Seperti yang sedia maklum semasa dalam proses berpantang banyak perkara yang perlu di titk beratkan.Ini kerana semasa berpantang inilah ibu-ibu semua perlu mengembalikan semula kesihatan diri seprperti sediakala. Juga tidak dinafikan terdapat juga beberapa masalah akan berlaku semasa proses berpantang antaranya ialah :-
1. Masalah Bentan Urat
- Mengikut kefahaman Melayu, bentan urat merujuk kepada keadaan badan yang terasa lemah seperti demam serta bisa urat dan sendi. Bentan urat mudah menyerang sesiapa yang terlebih bersenam atau menggunakan tenaga secara berlebihan sehingga jatuh sakit atau demam.
- Dalam pantang bersalin,demam bentan urat berlaku apabila ibu tiba-tiba berasa seram sejuk,naik suhu badan atau menggigil. Lazimnya bentan urat berlaku apabila seluruh urat sendi serta otot badan tegang dan kekejangan. Bentan urat lazimnya berkait rapat dengan masalah bentan urat peranak dan bentan urat besar.
- Dalam keadaan ini,pakar urut perbidanan tidak akan mengurut pesakit kerana rawatan tersebut akan memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya, rawatan yang dilakukan ialah bertangas wap herba dan mandian minyak urat. Pesakit akan dilumurkan dengan minyak urat ke seluruh badan sebelum diberi rawatan bertuam batu panas sehingga badan dapat memecahkan peluh.
2. Bentan Urat Peranak.
- Masalah bentan yang paling biasa dihadapi oleh ibu bersalin adalah pada urat peranak atau urat buluh peranak yang datangnya dari urat besar pembuluh jantung. Urat besar ini menghala ke bahagian ari-ari dan cawan peha sehingga ke ibu jari kaki. Oleh sebab itulah petua Melayu melarang ibu bersalin bergerak kasar kerana bimbang terjadi perkara tersepak ibu jari kaki atau jatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranak dan berlaku turun darah.
- Apabila keaddan ini berlaku, ibu dinasihatkan berbaring dengan secepat mungkin di atas lantai tanpa bantal di kepala dan alas punggung dengan dua biji bantal, Satu cara lagi , ibu tersebut juga boleh menyandarkan kedua-dua kakinya pada dinding kerana posisi ini dapat mengurangkan pengaliran keluar darah.
3. Bentan Urat Besar
- Urat besar ialah urat buluh peranak yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Setiap kali selepas bersalin, sama ada secara normal atau pembedahan, ketegangan urat besar akan dirasai,yang mana permulaannya ibu akan terasa lenguh atau sakit di bahagian cawan muka. Jika dibiarkan urat yang tegang itu akan mengganggu cara ibu berjalan dengan betul kerana sakitnya akan terasa ke tumit sehingga jika keadaannya teruk menyentap kulit. Apabila tersentap urat , seseorang itu akan berjalan capik seumur hidup. Masalah ini sukar dipulihkan,malahan sekiranya dilakukan pembedahan sekalipun hasilnya tidak terjamin.
Masalah Payudara
4. Bengkak Susu
- Masalah ini terjadi apabila susu tersumbat dan mulai berkumpul serta berbuku di dalam payudara.
- Untuk melancarkan pengeluaran susu, ibu dinasihatkan melakukan rawatan tuaman menggunakan bungkusan rumusan halba yang diikat seperti cepu dan direbus sehingga kembang. Bagi melancarkan dan memperbanyakkan air susu, ibu disyorkan mengamalkan minuman khas.
5. Bengkak Payudara Yang sakit Berdenyut dan Berbisa
- Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut. Darjah kesakitan akibat kebengkakan itu adalah berbeza antara seorang ibu dengan ibu yang lain. Keadaan ini dapat diredakan dengan rawatan tuaman ke atas payudara.
6. Puting Merekah dan Berdarah
- Keadaan merekah dan berdarah sering terjadi di bahagian leher atau pangkal puting ibu yang menyusukan bayi. Keadaan ini berpunca daripada cara penyusuan yang tidak betul, iaitu bayi hanya menghisap di bahagian puting sahaja tanpa memasukkan sekeliling kelopak ke dalam mulut. Sebab yang lain, bayi menghisap terlalu kuat apabila susu berkurangan dan mengakibatkan puting dan lehernya melecet. Beberapa rawatan yang disyorkan ialah :-
Rebus daun sirik,biarkan suam.Rendam kapas dan gunakannya untuk mencuci perlahan-lahan di bahagian puting yang sakit.Lap kering
Asah kunyit,manjakani dan biji pala (boleh juga gunakan serbuk). Gaul sebati dengan minyak kelapa.Pupuk atau sapu rata di bahagian puting
Bagi ida pula Alhamdulillah hanya mengalami bengkak susu sahaja semasa berpantang anak pertama mahupun anak ke dua ida. Setiap ibu mengalami msalah yang berbeza dan ida doakan semua ibu dapat atasi dengan tenang. Bagi ida juga Set Berpantang Shaklee banyak membantu ida kekal bertenaga dan cergas sepanjang berpantang.
Apa pula pilihan Set Berpantang anda?
Adakah ia membantu anda sepanjang tempoh berpantang ?
Ingin rasai perbezaan berpantang dengan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi ida untuk mendapatkannya.
Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanain@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe
***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya
Kredit
0 comments:
Post a Comment