Antara petua-petua yang boleh diamalkan ketika berpantang buat semua ibu-ibu yang dalam fasa berpantang atau bakal melalui fasa berpantang.
1.Memulihkan Puting Payudara daripada Merekah
- Ambil minyak kelapa hijau dan campurkan sedikit halia
- Sapukan pada hujung puting anda
*** Jangan lakukan ketika menyusukan anak.
2.Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin.
Petua 1
- Rendamkan beberapa helai daun pegaga bersama akarnya dengan air suam.Kemudian ditapis dan airnya diminum
- Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 kali. In ShaAllah rahim anda kan mengecut seperti sediakala
- Elakkan memakan buah nenas
Petua 2
- Rebus halia tua dengan gula merah,kulit kayu manis,jintan manis dan daun panas.Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari
- Petua ini dapat membuang angin,melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.
Petua 3
- Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda yang ditumbuk bersama putih telur mentah
- Minumlah selama 3 hari berturut-turut
- Ia dapat menegcutkan rahim/peranakan anda ke tempat asal.
3.Air Susu Badan Berlebihan
- Ambil 2 helai daun kubis yang melengkung seperti mangkuk kecil.
- Tetpkan di kedua-dua belah payudara dan biarkan selama lebih kurang satu hingga satu setengah jam.
- Tukarkan daun baru jika perlu
- Lakukan sehingga air susu berkurangan
4.Memerahkan Puting yang Lebam
- Ambil 3 helai sirih dan tumbuk sehingga menghasilkan air berwarna merah.
- Perah air sirih ini dan sapukan di sekitar puting
- Lakukan setiap malam sehingga berhasil
5.Memulihkan Bibir Faraj yang Lebam
- Bibir faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan semula dengan mencuci faraj dengan air kelapa muda yang baru.
- Lakukan sekerap yang boleh
6.Petua kekal Langsing
- Mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu :-
- Apa yang kita ambil untuk sarapan pada waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan pada waktu tengahari
- Pada waktu tengahari jangan makan makanan yang mengenyangkan,cukup sekadar buahan dan jangan tidak makan langsung.
- Makan malan seawalnya dan diambil dalam lingkungan jam 7 malam
- Jangan makan selepas pukul 9 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak iaitu makanan berat.
Berpuasa 2 kali seminggu ( setiap hari Isnin dan Khamis). Mestu berpuasa dengan niat pada waktu malam yang kita hendak berpuasa pada esok hari. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum.
7.Petua memudahkan Penghadaman
- Makan dalam keadaan tenang
- Beri masa untuk kita makan jangan sama sekali makan terburu-buru atau gelojoh.
- Kunyah makanan sehingga betul-betul lumat barulah ditelan
- Janga makan terlalu kenyang dan jangan disulami engan kerap meminum air.
- Makan apabila terasa lapar itupun kalau perut terasa lapar ketika dalam waktu makan sebenarnya. Jika perut terasa lapar tetapi bukan dalam waktu makan tidak perlu makan.
- Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadamkan atau tidak diperlukan penghadaman seperti bubur,madu,glukos,yogurt dan lain-lain.
- Kurangkan makanan yang lambat hadam seperti lemak,protin dan karbohidrat.
9.Petua Seri Wajah Selepas Bersalin
Petua 1
- Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu
- Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Petua 2
- Ambil secawan beras,bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus)
- Kenudian ambil sebuku kunyit hidup,kikis kulitnya basuh dan kisar
- Bancuh beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat.
- Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan
- Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri
- Amalkan selama 3 malam berturut-turut ,in sha Allah berhasil menaikkan seri wajah anda.
Petua 3
- Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus
- Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk
- Apabila sejuk makanlah sebiji sehari selepas sarapan
- Amalkan sehingga nampak hasilnya.
Kredit
Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanain@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe
***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya
0 comments:
Post a Comment