usia bayi.
  • Saiz perut bayi ini adalah panduan bagi setiap ibu yang mahu menyusukan anaknya. supaya lebih tenang dan tahu apa tindakan yang perlu diambil apabila bayi meragam
Kredit info


Jadi bagi semua ibu mahupun bapa jangan panik bila bayi menangis sahaja. Itu bukan tanda bayi lapar semata-mata mungkin ada faktor lain kenapa bayi anda menangis. Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada semua ibu mahupun bapa diluar sana. Enjoy your breastfeeding journey and happy pumping.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya