Thursday, 5 March 2015

12 Pantang Larang buat Ibu Didalam Pantang

Assalammualaikum semua,

Berpantang adalah satu fasa yang mana semua ibu-ibu yang baru lepas bersalin perlu titikberatkan dan tidak mengambil ringan sahaja.Ini kerana fasa berpantang adalah satu fasa dimana ibu-ibu akan mengembalikan semula keadaan mental dan fizikal seperti biasa.Disini ida sertakan antara pantang larang yang biasanya  diberitahu kepada semua ibu yang baru melahirkan.

1. Dilarang Tidur Tidak Berbantal

  • Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

2. Memakai Sarung Kaki (stokin)
  • Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasuki angin,jika angin menguasai badan,kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah.Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
3. Jangan Duduk Mencangkung

  • Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
4. Rapatkan Kaki Ketika Tidur
  • Jika tidur hendaklah merapatkan kai.Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula
5. Jangan Terlalu Aktif
  • Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada bainya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga.Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat
6. Jangan Makan Ubi-Ubian
  • Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi,keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut.Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
7. Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
  • Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untu mendapatkan cahaya matahari.
8. Jangan Tidur Waktu Senja
  • Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
9. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
  • Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca,ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
10. Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
  • Ibu-ibu  yang dalam pantang dilarnag keluar rumah waktu senja waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.
11. Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk
  • Ibu-ibu yang dalam pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terhantuk.Pada satu-satu tempat jika terhantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu-ibu itu seorang yang lemah.
12. Pantang 100 hari

  • Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suamin.Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment