Penyusuan susu ibu adalah satu perkataan yang sudah tidak asing lagi didengari sekarang. Semua ibu-ibu terdidik dan terdorong untuk menjayakan penyusuan susu ibu kepada bayi mereka yang mana telah diketahui bahawa susu ibu mempunyai 1001 khasiat yang tiada tandingan dengan mana-mana susu-susu yang lain.
Tetapi tidak dinafikan dalam proses sepanjang penyusuan susu ibu ini berlangsung akan berlaku satu keadaan di mana susu akan merudum. Keadaan ini biasanya akan berlaku bagi ibu yang bekerja yang mana kebiasaannya ibu-ibu ini akan alami keadaan kurang rehat,stress,bebanan kerja,emosi terganggu dan lain-lain.
Bila mana keadaan ini berlaku kadar pengeluaran susu ibu juga akan turut teruja. Tetapi ida tak terus stop Elman dengan susu ibu mahupun campur susu Elman dengan susu formula tapi ida cari jalan penyelesaian bagi masalah ini. Pasti ramai nak tahu apa penyelesaiannya kan. Setelah google sana sini ida jumpa satu kaedah iaitu kaedah Power Pumping. Pasti ada yang biasa dengar dan pasti ada yang baru pertama kali dengarkan. Alhamdulillah kaedah ini amat membantu dalam meningkatkan semula pengeluaran susu ida dan Elman dapat menyusu susu ibu sehingga 2 tahun.
Mari kita menambah sedikit lagi ilmu penyusuan ini yang memang amat-amat berguna buat semua ibu-ibu.
Apa itu Power Pumping?
- Power Pumping adalah satu teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Ianya cara mengepam yang biasa tetapi dengan teknik tertentu.Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu.
Siapa Yang Perlu Lakukan Power Pumping?
- Ibu yang kekurangan susu berusaha untuk memperbanyakkan semula susu akibat daripada perubahan hormon , period,kurang mengepam dan sebagainya
- Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semmmula si anak setelah berhanti menyusu susu ibu
- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat di mana teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu.
Macam mana Nak Lakukan Power Pumping?
- Untuk single pam - Pam kanan dulu 10 minit, kemmmudian pam kiri pula 10 minit dan tukar ke kanan 10 minit dan seterusnya bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam
- Untuk Double Pam - Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit rehat 10 minit seterusnya selama 1 jam
Bila masa yang sesuai buat Power Pumping?
- Boleh buat pada bila-bila masa tetapi waktu yang terbaik adalah dari tengah malam sehingga subuh kerana hormon prolaktin iaitu hormon yang merangsang susu paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan ibu juga kurang stress pada waktu ini jadi hormon oksitosin senang disingkirkan.
Bagaimana menyimpan hasil perahan?
- Pastikan hasil perahan dari disimpan dalam suhu yang sama. ( susu perahan dari setiap kali perahan tersebut mestilah disejukkan dahulu dalam peti sejuk di bahagian bawah dan setelah suhu sama barulah di satukan dalam satu botol dan disimpan dalam deep freezer)
Berapa lama baru nampak hasilnya?
- Setiap orang adalah tidak sama. Ada yang beberapa kali buat dah nampak perubahan ketara tapi ada juga yang agak lambat tetapi kebiasaanya dalam masa seminggu memang akan ada perubahan ketara. Jadi semua ibu haruslah bersabar dan teruskan mengepam.Jangan sesekali berputus asa.Fikir yang anada lakukan ini untuk bayi anda. Fikir positif amatlah penting dan jangan ingat buat sekali terus dapat susu banyak yang mencurah-curah.Mungkin pada awalnya hanya setitik dua ataupun hanya 'mengepam angin' sahaja.Yang lebih penting jangan putus asa,sentiasa bersoa dan bertawakal kepada Nya.
Dah buat Power Pumping tapi susu masih sedikit?
Tidak dinafikan memang ada ibu yang sudah berusaha tapi penghasilan susu masih sedikit. Kenapa jadi begini? Cuba periksa diri anda :-
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Pengambilan air yang tidak cukup (minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari)
- Ibu sentiasa kurang bertenaga , tidak sihat dan sentiasa penat
- Pemikiran negatif dan emosi sentiasa tidak stabil.
Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanain@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe
***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya
0 comments:
Post a Comment