Monday, 6 April 2015

Ketahui Apa Itu Foremilk dan Hindmilk.

Salam,

Foremilk dan Hindmilk? pernah tak dengar dua perkataan ini.Foremilk dan Hindmilk adalah perkataan yang biasa didengar bagi ibu-ibu menyusu.Tapi mesti ramai lagi yang tak tahu apa itu Foremilk dan Hindmilk ni kan.

Ok tak pe jangan sedih-sedih ye ini ida kongsikan info mengenai Foremilk dan Hindmilk ye.Sangat berguna info ini buat semua ibu menyusu ye.
Foremilk

Foremilk adalah susu pertama yang baby minum setiap kali baby direct feeding dengan ibunya. Biasanya foremilk adalah kurang kandungan lemak berbanding hindmilk. Foremilk ni nampak cair je..

Hindmilk

Hindmilk adalah susu yang keluar selepas foremilk. Hindmilk adalah susu yang lebih tinggi kandungan lemak dan lebih menyelerakan. Hindmilk ni nampak pekat dan kekuningan.



Kiri: Foremilk, Kanan: Hindmilk

Macam mana terhasilnya susu?

Apabila susu dihasilkan ia telah melepasi alveoli. Alveoli tu, adalah sel yang menghasilkan susu. Kebanyakan lemak dalam susu, akan berada dibelakang dan selebihnya susu yang kurang lemak akan berkumpul di hadapan payudara. (foremilk kurang lemak) Jadi, foremilk yang ada dihadapan tu.

Lemak sebenarnya hanya berada dibelakang payudara dan ini yang menyebabkan adanya perbezaan yang besar antara susu di hadapan dan susu dibelakang. Kandungan lemak dalam susu akan meningkat secara beransur-ansur selepas disuapkan ke mulut baby. Jika ibu mengambil selang masa yang lama untuk mengeluarkan foremilk, semakin lambatlah susu yang penuh lemak (hindmilk) akan keluar. Sama je jika ibu jarang mengepam susu, maka foremilk akan semakin banyak terhasil dan hindmilk akan semakin kebelakang. Setiap kali feed baby, kebarangkalian baby hanya kenyang dapat foremilk atau susu yang cair. Nak dapat hindmilk, baby dah kenyang dulu..kenyang minum air je. Sian baby :(

Tahap laktosa yang tinggi yang terdapat dalam foremilk adalah penting untuk tenaga dan perkembangan otak dan juga menghilangkan dahaga baby. Hindmilk pulak penting untuk pertumbuhan dan membantu bayi rasa kenyang lama.

Sebab itu penting untuk kita susukan baby pada satu breast hingga baby sendiri yang berhenti hisap. Jadi dapatlah baby kita foremilk dan hindmilk. Jangan baby baru hisap breast kanan, kita dah tukar ke breast sebelah kiri pulak. Silap tu. Jika baby yang terlebih foremilk, anda boleh tengok pada najis baby. Najis baby jadi warna kehijauan. Baby yang dapat hindmilk mencukupi akan kurang kembung dan najis warna kekuningan cantik :)

Macam mana nak kenal pasti gejala ketidakseimbangan antara Foremilk dan Hindmilk?

- Najis baby warna kehijauan dan berbuih

- Baby akan memuntahkan susu dan kalau muntah, warna putih yang jernih.

- Masalah kolik atau kembung perut

- Bayi ingin kerap menyusu

- Berat badan baby naik secara perlahan

- Baby akan terkena ruam lampin sebab najis baby berasid

- Bayi mempunyai pergerakan usus serta-merta selepas penyusuan

Penyebab Foremilk dan Hindmilk tidak seimbang?

- Susu berlebihan melimpah-limpah. Kena pam susu dan kosongkan breast.

- Menyusukan dalam selang masa yang panjang. Ataupun jika kita jarang mengosongkan breast.

Cara mengatasi ketidakseimbangan Hindmilk dan Foremilk

- Ibu perlu menyusukan baby dengan sebelah breast sahaja dalam setiap sesi penyusuan. Breast yang sebelah lagi boleh pam dan buat stock :)

- Jika susu melimpah ruah, ibu bolehlah pam susu sebelum menyusukan baby. Kiranya..foremilk yang baby dapat tu, sebenarnya adalah hindmilk. Sebab, ibu dah keluarkan foremilk masa mengepam awal-awal tadi.

Ok itu serba sedikit mengenai Foremilk dan Hindmilk buat info semua ibu menyusu yang membaca di blog umielman ye.

Berminat nak dapatkan produk Shaklee boleh hubungi ida ye:-


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment