Saturday 7 March 2015

Kepentingan Bertungku Ketika Berpantang.

Assalammualaikum semua,




Bertungku penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim.
Bertungku bererti menuam bahagian tertentu badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan.(mungkin juga dengan bahan yang lain). Tujuan bertungku ialah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat saraf di sekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain.

Ketika bertungku badan akan berpeluh dan terasa hangat. Ini akan memudahkan pemulihan tenaga. Bertungku dilakukan sebelum ibu mandi pada waktu pagi dan petang ketika ibu dalam posisi berbaring kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.

Batu atau besi tungku dipanaskan selama lebih kurang beberapa minit. Kemudian, dibalutkan dengan beberapa kain lapis (yang disusun didalamnya daun mengkudu pada setiap lapis) menurut kepanasan tungku yang dapat ditanggung oleh kulit.

Setelah dibalut rapi pangkal batu/besi diikat supaya kain tidak terburai (terbuka). Bahagian badan yang perlu ditungku ialah pada bahagian peranakan. Ini penting bagi mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Peranakan juga perlu disangkak (dinaikkan) atas dengan menolak bahagian rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat.

Menyangkak hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir.Peranakan yang tidak dinaikkan menyebabkan perut menjadi buncit dan terasa  tidak selesa,seolah-olah adanya benda menonjol yang hendak keluar dari faraj.. Bertungku di bahagian ini memakan masa lebih kurang 25 minit.

Bertungku juga memerlukan kemahirn. Ada juga orang yang menaikkan peranakan dengan berurut terlebih dahulu. Setelah itu barulah beralih ke bahagian lain, iaitu di bahagian kemaluan. Bahagian badan iaitu di bahagian dada,ulu hati,tengkuk,ketiak dan belikat. Bertungku di bahagian ini dilakukan di bahagian belikat kanan untuk beberapa minit yang kemudiannya dipindahkan ke bahagian kiri.

Di bahagian tengkuk,bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti orang berbantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher. Bahagian bawah iaitu bahagian betis,paha,punggung,pinggang,pelipat,pergelangan kaki dan tapak kaki. Bertungku di bahagian-bahagian ini memerlukan masa antara 15-20 minit bagi setiap bahagian.

Pada bahagian terakhir iaitu di tapak kaki,kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan ke belakang atau dengan mengolek-golekkan tungku ke hadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bujur atau bulat. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk. adalah lebih baik sekiranya ibu dibantu ketika bertungku terutamanya pada hari pertama,kedua dan ketiga.

Walaupun demikian,membakar tungku perlu dilakukan oleh orang lain kerana ia memerlukan kerja berat bagi seseorang ibu yang baru bersalin.Dengan adanya tungku-tungku moden dipasaran,mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi ibu-ibu ini.

Bertungku juga turut ida amalkan ketika berpantang.Dan ini antara amalan yang dititikberatkan ketika berpantang.Selain itu ida turut ambil Set Berpantang Shaklee yang memang best.Bagi yang ingin dapatkan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi ida ye.

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment