Friday, 27 March 2015

10 Tips Untuk Atasi Masalah Perut Buncit Selepas Bersalin.

Assalammualaikum semua,




Perut buncit selepas melahirkan anak adalah satu perkara biasa yang berlaku kepada semua ibu yang baru melahirkan. Ditambah pula dengan kehadiran selulit serta tanda regangan membuatkan ramai ibu-ibu yang risau dan gelisah. Perut yang buncit pasti mencacatkan penampilan setiap ibu-ibu ini kan. Disini ida sertakan 10 tips untuk mengatasi masalah perut buncit selepas bersalin.

1. Penyusuan

  • Penyusuan bukan hanya memberi manfaat kepada bayi sahaja, malah ianya juga sangat membantu ibu untuk langsing semula. Ibu digalakkan menyusukan anaknya hanya dengan susu ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan. Sebaik-baiknya lakukan penyusuan secara ekslusif sehingga bayi berumur 6bukan tanpa memberi makanan dan minuman tmbahan selain dari susu ibu. Juga disarankan agar penyusuan dieruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.
  • Ibu yang menyusukan akan cepat berasa lapar dan dahaga. Ini disebabkan air dan banyak kalori diperlukan untuk menghasilkan susu ibu. Oleh sebab itulah, ibu menyusu dinasihatkan mengamalkan pemakanan seimbang terutama makanan yang rendah lemak dan tinggi serat. Diet ideal ialah makanan yang tinggi kandungan protien dan vitaminnya. Kalori juga harus dikira supaya ada penyusutan berat badan. Perlu diingat,kalori yang sesuai bagi ibu menyusu adalah sekitar 2500 kcal. Kalau terlalu kurang, dikhuatiri susu yang dihasilkan tidak memuaskan.
  • Penyusuan dan pemakanan seimbang mampu membantu menurunkan berat badan. Setiap kali sesi penyusuan 85 kcal akan dibakar bagi 100ml susu badan yang dihasilkan. Untuk 6 bulan pertama, purata susu badan dihasilkan sehari adalah sebanyak 750ml. Ini bermakna sebanyak 650 kcal akan dibakar hanya dengan menyusukan susu badan. 650 kcal kalori yang dibakar adalah bersamaan dengan naik tangga berterusan selama 0 minit. Penyusuan juga  membantu mengecutkan rahim ibu dan membantu mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.Jadi teruskanlah enyusukan anak dengan susu ibu.


2. Pemakaian Bengkung

  • Aspek penjagaaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini terutama amalan berurut,bertuam, bertungku,bertangas dan berbengkung atau berbarut. Tidak dinafikan amalan tersebut agak leceh dan remeh tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Amalan berbengkung yang dilakukan secara berdisiplin boleh membantu seseorang ibu mengembalikan bentuk badan asal secara senulajadi. Pemilihan dan penggunaan bengkung yang sesuai serta cara pemakaian yang betul mampu merampingkan pinggang ibu.
  • Disampigh itu, berbengkung bertujuan untuk memejalkan semula otot-otot badan,perut dan pinggul. Ia juga mengempiskan semula perut yang menggeleber dan mengetatatkan peranakan agar tidak jatuh. Ibu perlu ditegangkan semula agar tubuh menjadi kemas dan langsing semula.
  • Waktu sesuai berbengkung adalah selepas mandi pagi dan setelah di urut. Ulangi semula pada sebelah petang selepas mandi hinggalah pagi keesokannya. Ibu pasti tersenyum dengan hasilnya.

3. Amalan Bertungku

  • Bertungku adalah amalan tradisional ibu-ibu untuk memecahkan darah beku selepas bersalin. Amalan ini semakin kurang mendapat sambutan kerana khasiat dan kebaikan bertungku sudah tidak dititikberatkan. Tujuan bertungku adalah untuk membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku, memecahkan lemak dan mengecutkan rahim bagi ibu selepas bersalin.

4. Kawal Diet Pemakanan

  • Untuk 6 bulan pertama, ibu yang menyusukan bayi secara ekslusif dinasihatkan mengamalkan pemakanan sihat yang rendah lemak dan tinggi serat. Manakala bagi ibu yang sudah tidak menyusukan bayi, ibu boleh mengawal diet pemakanan secara teratur. Kurangkan pengambilan karbohidrat, lemak dan minyak. Lebihkan pengambilan protien bagi membina otot tubuh dan menganjalkan semula perut yang menggeleber. Tingkatkan juga pengambilan makanan yang dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak seperti oat kekacang,bayam dan madu.
  • Ingin sentiasa kenyang pada asa yang sama mampu mengecilkan saiz pinggang? Cuba amalkan oat,cendawan,asparagus,bawang dan pisang. Ini keranan makanan tersebut menghasilkan lebih hormon yang mengawal selera yang membuatkan ibu sentiasa berasa kenyang.

5. Kepentingan Sarapan Pagi

  • Bagi ibu yang ingin kembali langsing,jangan pandang remeh akan perkara ini. Bersarapan dapat meningkatkan metabolisma dalam badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenaga berlaku dengan lebih cepat. Namun, cuba ambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi makan dengan lebih kerap. Amalkan makanan tinggi serat, angkan gula ringkas dan makan lemak yang sihat.

6. Teh Hijau dan Jus Limau Nipis.

  • Untuk mengempiskan perut, selain menjaga pemakanan dan bersenam secara teratur. ibu boleh mempercepatkan proses tersebut dengan mengamalkan minum teh hijau. Sejak dahulu lagi, teh hijau disebut sebagai minuman pelangsing kerana memiliki kandungan Catechin yang berupaya meningkatkan pembakaran lemak sekalipun sewaktu ibu tidak bergerak. Catechin adalah sejenis polifenol yang terdapat di dalam daun teh yang memiliki sifat sebagai antioksidan. Ibu disarankan meminum teh hijau selepas makan makanan yang berlemak. Kaedah ini sesuai untuk ibu yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu.
  • Selain mengamalkan minum teh hijau, minum minuman yang masam akan menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh. Amalkanlah minum air limau nipis atau jus oren segar sebaik-baiknya tanpa gula.

7. Minum Air Sebelum Makan

  • Pelik tapi benar.Menurut satu kajian, ibu yang minum 2 gelas air sebelum sarapan,makan tengahari dan makan malam mampu mengurangkan berat badan sebanyak 12kg setahun. Ibu yang minum 2 gelas air mendapat 75 kalori berbanding yang tidak minum air. Ia juga meningkatkan metabolisma tubuh.
  • Elakkan makan bersulam air.Ramai yang gemar menikmati makanan dengan ditemani segelas air. Mungkin sudah terbiasa makan diselangi air agar tidak tercekik atau tersedak. Sebenarnya minum bersulam air boleh memberi  kesan buruk kepada sistem penghadaman dan meningkatkan insulin dengan cepat. Bukan sahaja masalah kesihatan tetapi turut membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut dengan cepat.

8. Selepas Makan Gerak 25 Langkah

  • Kurangkan segera kalori selepas makan. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan digunakan. Lebih-lebih lagi jika anda menaiki tangga. Lakukan dengan santai kerana perut baru diisi. Selain memberi peluang makanan untuk hadam, amalan berjalan-jalan sesudah makan membantu menghabiskan sebahagian kalori daripada makanan yang diambil.

9. Senaman Secara Teratur

  • Sebaik sahaja bersalin, senaman kurang sesuai dilakukan keran ibu perlu berehat bagi menyembuhkan luka pada vagina (kelahiran normal) atau perut ( kelahiran caesarean). Selepas 3 bulan bersalin, pemulihan ibu sudah sempurna. Usaha untuk merampingkan pinggang perlu dititikberatkan. Pelajari cara dan panduan untuk menurunkan berat badan yang betul dan jangan lakukan diet secara membuta tuli ini  boleh menjejaskan kesihatan.
  • Senaman hendaklah dilakukan dengan betul dan teratur agar ia dapat memberi manfaat. Senaman mestilah sesuai dengan individu yang melakukannya. Sebagai contoh, individu yang mempunyai perut geleber haruslah melakukan senaman yang boleh membakar lemak.
  • Senaman juga mestilah seiring dengan dirt yang betul. Tisu lemak akan hanya digunakan oleh badan apabila kita membakar kalori melalui senaman lebih tinggi daripada jumlah kalori yang diambil pada hari sebelumnya.Sebagai contohnya kita mengambil 2500 kalori pada hari sebelumnya,kita mesti bersenam untuk membakar 3000 kalori pada hari berikutnya.
  • Ibu yang ingin kembali rampin, mesti, melakukan senaman setiap ahri untuk membakar kalori yang cukup agar lemak yang tersimpan dapat digunakan. Diet makanan yang sihat mestilah diteruskan supaya tiada lebihan lemak yang boleh disimpan oleh badan.
  • Senaman kardiovaskular dan andomen tertentu boleh membantu mengempiskan perut. Senaman yang dilakukan secara konsisten boleh mendapatkan kesan terbaik. Untuk mengempiskan perut juga, gerakan punggung secara perlahan boleh dilakukan contohnya  dengan melakukan tarian gelek,dangdut dan hula-hula.

10. Petua Tradisional

  • Selain daripada berbengkung,masalah perut buncit selepas bersalinboleh juga diatasi dengan mengamalkan petua tradisional. Caranya , dua hari selepas bersalin,ambil akpur sirih,perahkan sebiji asam limau kedalam kapur sirih tadi,lumurkan capuran ersebut dipermukaan perut ibu sehingga rata biarkan seketika sehingga kering. Sapuan ini akan menyebabkan perut terasa hangan kerana kesan kapur.Oleh itu jangaj sapu terlalu banyak.
  • Tujuannya adalah untuk mengempiskan perut yang membuncit dan membakar lemak. Namun rawatan ini mengambil masa yang lama untuk perut kembali kempis.Amalkan petua ini selama tempoh berpantang (44 hari) berturut-turut. Kebiasaannya jika dilakukan secara berdisiplin selepas tempoh berpantang,perut ibu beransur kempis,kelihatan licin,anjal dan tidak berkedut-kedut.Keadaan perut kembali menarik seperti sebelum ibu bersalin.

Kredit

Itu serba sedikit perkongsian buat ibu-ibu hamil yang bakal menghadapi fas berpantang. Semoga info ini berguna.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment