This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday 29 May 2015

4 TEKNIK Untuk Mencairkan Susu Ibu

Assalammualaikum semua,



TAHUKAH ANDA

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Jadi bagaimana semua mommies-mommies mengendalikan perahan susu ibu anda. Jangan dalam kita cuba untuk memberi yang terbaik kepada si manja kita membuatkan kita terlepas pandang akan perkara ini. Jadi hari ini mari kita menambah lagi ilmu penyusuan susu ibu supaya si manja kita mendapat yang terbaik dari susu ibu.

CARA PERTAMA : MENCAIRKAN SUSU IBU DI DALAM PETI SEJUK

cara pengurusan ebm, kelebihan susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet susu ibu terhasil, kebaikan susu ibu, apa itu kolustrum? beza foremilk dan hindmilk, proses keluarkan susu ibu, set penyusuan shaklee, susu ibu kurang, punca susu ibu kurang, cara tambah susu ibu, pil tambah susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet, cara panaskan susu ibu

  1. Alihkan susu ibu dari freezer ke peti sejuk. Cairkna susu ibu beku sebelum ianya rosak. Boleh gunakan teknik FIFO ( First In , First Out). Juga labelkan tarikh dan masa pada susu ibu yang disimpan.Ini akan menjadikan urusan simpanan susu ibu menjadi lebih baik.
  2. Letakkan susu ibu beku berhampiran dengan pintu  bagi proses pencairan. Ini kerana suhunya yang lebih hangat.
  3. Cairkan pada waktu malam sebelum diguna pada esok harinya. Susu ibu mengambil masa 8 jam untuk cair sepenuhnya. Buka dan kacau perlahan untuk lihat susu cair sepenuhnya. Jika masih terdapat ketulan beku, masukkan semula ke dalam peti sejuk dan biarkan ia mencair lengkap atau lalukan di bawah air paip untuk cairkannya.
  4. Sebaiknya guna susu ibu yang telah cair secepat mungkin. Jika tak digunakan boleh terus disimpan dalam peti sejuk sehingga 5 hari (tanpa keluarkan dari peti ais).  Alihkan atau jauhkan susu tersebut dari pintu peti sejuk. Bagi mendapatkan suhu yang lebih sejuk.

CARA KEDUA : TEKNIK AIR MENGALIR




  1. Letakkan susu ibu beku dibawah tapa air yang sejuk. Suhu perlu lebih sejuk sedikit dari suhu bilik. Menggunakan air yang sejuk pada awalnya akan meningkatkan suhu susu ibu secara berperingkat. Jika terus diletakkan di bawah air panas berkemungkinan akan merosakkan enzim- enzim penting dalam susu ibu. Goyangkan susu ibu untuk lihat susu telah cair dengan lengkap.
  2. Perlahan-lahan naikkan suhu tap air yang sedang mengalir pada susu ibu yang telah cair tadi. Ubah susu dari sejuk ke suhu bilik kemudian pada suhu yang hangat dan akhirnya suhu panas. Ini akan memelihara susu ibu dari rosak.

NOTA 1 : Berhenti panaskan susu ibu jika wap mula kelihatan. Susu yang terlalu panas boleh menyebabkan mulut bayi melecur.
NOTA 2 : Susu ibu yang sedikit sejuk adalah selamat diminum oleh bayi. Tapi jika bayi sedikit cerewet panaskan susu pada suhu bilik.

Jika menggunakan Refrigerator Defrosing ( Mencairkan Di Dalam Peti Sejuk )  tidak perlu letak susu ibu di bawah air sejuk. Terus alirkan air yang hangat bagi memanaskan susu ibu
Goyangkan susu perlahan-lahan bagi meratakan suhu. Atau boleh gunakan sudu untuk kacau perlahan.

CARA KETIGA : RENDAMKAN DALAM AIR SUAM


  • Panaskan air di dalam bekas (seperti saucepot). Nyalakan api sederhana. Tutupkan api jika air sudah mula mengeluarkan wap @  sebelum air mula mendidih. Angkat dan alihkan bekas tersebut. Elakkan guna air yang mendidih.


AMARAN : JANGAN TUANGKAN SUSU IBU CAIR DAN PANASKAN TERUS DI ATAS API

  • Rendamkan terus bekas susu ibu ke dalam air yang telah dipanaskan. Atau jika agak ragu pegang bekas susu tanpa jejaknya ke dalam bekas air yang telah dipanaskan. Boleh terus panaskan susu ibu yang beku atau sejuk menggunakan cara ini.
  • Akhir sekali, goyangkan botol susu perlahan- lahan atau kacau dengan sudu untuk ratakan suhu.

CARA KEEMPAT : GUNA WARMER (PEMANAS)



  • Cara yang paling mudah dan ringkas. Baca manual sebelum menggunakan warmer. Warmer ini juga boleh digunakan untuk memanaskan makanan anak jika sudah mula makan.
  • Ada 2 jenis warmer iaitu yang menggunakan air atau wap untuk memanaskan susu ibu. Letakkan botol susu ibu ( yang telah cair). Kemudian set kan suhu yang bersesuaian mengikut manual.
  • Bunyi atau lampu akan menyala

TIPS PENTING:

  1. Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).
  2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
  4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
  5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
  6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.



TIDAK BOLEH:



1. TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.


2. TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
3. TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.

Kredit Info 

Di harapkan perkongsian ini dapat membantu semua mommies-mommies terutama yang baru pertama kali bergelar ibu mahupun bapa dan baru dengan dunia penyusuan susu ibu ini.





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday 27 May 2015

Happy Birthday Nur Muhammad Elman Hafiy , Zill Qayyim dan Zill Qaid.

Assalamualaikum semua,

Hari ini entri juz nak kongsi gambar sekitar majlis Hari Jadi Abg Elman dengan sepupunya Zill Qayyim dan Zill Qaid. Majlis ini berlangsung di Taman Wetland Putrajaya. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tapi masa ni umi tak bape sihat jadi tak bape ada mood tapi gagahkan juga diri demi anak syurga ini. Theme nya Spiderman. Ida amat berpuas hati dengan Event Management ini. Cantik semuanya.




Ni lah kek untuk 3 hero tu. Cantik pandai akak ni buat.



Tu lah gmbar 3 hero tu .ni deko tang akak tu buat.Memnag shantek


Makanan -makanan yang menarik & sedap. Yummy yummy


Tu yang hujung gambar family kecil kami.
Yang kat bawah tu gambar family akak ipar
Yang ujung lagi satu gambar arash , wife arash & akak yang handle majlis ni





Ada aktiviti untuk kanak-kanak sekali memang best.

Itu lah gambar sekitar Birthday Party 3 Hero tu. So far semuanya berjalan lancar hari tu. Bagi ada yang berminat nak buat Birthday Party untuk si manja ida suggest kan akak ni. Memang cantik dan tersusun semuanya. Boleh pergi klik page beliau iaitu Dream Candy.

Birthday Party ni buat 2 minggu awal sebelum birthday Elman iaitu pada 16hb Mei 2015.

Habis sudah cerita pasal Birthday Party 3 Hero kesayangan ida tu ye.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Monday 25 May 2015

Ketahui Tempoh Masa Penyimpanan Bagi Susu EBM.

 Assalammualaikum semua. Dalam menjayakan penyusuan susu ibu, semua mommies-mommies perlulah juga mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu ini agar perjalanan penyusuan susu ibu ini menjadi semudah ABC hihihihi.
Entri kali ini ida ingin kongsikan pula  Cara Penyimpanan Susu EBM yang mana ini adalah salah satu ilmu penyusuan yang perlu diambil berat terutama bagi ibu-ibu yang bekerja. Ini kerana apabila ibu akan mula bekerja jadi salah satu cara untuk meastikan bayi sentiasa dapat susu ibu biarpun ibu bekerja adalah dengan memberi bayi dengan susu yang telah dipam.
Tapi bagaimanakah cara anda mengendalikan susu yang sudah diperah ini? Perlu diketahui bahawa susu ibu mempunyai sel hidup.Oleh yang demikian susu ibu yang telah diperah perlulah disimpan dengan cara yang betul untuk memastikan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu juga mempunyai bahan anti bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Jadi hari ini mari kita menambah lagi ilmu tentang penyusuan susu ibu ni ye. Untuk manfaat semua mommies-mommies diluar sana.

Istilah-istilah Penting Susu Ibu Yang Di Perah

  1. EBM - Expressed Breast Milk
  2. Fresh EBM - Susu Yang Baru Diperah
  3. Chilled EBM - Susu yang dah Diperah, disejukkan dibahagian sejuk (bukan beku ). Chilled EBM akan membentuk lapisan ia bukan basi.
  4. Frozen EBM - Susu yang di simpan di tempat beku.

Tempoh Hayat Susu Ibu Yang Telah Dipanaskan.

  1. FRESH EBM ; Tahan 4 jam di dalam suhu bilik atau 8 jam dala bilik beraircond. Tahan 4 jam selepas dipanaskan
  2. CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas dipanaskan, jika anak dah minum perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam kerana air liur telah bercammpur dengan susu.
  3. FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas dipanaskan pastikan anda panaskan mengikut jumlah yang diperlukan anak untuk sekali sesi penyusuan



Penerangan mengikut gambar diatas ini:-

  1. Suhu bilik - susu bertahan selama 4 jam
  2. Cooler bag/box - susu bertahan 12-24 jam
  3. Peti ais bawah 2 pintu - boleh bertahan paling lama 72 jam tetapi seeloknya 48 jam sahaja
  4. Peti ais atas 3 pintu - bertahan paling lama 3- 6 bulan bergantung kepada kekerapan pintu dibuka. Seeloknya selama 3 bulan sahaja
  5. Peti ais 1 pintu - bertahan paling lama 2 minggu sahaja
  6. Deep Freezer -  boleh bertahan 6-12 bulan bergantung kepada kekerapan pintu itu dibuka sebab suhu berubah setiap kali dibuka. Seeloknya selama 6 bulan sahaja.
Jadual di bawah ini pula Cara Penyimpanan Susu bagi BAYI PRAMATANG.


Semua mommies-mommies perlu ambil tahu tentang info ini supaya susu ibu sentiasa terpelihara khasiat dan nutriennya.

Semoga info ini bermanfaat kepada semua mommies-mommies ye. Happy pumping dan enjoy your breasfeeding journey.

Klik link kat bawah ini untuk ketahui info penyusuan yang menarik.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Friday 22 May 2015

4 Sebab Bayi Tersedak Susu dan Cara Rawatannya.

BAYI TERSEDAK SUSU.Pasti semua pernah dengar tentang bayi tersedak susu ni kan. Dan kebelakangan ini kes bayi meninggal disebabkan tersedak susu semakin selalu didengari. Sebagai ibu mahupun bapa sedarkah kita betapa bahayanya apabila bayi tersedak susu ni. Jadi hari ini ida nak kongsikan sebab-sebab bayi boleh tersedak susu serta cara rawatan yang boleh diambil bila ketahui bayi tersedak susu.


Sebab-sebab Bayi Tersedak Susu

  1. Apabila seseorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka
  2. Lubang puting botol yang terlalu besar menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur
  3. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
  4. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah


Cara Yang Betul Memberi Susu Kepada Bayi

  • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 50 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan meyebabkan bayi lemas.
  • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mmengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan pastikan kawasan puting mmasuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
  • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan
  • Selepas menyusu  sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelakkan bayi muntah ketika tidur


Cara Rawatan Sekiranya Bayi Tersedak Susu



  1. Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar
  2. Keluarkan sebarang bendasing di dalam mulut bayi
  3. Duduk dalam keadaan menghadap kehadapan
  4. Tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan
  5. Selain itu, tekan di bahagian perut bayi ketika dibaringkan
  6. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua jari sehingga bayi dapat bernafas semula

Kredit : Info

Semoga perkongsian ini dapat membantu semua ibu-ibu diluar sana. Dan diharapkan dengan info ini dapat kita mengelak bayi dari perkara tak diingin akibat dari tersedak susu.

Ini pula entri tentang cara sendawakan bayi untuk elak tersedak susu.Boleh dipraktikkan juga.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday 20 May 2015

5 KAEDAH Untuk Sendawakan Bayi Anda


Hai mommies-mommies semua. Hari ini ida nak kongsikan pula cara untuk sendawakan bayi selepas menyusu tidak kira samada menyusu badan mahupu minum susu formula.

Nampak seperti tidak penting sendawakan bayi ini tetapi sebenarnya sendawakan bayi anda selepas minum susu adalah sangat penting untuk mengelakkan bayi anda tersedak susu. Sudah banyak kes kita dengar bayi meninggal disebabkan oleh tersedak susu.

Jadi mommies-mommies semua jangan ambil ringan tentang sendawakan bayi ini. Bagi yang masih tidak tahu teknik untuk sendawakan bayi mari kita pelajari teknik sendawakan bayi. Supaya kita menhadi ibu dan bapa yang lebih prihatin terhadap keselamatan anak syurga kita ye.




Dibawah ini penerangan mengikut turutan gambar diatas:-

1. BERSANDAR PADA BAHU
  • Dukung bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepala bayi bersandar pada bahu anda
  • Tepuk perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi sehingga bayi sendawa
  • Posisi ini dilakukan seara berdiri atau duduk di kerusi
  • Bayi mungkin akan jeluak atau termuntah susu jadi jangan lupa als bahu anda dengan sapu tangan kecil
2. DUDUK POSISI TEPI ATAS RIBA
  • Bayi  duduk secara posisi tepi atas riba dan tepuk lembut bahagian belakangnya
  • Bayi duduk di salah satu paha anda dengan membongkokkan sedikit badan bayi
  • Sebebelah tangan tinggikan kepala dan leher bayi namun hati-hati memegang bahagian dadanya kerana mungkin akan membuatkan bayi muntah jika tersalah pegang
  • Kemudian sebelah tangan lagi untuk usap belakang bayi perlahan-lahan. Cara ini dikatakan bayi mudah sendawa
3. KEDUDUKAN PERUT CARA MENIARAP
  • Pegang dan baringkan bayi secara meniarap atas perutnya dengan posisi melintang dengan kedudukannya atas paha anda
  • Pegang bahagian dada bayi dengan sebelah tangan
  • Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya
  • Sebelah tangan lagi perlahan-lahan menepuk belakang bayi atau urut pun boleh dalam cara usap naik dan turun

4. BAYI DUDUK
  • Pegang bayi dan ribanya dalam posisi duduk menghadap ke depan
  • Semasa bayi di pangkuan anda, pegang bahagian dadanya supaya mudah anda menggerakkan paha anda perlahan-lahan
  • Gerakkan ini akan membuatkan bayi sendawa sendiri
  • Jika masih belum berjaya usap dengan sebelah tangan bahagian belakang bayi
5. DUKUNG BAYI
  • Pelbagai posisi dilakukan supaya bayi sendawa namun anda masih belum berjaya
  • MMungkin anda boleh menggunakan cara dukung bayi. Mudah sangat untuk dipraktikkan
  • Hanya perlu dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kanan ke kiri akan membuatkan bayi sendawa sendiri
  • Sambil itu  anda boleh usap bahagian belakang bayi dengan berjalan-jalan di sekitar rumah anda.
Kredit : Majalah Keluarga

Kepentingan Sendawakan Bayi

  1. Untuk mengelakkan bayi dari kembung. Sebabnya bila bayi menyusu dia akan sedut udara jadi kena sendawakan bayi anda untuk keluarkan angin dari badan bayi.
  2. Taknak bagi bayi jeluak,temuak mahupun termuntah
  3. Untuk mengelakkan bayi tersedak susu


Terdapat 5 kaedah untuk sendawakan bayi yang perlu kita pelajari dan praktikkan supaya kita tidak mudah berputus asa semasa sendawakan bayi kita. Ini kerana ada bayi yang senang sendawa dan ada yang perlukan masa dan semoga kita lebih bersabar dalam mengatasi keadaan ini.

Terima kasih kerana sudi untuk membaca diblog umisayangkamu ini ye. Bagi yang berminat ingin dapatkan Set Menyusu Shaklee atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi ida;-




Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Monday 18 May 2015

Apa Itu Teknik Marmet @ Perah Susu Guna Tangan

Assalammualaikum semua, Apa khabar mommies-mommies semua. Terima kasih sebab masih sudi berkunjung ke blog umisayangkamu ni ye. Pernah tak mommies-mommies bf alami keadaan tertinggal cik pam susu di rumah ketika keluar bekerja mahupun pergi outstation. Pasti pening fikirkan macam mana nak pam susu kalau tak ada pam susu kan. Mesti akan bengkak susu kalau tak pam sebab ketiadaan bayi mahupun pam untuk mengosongkan kilang payudara mommies-mommies kan.  Jangan sedih jangan berduka ye mommies-mommies pasti ada jalan penyelesaiannya.
Jadi hari ini ida nak kongsikan salah satu teknik yang boleh digunakan ketika keadaan ini berlaku iaitu TEKNIK MARMET.

Pasti ada yang pernah dengarkan Teknik Marmet. Jadi mari kita semua mommies-mommies yang sedang bf ni pelajari lagi satu ilmu penyusuan yang sangat berguna ini.



Apa Itu Teknik Marmet?

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.

Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)


Bahaya Amalan Teknik Yang Salah

Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet.

Teknik Marmet yang tidak dipraktikkan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.

Sebelum memulakan Teknik Marmet seharunsnya anda melakukan urutan terlebih dahulu bagi memastikan proses perahan berjalan lancar.

MENGURUT

  • Pastikan tangan dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Setelah itu tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Dan kemudian urutlah payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut:-
Massage

  • Dengan menggunakan jari telinjuk dan tengah lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payudara kanan.
Stroke

  • Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan,tekan payudara secara lembut.Selain daripada itu, anda boleh menyikat payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola
Shake

  • Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu.
MEMERAH

Langkah 1

Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet


1.Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah aerola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara) memandangkan payudara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payudara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6.

Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet

2. Tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi.

3. Seterusnya picit ibu jari,jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar dari puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas,picit-lepas.


4. Ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan.

Perah Susu Guna Tangan atau Teknik Marmet



5. Kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11,10,9,8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5,4,3,2 dan 1. Lakukan gerakan memerah sama seperti langkah 1-4 supaya ke semua saluran susu dapat diperah sepenuhnya.

6. Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpanan yang bersih

7.Beralihlah ke payudara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara.

Langkah 2

  1. Melancarkan aliran susu
  2. Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain.
  3. Usap payudara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini dimana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu.

Elakkan Pergerakan ini!

  • Jangan picit puting payudara. Ini akan menyebabkan lebam
  • Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payudara
  • Jangan geselkan tangan anda ke payudara kerana boleh menyebabkannya melecet


Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit-30 minit. Perah setiap sebelah payudara antara 5-7 minit. Setelah itu lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3-5 minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payudara.

Kebaikan Teknik Marmet

  1. Dapat jimatkan kos kerana hanya menggunakan tangan sahaja. Tidak perlu beli pam mahal.
  2. Dikatakan hasil perahan lebih baik kerana adanya sentuhan kulit ke kulit berbanding sentuhan mesin
  3. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja walau tiada bekalan bateri atau elektrik

Kredit Info

Semoga info penyusuan ini bermanfaat kepada semua. Bagi yang nak baca info-info penyusuan yang lain boleh klik link dibawah ni:-


  1. 10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
  2. 11 Jenis Makanan Untuk Menambah Susu Ibu
  3. POWER PUMPING.. Salah Satu Teknik Membanyakkan Susu Ibu..
Yang nak dapat Set Menyusu Shaklee boleh hubungi ida juga:-


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Friday 15 May 2015

5 SEBAB Kenapa SUSU IBU Sahaja Buat Bayi Sehingga 6 bulan

Assalammualaikum semua. Kita selalu didengarkan dengan HANYA SUSU IBU SAHAJA BAGI BAYI SEHINGGA 6 BULAN. Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa hanya perlu diberi susu ibu sehingga bayi 6 bulan.

Disini ida kongsikan  5 SEBAB kenapa hanya susu ibu sahaja untuk bayi sehingga berumur 6 bulan.
Info ini ida ambil disini dan ida kongsikan diblog ida pula untuk pembacaan semua.



1. Mengganggu Proses Penyusuan Susu Ibu

  • Memperkenalkan makanan pelengkap terlalu awal akan mengurangkan minat dan permintaan bayi terhadap susu ibu sekaligus mengurangkan bekalan susu ibu. Sedangkan susu ibu penting untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh bayi dan mengelakkan jangkitan penyakit.


2. Sistem Penghadaman Bayi Belum Matang

  • Pada usia bawah 6 bulan,sistem penghadaman bayi belum cukup matang. Buah pinggang dan enzim di dalam tubuh mmasih belum bersedia untuk memproses nutrien lain. Penghadaman yang tidak betul boleh mengakibatkan sakit perut, angin. sembelit dan masalah-masalah lain. Bayi juga berisiko mengalami alahan makanan.


3. Koordinasi Tubuh

  • Sebelum makan, koordinasi yang matang diperlukan. Bayi perlu mampu menegakkan leher dan menelan makanan


4. Bekalan Zat Besi Bayi Anda Mungkin Terjejas

  • Kekurangan zat besi menyebabkan anemia yang mana satu keadaan yang boleh meningkatkan risiko masalah mental dan fizikal. Adalah lebih baik jika anda memberi bayi anda susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama kerana susu ibu mengandungu khasiat istimewa yang membantu bayi anda menyerap zat besi dengan lebih baik.


5. Kemungkinan Meningkatakn Risiko Kegemukan

  • Pemberian makanan pelengkap yang terlalu awal boleh menyebabkan pengambilan makanan yang berlebihan dan seterusnya meningkatkan lemak badan dan berat badan si peringkat kanak-kanak


Di atas ini antara sebab kenapa hanya susu ibu perlu diberikan kepada bayi sehingga 6 bulan. Jadi tiada alasan kepada ibu mahupun bapa untuk memberikan makanan pelengkap kepada bayi anda selagi mereka tidak berumur 6 bulan.

Sesungguhnya di dalam susu ibu terdapat 1001 khasiat yang tiada tandingannya. Mommies-mommies yang terlepas entri-entri sebelum ini boleh klik link dibawah ni:-

10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
 " 12oz ++ Selepas Seminggu Amalkan Set 3M" ~ Puan Lizz
9 Jenis SUNTIKAN Buat Si Manja Kita

Untuk sebarang pertanyaan mengenai info mahupun produk penyusuan boleh hubungi ida :-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday 13 May 2015

10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Ni entri yang pasti semua akan suka bila membacanya dan amat bermanfaat kepada semua mommies-mommies yang sedang dan akan melalui fasa penyusuan susu ibu ini.

Ini ida kongsikan pula 10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu ibu yang mana info ini ida ambil dari sini.


1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3  jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula,kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan.Semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.


2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah. Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong") dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.


3. Minum Banyak Air.

  • Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


4. Fikir Bayi Fikir Susu

  • Ketika menyusu belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat dan berzikir "Ya Mattin"


5. Berdisiplin

  • Berdisiplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam.Masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no 6 dan no 7.


6. Tendam Nursing

  • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Disamping anak dapat menyusu kita dapat juga mengumpul stok.

7. Teknik Marmet

  • Jadikan Teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam cuma 50 ~ 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam,ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. Jadi lepas pam jangan terus cuci pam.Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pam dapat 3.5oz sebelah payudara buat Marmet boleh tambah jadi 4 ~ 4.5oz. Walaupun nampak sikit tapi ada beza.

8. Menyusu/ Mengepam Lebih Lama

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi disebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terllau cepat menawarkan payudara sebelah lagi dia hanya mendapat foremilk dimana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. Seeloknya jika anda mmengepam, amik masa dalam 15 ~ 20 minit utntuk sebelah payudara.Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi/ selepas memrah bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar. Mengepam lebih lama juga boleh buat let down 2-3 kali. Tak percaya buat. Konsisiten + Disiplin + Istiqamah.

9. Penyusuan Malam

  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam , anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan

  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam.
Semoga info ini bermanfaat kepada semua mommies - mommies di luar sana. Bagi sebarang pertanyaan mahupun pembelian Set Menyusu Shaklee boleh hubungi ida:-




Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya


Monday 11 May 2015

12 Perkara Asas Yang Perlu Diketahui Bagi Menjayakan Penyusuan Eksklusif

Assalammualaikum semua. Apa khabar semua pembaca setia blog ida ni. Ida harapkan semua dalam keadaan sihat hendakNya. Kali ini ida nak kongsikan pula entri mengenai perkara-perkara asas yang perlu diambil kira oleh mommies-mommies yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu bersama bayi mereka.

Info ini ida ambil dari blog ini. Ida kongsikan pula di blog ida semoga ia bermanfaat kepada semua.



1. KENALI BENTUK PUTING

  • Tahu bentuk puting anda sama ada jenis puting tenggelam,leper atau timbul.Jika tenggelam / leper agak sukar untuk bayi menghisap dan cari jalan bagaimana untuk membetulkannya


2. TAHU CARA PERAH SUSU

  • Belajar kaedah/cara  yang betul memerah susu.Untuk ibu yang berkerjaya perlukan peralatan lengkap untuk dibawa ke pejabat seperti pam susu, ooler bag/box, ice pax , bottle storage)


3. PAM SUSU

  • Pam susu adalah sangat penting bagi ibu bekerjaya.Pilih pam yang membantu ibu memudahkan proses pengepaman. Kriteria pam susu yang bagus ialah ringan,senang bawa dan tidak menyakitkan


4. SIMPAN PERAHAN SUSU

  • Tahu bagaimana untuk menyimpan susu yang diperah


5. MENGGUNAKAN STOK PERAHAN SUSU

  • Untuk memanaskan susu beku yang telah dicairkan atau susu sejuk yang diletakkan si dalam peti sejuk.Pastikan air panas yang digunakan bersuhu 40 darjah celcius sahaja bagi memastikan sel-sel hidup susu ibu tidak mati.


6. JANGKA HAYAT SUSU

  • Ketahui dan fahami jangka hayat susu samada yang telah diperah,disejukkan dan dibekukan


7. ILMU

  • Baca pelbagai info susu ibu di internet/buku/majalah & turut serta dalam forum-forum penyusuan susu ibu untuk meningkatkan pengetahuan dan semangat. Fahami kelebihan susu ibu berbanding susu formula.


8. SOKONGAN SUAMI DAN KELUARGA

  • Penting supaya suami dan keluarga boleh beri dorongan dan semangat serta turut membantu melakukan kerja-kerja rumah.


9. HOSPITAL RAKAN BAYI

  • Pilih untuk bersalin di hospital rakan bayi kerena mereka menitikberatkan penyusuan susu ibu slelpas kelahiran.Jika bukan di Hospital Rakan Bayi,pesan supaya bayi tidak diberikan susu formula sejurus bersalin dan seterusnya


10. JANGAN BELI SUSU FORMULA

  • Jangan sesekali membeli susu formula sebagai persediaan kerana takut tidak cukup susu. Apabila anda gelabah nanti anda pasti menggunakannya.


11. SUSU IBU MENCUKUPI

  • Set di minda bahawa susu ibu cukup untuk keperluan bayi.Jika bayi masih menangis setelah diberikan susu kenali tangisannya. Mungkin juga bayi sakit,tidak selesa tetapi kita selalu beranggapan bayi tidak kenyang dan tidak cukup susu.


12. PENJAGA BAYI

  • Pastikan penjaga bayi tahu bagaimana mengendalikan stok perahan susu ibu dengan baik.

Itu serba sedikit info penyusuan yang perlu diambil kira oleh semua bakal mommies-mommies yang bakal melalui fasa penyusuan susu ibu bersama bayi anda. Semoga info ini dapat membantu semua mommies-mommies ye.

Untuk sebarang pertanyaan mahupun ingin mendapakan produk Shaklee boleh hubungi ida Pengedar Sah Shaklee Anda.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Friday 8 May 2015

10 Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu

Assalammualaikum semua. Apa khabar semua ibu-ibu di luar sana . Ida harapkan semua ibu-ibu dan keadaan sihat hendakNya.

Pada entri sebelum ini ida ada kongsikan tentang Kelebihan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi. Bagi entri kali ini ida kongsikan pula Kelebihan Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu. Jangan fikir hanya bayi yang mendapat manfaat dari penyusuan susu ibu ye ibu yang menyusukan juga akan dapat manfaatnya.




  1. Kurang risiko mendapat kanser payudara dan beberapa kanser ovari.
  2. Kurang risiko kerapuhan tulang pinggul dikemudian hari
  3. Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
  4. Mempercepatkan proses penurunan berat badan jika di sertai dengan senaman
  5. Jalinan emosi (bonding) yang erat antara ibu dan bayi
  6. Penyusuan diwaktu malam dan semasa perjalanan yang lebih mudah
  7. Membantu pengecutan rahim dan kurang risik pendarahan
  8. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
  9. Menjimatkan masa dan wang
  10. Mudah dan tidak perlu persediaan

Ha itu antara kelebihan yang ibu-ibu akan dapat dari penyusuan susu ibu. Bagi ibu -ibu yang ingin dapatkan Tips-Tips Penyusuan Susu Ibu boleh klik link dibawah ini:-


  1. 5 Posisi Penyusuan Susu Ibu Yang Perlu  Di Ketahui.
  2. POWER PUMPING.. Salah Satu Teknik Membanyakkan Susu Ibu..
  3. Ketahui Teknik Lekapan Yang Betul ketika Penyusuan Bersama Si Manja.
  4. 9 PUNCA Pengeluaran Susu Ibu Berkurangan.

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday 6 May 2015

12 Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi


Assalammualaikum semua mommies-mommies dan pembaca setia blog ida ini. Pasti ramai ternanti- nanti entri dari blog ida ni kan hihihihi macam best je ida ni kan. Ok apa- apa pun ida harapkan semua dalam keadaan sihat hendakNya dan terima kasih tidak terhingga ida ucapkan sebab sudi membaca dan singgah di blog ida ni ye.

Adalah suatu nikmat tidak terhingga bagi setiap ibu-ibu yang dapat menyusukan bayi sendiri dengan suus ibukan. Saat indah yang tak mungkin dilupakan. Itu apa yang ida rasa sendiri apabila ida dapat menyusukan Elman dan Ain dengan susu ibu. Alhamdulillah ida diberi kemudahan untuk menyusukan sendiri anak ida dengan susu ibu. Dan ida rasa itu juga yang dirasai oleh mommies- mommies yang dapay menyusukan anak sendiri dengan susu ibu kan.

Ok entri kali ini ida nak kongsikan pula tentang kebaikan yang diperoleh oleh bayi dari penyusuan susu ibu ini yang mana memang telah diketahui bahawa susu ibu mempunyai 1001 khasiat yang tiada tandingannya dengan susu-su yang lain.



1.Susu ibu baik untuk pertumbuhan otak bayi

  • Susu ibu mengandungi AA dan DHA yang mana AA dan DHA sememangnya dapat merangsang otak bayi.
  • Protin,laktosa dan lemak secukupnya wujud dalam susu ibu dan penting dalam pertumbuhan otak bayi
  • IQ bayi yang diberikan susu ibu lebih tinggi disebabkan nutrisi dari susu ibu tetapi harus disertai dengan rangsangan yang berterusan.

2.Susu ibu merupakan sumebr nutrisi terbaik untuk bayi

  • Susu ibu mengandungi sumber gizi yang ideal dan komposisi seimbang untuk setiap anak dan berubah mengikut peringkat perkembangan anak.
  • Contohnya minyak omega 3 yang terkandung secara semulajadi dalam susu ibu membantu perkembangan otak dan mata bayi yang baru lahir. Omega 3 ini sangat penting semasa ibu hamil dan tahap awal bayi di mana otak dan saraf berkembang
  • Bayi pramatang yang disusui dengan susu ibu mendapat kebaikan susu ibu yang lebih tinggi kandungan zat lemak,protin,natriumm,klorida dan besi sesuai untuk keperluan mereka. Malah fungsi mata mereka memperlihatkan kecekapan yang lebih baik berbanding bayi pra matang yang tidak diberi susu ibu.

3.Air susu ibu meringankan sistem pencernaan bayi

  • Sistem pencernaan bayi masih belum sempurna pada bula pertama kelahiran
  • Jadi nutrisi yang ereka perolehi haruslah tidak kompleks dan mampu diproses serta tidak emberatkan sistem pencernaan mereka
  • Susu ibu mengandungi enzim yang dapat membantu meringankan proses pencernaan

4.Susu ibu meningkatkan kekebalan tubuh bayi

  • Susu ibumelindungi bayi dari serangan penyakit sisitem pernafasan dan penernaan
  • Istimewanya susibu ini dimana ia menyediakan persekitaran yang bagus untuk bakteria baik yang disebut flora normal dan menghambat perkembangan bakteria,virus dan parasit yang berbahaya.
  • Unsur-unsur yang terdapat dalam susu ibu yang membantu meningkatkan kekebalan tubuh bayi ialah:-


  1. BIFIDUS - Karbohidrat yang diperlukan untuk pertumbuhan bakteria baik iaitu lactobacillus bifidus.Persekitaran yang baik ini menghasilkan asid laktat dari laktosa yang akan menghalang pertumbuhan bakteria jahat.
  2. LAKTOPROTIN - adalah sejenis protin yang mengikat zat besi dalam susu ibu. Jadi zat besi ini tidak dapat digunakan oleh pertumbuhan bakteria jahat.

5.Susu ibu mudah diernakan oleh bayi

6.Susu ibu tidak mudah tercemar

7.Susu ibu menghindarkan bayi dari alahan


8.Susu ibu mengurangkan risiko obesiti dikemudian hari


9.Susu ibu tidak menimbulkan karies gigi pada bayi


10.Susu ibu menyihatkan paru-paru bayi


11.Menyusu sebagai cara mendidik bayi sejak awal


12.Menyusu dapat menjalin interaksi antara bayi dan ibu


Kredit : Info 

Ida berharap semakin ramai mommies-mommies yang akan memperjuangkan penyusuan susu ibu yang mana setiap anak itu berhak untuk mendapat susu yang terbaik yang tiada tandingannya itu. Semoga info ini memberi inspirasi kepada semua mommies-mommies diluar sana ye.

Bagi yang ingin dapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida:-


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Monday 4 May 2015

5 Posisi Penyusuan Susu Ibu Yang Perlu Di Ketahui.

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi info dan cerita mengenai dunia penyusuan di blog kesayangan ida ini. Ida harap semua mommies yang sedang membaca di blog ini berada dalam keadaan sihat hendakNya. Dan bagi semua mommies yang sedang berjuang dalam penyusuan susu ibu ida doakan di beri kemudahan untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu yang mempunyai 1001 khasiat tu.

Entri kali ini ida nak kongsikan pula 5 kaedah atau posisi untuk menyusukan si manja anda agar penyusuan susu ibu itu menjadi siatu detik yang terindah dan menyenangkan untuk dilalui. Jom kita menambah lagi ilmu-ilmu didalam dunia penyusuan susu ibu ini.




1. Posisi Buai ( Cradle Hold)




  1. Ibu bersandar separa baring atau duduk di atas kerusi atau katil dengan bantuan bantal.
  2. Letakkan bayi di lengan tangan kanan ( sekiranya ibu nak menyusu belah kanan) dan kepala bayi terletak di bahagian siku
  3. Pastikan kepala,badan dan punggung bayi selari, muka menghadap payudara ibu dan bayi rapat ke ibu.
  4. Perut bayi haruslah menyentuh perut ibu (tummy to tummy)
  5. Hidung bayi sama paras dengan puting ibu dan kepalanya sedikit terdongak dari dadanya.
  6. Tangan ibu yang sebelah lagi mengampu punggung bayi dan kaki bayi sedikit rendah daripada kepalanya.


2.Posisi Selang Buai ( Cross Cradle Hold)




  1. Gunakan tangan yang bertentangan dengan payudara yang dihisap bagi memegang bayi
  2. Ibu jari dan jari-jari  lain mengampu bahu untuk menyeimbangkan badan bayi
  3. Tangan yang sama pula memegang payudara
  4. Sekiranya ibu menggunakan posisi silang buai di payudara kiri tangan kanannya mengampu bayi dan tangan kiri memegang payudara
  5. Posisi ini dilakukan dengan cara tangan kiri mengambil alih fungsi tangan kanan demi mengampu badan bayi.
  6. Tangan kanan mengampu pungging bayi
  7. Pastikan telinga,bahu dan peha berada salam satu garis lurus.


3. Posisi Mendakap ( Football Hold)




  1. Sekiranya ibu ingin menyusukan bayi dipayudara kiri, tangan yang sama (kiri) ibu memegang anak dan mengampu bahu bayi.
  2. Ibu jari diletakkan di bawah telinga bayi dan jari telunjuk di bawah telinga yang sebelah lagi
  3. Lengan ibu mengampu badan bayi
  4. Bantal yang diletakkan berhampiran siku ibu mengampu punggung bayi.
  5. Tangan kanan yang memegang payudara
  6. Letakkan bantal di belakang ibu supaya lebih selesa.


4. Posisi Baring (Lying Down)




  1. Ibu mengiring mengikut payudara yang mahu disusukan. Belakang ibu disokong dengan beberapa biji bantal.
  2. Kepala diletakkan di atas bantal dan tangan ibu diletakkan di bawah kepala atau bantal mengikut keselesaan ibu.
  3. Lutut ibu dibengkokkan sedikit dan sekiranya perlu letakkan bantal di antara dua lutut ibu supaya lebih selesa
  4. Bayi diletakkan mengiring menghadap payudara ibu. Letakkan sebiji bantal di belakang bayi untuk menyokong badan bayi. Pastikan  belakang bayi lurus.


5. Posisi Biological Nurturing.




  1. Ibu berada dalam kedudukan menyandar ataupun separa baring
  2. Sediakan beberapa biji bantal untuk menyokong belakang dan lengan ibu supaya tidak lenguh.
  3. Bayi diletakkan di atas ibu (tummy to tummy) dan secara mengiring
  4. Bayi juga boleh diletakkan secara berbaring ataupun menegak
  5. Kaki bayi menyentuh peha ibu.
Kredit : Info
Gambar: Ihsan Disini

Ida harapkan info ini dapat membantu semua mommies-mommies yang sedang atau akan melalui fasa dunia penyusuan susu ibu ini.Semoga kita semua diberi kemudahan untuk menyusukan si manja kita dengan susu ibu sehingga 2 tahun. Aminnnn.

Ingin baca lain-lain info penyusuan boleh klik link dibawah ini :-


Bagi yang berminat nak bertanya mahupun mendapatkan peroduk Shaklee boleh hubungi ida.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Saturday 2 May 2015

3 Bulan Sudah Anak Syurga Umi ~ Nur Ain Zahra

Assalammualaikum semua. Hari ini quickie entry. Cuma nak update tentang anak dara ida Nur Ain Zahra. Ok hari ini Ain dan 3 bulan. Sekejap je masa berlalu Ain dah 3 bulan. Rasa baru je umi  lahirkan Ain. Alhamdulillan 3 bulan ini Ain membesar dengan sihatnya dengan susu umi sepenuhnya. Syukur dipanjatkan kepadaNya kerana dimurahkan rezeki susu umi buat Ain.


Adik Ain with Abg Elman. Anak-anak Syurga umi dan ayah

Berat : 5.5 kg
Tinggi : 59 c
Lilitan Kepala : 40 cm

Masa 3 bulan ni Ain dah boleh senyum bila di panggil nama.kalau agah-agah dah boleh gelak-gelak hihihihi. Memori indah yang tak mungkin umi lupa melihat anak syurga umi membesar. Alhamdulillah umi di beri kesempatan untuk melihat anak syurga umi ini membesar depan mata umi sendiri. Cuma umi kurang mendapat peluang ini ketika melihat Abg Elman membesar. Tapi umi tetap bersyukur kerana sekarang umi melihat sendiri anak umi membesar depan mata umi.

Syukur umi dan ayah panjatkan kepadaNya kerana masih meminjamkan anak syurga ini buat umi, ayah dan abg Elman. Kami semua sayang Ain sangat-sangat. Semoga Ain terus membesar dengan sihat hendakNya.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Friday 1 May 2015

11 Jenis Makanan Untuk Menambah Susu Ibu

Salam,



Sudah di ketahui umum bahawa pemakanan turut mempengaruhi pengeluaran susu ibu.Itu sebab antara ibu bapa kita menyuruh mengamalkan beberapa makanan yang boleh menyumbang kepada pengeluaran susu ibu.Di antara petua-petua yang biasa diamalkan adalah seperti di bawah :-



1. Cekur Manis

  • Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com
2. Kacang Tanah


  • Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

3.Air Longan

  • Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

4.Halba dan Jintan Hitam
  • Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
5. Bunga Melur


  • Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

6. Lobak Putih

  • Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.
7. Pucuk Betik


  • Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

8. Tuaman Daun Sirih

  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

9. Jantung Pisang



  • Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

10. Makanan Tinggi CLA

  • Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
  • Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
  • Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

 11.Kurma


  • Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


Makanan
  1. Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
  2. Bayam
  3. Broccoli; sumber kalsium yang baik.
  4. Sawi
  5. Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  6. Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
  7. Kacang Hijau; bubur kacang hijau
  8. Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  9. Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.
  10. Petola, daun turi; masak lemak manis
  11. Kacang Buncis
  12. Kacang Dal; makan dengan roti canai
  13. Pucuk betik
  14. Roti; segala jenis roti especially roti planta
  15. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  16. Madu; sebagai pemanis dalam minuman
  17. Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
  18. Ikan Tenggiri
  19. Sengkuang Cina
  20. Biskut bijirin -
  21. Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin / di proses
  22. Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)

Minuman
  1. Air masak; minum lebih 3 liter sehari
  2. Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
  3. Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus
  4. Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam
  5. Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
  6. Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  7. Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  8. Soya
  9. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  10. Air Kelapa
  11. Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula
  12. Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  13. Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  14. Milkmaid tea
  15. Melilea Organic Soya Drink
  16. Autumnz Organic Nursing Tea
  17. Joy Angel Nursing Tea
Ini antara petua-petua yang biasa disarankan oleh ibu bapa kita jika kita berniat ingin menyusukan si manja kita kan.Selain itu kebanyakkan ibu moden sekarang memilih supplemen untuk membanyakkan susu ibu seperti Set Menyusu Shaklee.



Berminat utuk mendapatkan Set Menyusu Shaklee boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya