Hai mommies-mommies semua. Hari ini ida nak kongsikan pula cara untuk sendawakan bayi selepas menyusu tidak kira samada menyusu badan mahupu minum susu formula.
Nampak seperti tidak penting sendawakan bayi ini tetapi sebenarnya sendawakan bayi anda selepas minum susu adalah sangat penting untuk mengelakkan bayi anda tersedak susu. Sudah banyak kes kita dengar bayi meninggal disebabkan oleh tersedak susu.
Jadi mommies-mommies semua jangan ambil ringan tentang sendawakan bayi ini. Bagi yang masih tidak tahu teknik untuk sendawakan bayi mari kita pelajari teknik sendawakan bayi. Supaya kita menhadi ibu dan bapa yang lebih prihatin terhadap keselamatan anak syurga kita ye.
Dibawah ini penerangan mengikut turutan gambar diatas:-
1. BERSANDAR PADA BAHU
- Dukung bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepala bayi bersandar pada bahu anda
- Tepuk perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi sehingga bayi sendawa
- Posisi ini dilakukan seara berdiri atau duduk di kerusi
- Bayi mungkin akan jeluak atau termuntah susu jadi jangan lupa als bahu anda dengan sapu tangan kecil
- Bayi duduk secara posisi tepi atas riba dan tepuk lembut bahagian belakangnya
- Bayi duduk di salah satu paha anda dengan membongkokkan sedikit badan bayi
- Sebebelah tangan tinggikan kepala dan leher bayi namun hati-hati memegang bahagian dadanya kerana mungkin akan membuatkan bayi muntah jika tersalah pegang
- Kemudian sebelah tangan lagi untuk usap belakang bayi perlahan-lahan. Cara ini dikatakan bayi mudah sendawa
- Pegang dan baringkan bayi secara meniarap atas perutnya dengan posisi melintang dengan kedudukannya atas paha anda
- Pegang bahagian dada bayi dengan sebelah tangan
- Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya
- Sebelah tangan lagi perlahan-lahan menepuk belakang bayi atau urut pun boleh dalam cara usap naik dan turun
4. BAYI DUDUK
- Pegang bayi dan ribanya dalam posisi duduk menghadap ke depan
- Semasa bayi di pangkuan anda, pegang bahagian dadanya supaya mudah anda menggerakkan paha anda perlahan-lahan
- Gerakkan ini akan membuatkan bayi sendawa sendiri
- Jika masih belum berjaya usap dengan sebelah tangan bahagian belakang bayi
- Pelbagai posisi dilakukan supaya bayi sendawa namun anda masih belum berjaya
- MMungkin anda boleh menggunakan cara dukung bayi. Mudah sangat untuk dipraktikkan
- Hanya perlu dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kanan ke kiri akan membuatkan bayi sendawa sendiri
- Sambil itu anda boleh usap bahagian belakang bayi dengan berjalan-jalan di sekitar rumah anda.
Kepentingan Sendawakan Bayi
- Untuk mengelakkan bayi dari kembung. Sebabnya bila bayi menyusu dia akan sedut udara jadi kena sendawakan bayi anda untuk keluarkan angin dari badan bayi.
- Taknak bagi bayi jeluak,temuak mahupun termuntah
- Untuk mengelakkan bayi tersedak susu
Terdapat 5 kaedah untuk sendawakan bayi yang perlu kita pelajari dan praktikkan supaya kita tidak mudah berputus asa semasa sendawakan bayi kita. Ini kerana ada bayi yang senang sendawa dan ada yang perlukan masa dan semoga kita lebih bersabar dalam mengatasi keadaan ini.
Terima kasih kerana sudi untuk membaca diblog umisayangkamu ini ye. Bagi yang berminat ingin dapatkan Set Menyusu Shaklee atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi ida;-
- 7 SEBAB Kenapa Bayi Menangis & Cara Mengatasinya.
- Set Penyusuan 3M ... Alhamdulillah Dapat Kumpul 100 oz Susu EBM dalam Masa Seminggu - Puan Najiah
- 9 Jenis SUNTIKAN Buat Si Manja Kita
Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanamani@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe
***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya
0 comments:
Post a Comment