Sunday, 8 March 2015

5 Kelebihan Memakai Bengkung ketika Berpantang

Assalammualaikum,

Terdapat beberapa kelebihan memakai bengkung untuk wanita yang berpantang antaranya ialah :-

1. Mengelakkan perut masuk angin

  • Semasa tempoh mengandung selama 9 bulan,wanita akan mengalami pertambahan berat badan yang mendadak. Selain itu , wanita juga mengalami pertambahan berat badan yang mendadak. Selain itu , wanita juga mengalami  masalah angin di dalam perut yang boleh menyebabkan ibu mengalami sakit-sakit-sakit badan dan sendi.
  • Melalui ikatan bengkung yang kemas dan sempurna, ia membantu pengaliran angin panas dan kotor dari badan ibu yang berpantang dan sempurna.
2. Membantu mengempiskan perut dan lemak yang berada di bahagian paha dan punggung.
  • Bagi wanita yang mempunyai masalah perut buncit dan menggeleber,pemakaian bengkung yang konsisten akan membantu mengempiskan bahagian badan yang bermasalah.
  • Selain itu, ia juga membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik terutaa bagi ibu yang menyusukan bayi mereka.

3. Menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.

  • Masalah otot-otot yang tegang selepas bersalin sememangnya perkara biasa bagi wanita selepas bersalin.Keadaan ini menyebabkan tisu perantara yang sebelum ini  menyambung otot-otot perut yang terpisah akan tertarik ke bahagian tepi abdomen anda.
  • Akibatnya,tisu perantara tersebut yang akan menyokong organ dalam badan dan bukannya otot perut. Pemakaian bengkung akan membantu menguatkan kembali otot-otot yang tegang kelihatan menggeleber.

4. Menguatkan tulang belakang dan menghasilkan postur tubuh yang baik.

  • Pemakaian bengkung baik untuk menyokong tulang belakang terutamanya keada sesiapa yang mengalami masalah sakit belakang.
  • Selain itu,bengkung menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

5. Menghalang peranakan daripada turun.

  • Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot ,jaringan dan ligamen.
  • Proses melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong rahin menjadi lemah dan menyebabkan ia jatuh dan kadangkala terkeluar dari saluran jatuh.
  • Dengan pemakaian bengkung,ia mampu menguatkan kembali otot di bahagian rahim bagi mengelakkan masalah peranakan turun.
Ida sendiri mengamalkan pemakaian bengkung ini.Ia memang bagus untuk semua ibu-ibu yang sedang berpantang.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment