Friday, 12 June 2015

6 Peranan SUAMI Dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Assalammualaikum semua. Dalam usaha menjayakan penyusuan susu ibu sokongan serta bantuan suami adalah yang paling amat diperlukan oleh isteri. Ini kerana suami adalah orang yang terdekat yang ada dengan isteri.
Seperti ida sendiri sokongan suami banyak membantu dalam ida menjayakan penyusuan susu ibu bagi anak-anak syurga ida. Alhamdulillah dikurniakan suami yang sentiasa memberi sokongan. Di sini ida senaraikan 6 peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini.


1. SOKONGAN MORAL

  • Suami perlu memberi galakan kepada isteri untuk  memberi susu ibu sejak daripada awal isteri hamil dan selepas bersalin. Sokongan daripada suami amat diharapkan oleh isteri. Suami boleh bersama menimba ilmu penyusuan susu ibu. Kalau tak tahu semua pun tidak apa.Memadai tahu perkara asas serba sedikit kepentingan dan kelebihan susu ibu.


2. SOKONGAN DARI SEGI EMOSI

  • Apabila selepas bersalin dan diawal penyusuan, pelbagai masalah yang isteri hadapi dalam menyesuaikan diri dengan dunia susu ibu. Permulaan susu ibu yang sedikit iaitu kolostrum selalu menjadi tekanan kepada isteri kerana menganggap tidak cukup susu. Tambahan pula jika keluarga menekan supaya bayi diberikan susu formula. Di sinilah peranan utama suami diperlukan. Suami perlu memberi sokongan moral yang tak berbelah bahagi kepada isteri demi menjayakan penyusuan susu ibu. Pada peringkat ini memang diuji ketahanan mental. Suami perlu kuat dan sentiasa memberi motivasi serta galakkan kepada isteri. Jangan cepat mengalah dan berputus asa.
  • Kadang-kadang pelbagai masalah lain juga berlaku seperti bengkak susu, puting melecet, bayi meragam dan sebagainya. Maka suami perlu memberi sokongan supaya isteri terus tabah dan bersabar.


3. MEMBANTU HAL RUMAH TANGGA

  • Suami perlu membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutamanya ketika isteri baru selepas bersalin da sedang menyesuaikan diri dalam dunia penyusuan. Suami boleh mengambil alih tugasan seperti mengemas rumah, membasuh pakaian,memasak dan sebagainya. Biarlah isteri berehat seketika dan fokus  kepada bayi dan penyusuan.


4. BERSAMA BERJAGA MALAM

  • Pada awal kelahiran, bayi kadang kala sering berjaga atau kerap bangun malam untuk menyusu. para suami sokonglah isteri dan bersama bangun malam walaupun sekadar menemani isteri menyusukan bayi. Ini dapat mengurangkan tekanan stress yang dialami oleh isteri. Jika bayi kerap berjaga malam sehingga pagi, ambillah giliran untuk menjaga bayi dan biarkan isteri tidur dan berehat seketika.


5. SOKONGAN KEWANGAN

  • Bantulah isteri untuk bersama membeli peralatan penyusuan seperti pam susu, warmer, botol susu dan sebagainya. Jangan biarkan isteri keseorangan menampung semua barangan keperluan penyusuan. Bayangkan jika isteri tidak menyusukan bayi berapa banyak wang yang perlu suami keluarkan setiap bulan untuk susu formula yang jauh lebih mahal.


6. BELIKAN VITAMIN IBU MENYUSU

  • Untuk memastikan isteri sentiasa sihat dan bertenaga suami boleh membelikan isteri milkbooster atau vitamin ibu menyusu. Jika susu ibu mulai kurang dan merudum segeralah untuk mendapatkan milk booster iaitu Set Penyusuan 3M Shaklee. In Shaa Allah dengan amalan pemakanan supplemen tambahan dan tips ibu menyusu yang betul, isteri dapat menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.

Itu antara perkara yang boleh dilakukan oleh suami dalam usaha untuk memberi yang terbaik kepada bayi anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua hendaknya.

Jemput klik link dibawah ini untuk entri-entri yang menarik:


  1. 12 Perkara Asas Yang Perlu Diketahui Bagi Menjayakan Penyusuan Eksklusif
  2. 10 Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu 
  3. 12 Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment