Wednesday, 3 June 2015

Ketahui Saiz Perut Bayi Anda

Assalammualaikum semua,

Dalam menjayakan penyusuan susu ibu banyak yang perlu dipelajari oleh semua ibu-ibu mahupun bapa. Pelbagai ilmu perlu ditimba supaya proses bagi menjayakan penyusuan bersama simanja berjalan dengan indahnya. Yang mana setiap saat akan di ingati sentiasa.
 Entri kali ini ida nak kongsikan pula tentang saiz perut bayi kita sedari ia lahir. Ia amat penting supaya kita tahu berapa keperluan susu yang diperlukan oleh bayi kita. Dan kita tidak mengambil tindakan drastik memberi si manja kita makanan pelengkap dengan menganggap bahawa bayi kita tidak cukup susu apabila mereka sering menangis.
Entri sebelum ini ida ada kongsikan sebab bayi menangis. Bagi yang terlepas entri itu boleh klik link ini ye 7 SEBAB Kenapa Bayi Menangis & Cara Mengatasinya. Dengan ini kita akan tahu kenapa bayi kita menangis.
Jom kita menambah lagi ilmu-ilmu yang sangat berguna bagi kita yang bergelar ibu mahupun bapa.


Hari Pertama - Hari Kedua

  • Saiz perutnya hanyalah sebesar buah ceri atau biji guli
  • Terlampau kecil dan jumlah susu yang diperlukan juga begitu sedikit dalam 5~ 7 ml.  Cuba ingat kembali waktu bayi lahir adakah susu keluar mencurah-curah?
  • Allah Itu Maha Bijaksana sesuai dengan kejadian perut bayi yang kecil. Allah SWT ciptakan kolostrum cairan emas yang mengandungi banyak khasiat untuk tumbesaran dan perlindungan untuk bayi.

Kolostrum biasannya berwarna kuning keemasan dan akan menjadi susu matang dalam tempoh 1-2 minggu selepas bayi lahir. Usah panik tentang susu ada atau tidak sebaiknya dakaplah bayi dan biarkan dia menyusu.
Jika bayi ada mengalami komplikasi dan tidak boleh menyusu langsung. Cubalah untuk pam kolostrum dan berikan padanya.

Hari Ketiga - Hari Keempat

  • Perut bayi akan berubah menjadi sebesar kacang walnut. Atau sebesar genggaman tangannya.
  • Jumlah susu yang sesuai adalah lebih kurang 22 - 27 ml atau 1 auns. Oleh kerrana perut bayi kecil, permintaan bayi untuk disusukan adalah kerap. 1-2 jam sekali bayi perlu disusukan.
  • Penyusuan yang kerap sangat membantu mengelakkan bayi dari terkena risiko penyakit kuning.Apabila dia kerap minum susu, maka keraplah kadar pembuangannya. Birubilin yang menyebabkan kuning akan keluar bersama-sama najis bayi.

Berbeza jika bayi diberikan susu formula, dia akan gemar tidur dan menjadi pasif. Di tambah lagi susu formula lambat dihadam berbeza dengan susu ibu.

Hari Kelima - Hari Keenam

  • Saiz perut si omel membesar kepada sebesar buah aprikot.
  • Ketika ini bayi boleh minum sebanyak 1.5 ke 2 auns. Dan masih perlu disusukan dengan kerap.
  • Jika bayi jenis yang suka tidur , 2-3 jam sekali bayi perlu dikejutkan untuk menyusu. Usah bedung atau memakaikan pakaian yang selesa supaya dia tidak terlampau lena tidur.
  • Tidur terlalu lama tanpa disusukan boleh membuatkan bacaan birubilin meningkat. Pujuklan dia untuk menyusu atau pamkan susu dan berikan susu menggunakan cawan kecil.

Hari Ketujuh - Hari Ke 21

  • Pada waktu ini perut bayi telah membesar sebesar sebiji telur ayam.
  • Jumlah susu yang diperlukan juga bertambah kepada 2.5 ke 5 oz bagi setiap penyusuan. Dan saiz perut ini akan membesar selari dengan pertambahan usia bayi.
  • Saiz perut bayi ini adalah panduan bagi setiap ibu yang mahu menyusukan anaknya. supaya lebih tenang dan tahu apa tindakan yang perlu diambil apabila bayi meragam
Kredit info


Jadi bagi semua ibu mahupun bapa jangan panik bila bayi menangis sahaja. Itu bukan tanda bayi lapar semata-mata mungkin ada faktor lain kenapa bayi anda menangis. Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada semua ibu mahupun bapa diluar sana. Enjoy your breastfeeding journey and happy pumping.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya


0 comments:

Post a Comment