Tuesday, 7 April 2015

Apa itu Let Down Reflek (LDR) ?

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Pernah tak bagi ibu-ibu yang menyusukan anak akan merasa satu keadaan dimana payudara anda seakan-akan terasa menyucuk/nyeri ketika anda menyusukan anak anda secara direct feeding mahupun ketika anda mengepam susu.Tahukah apakah yang sedang berlaku sebenarnya pada payudara anda.Ini lah yang dikatakan Let Down Reflek (LDR).Pasti ramai juga nak tahu apa itu Let Down Reflek kan.
Hari ini kita tambah sedikit lagi info berguna di dalam penyusuan susu ibu.




 Apa itu Let Down Refleks?

Semasa anda menyusukan bayi,rangsangan di aerola menyebabkan saraf di sekitar puting menghantar isyarat ke otak. Kelenjar pituitari merembeskan hormon oksitosin melalui pembuluh darah menyebabkan otot di sekeliling kelenjar susu mengecut dan mengalirkan susu ke saluran susu.Dan ini yang dinamakan Let Down Refleks.

Bahagian payudara ibu akan terasa seperti menyucuk dan dirangsang.Susu akan memancut dengan laju selepas itu. Walaupun begitu pada peringkat awal ibu mungkin menghadapi kesukaran untuk mencapai Let Down Reflex susu kerana bayi masih belum membiasakan diri dengan penyusuan. Tetapi apabila kedua-dua ibu dan bayi sudah mula biasa dengan penyusuan direct feeding , Let Down Reflex susu akan lebih mudah untuk di capai.

Fungsi Let Down Refleks
  • Memastikan breast dikosongkan sepenuhnya
  • Memastikan pengaliran susu yang lancar kepada bayi anda.
Poor Let Down Reflkes menyebabkan:
  • Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya dan ia boleh membawa kepada masalah lain seperti kebengkakan dam mastisis.
  • Bayi tidak seronok menyusu
  • Ibu mudah tertekan menyusukan kerana merasakan bayi menolak payudara ibu
  • Pemberian susu formula.
Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan Poor Let Down Refleks iaitu :-
  • Luka (nipple cracked) dan ibu dalam kesakitan dan takut untuk menyusukan.
  • Lekapan ( latch on) menyusu yang tidak betul.
  • Tertekan dan gelisah contohnya jika terpaksa terkejar-kejar mencuri masa untuk mengepam.
  • Jauh dari bayi contohnya jika bayi warded di hospital dan ibu terpaksa menggunakan pam untuk mengepam susu.
  • Pembedahan mengecilkan / membesarkan payudara yang pernah dilakukan telah mengubah sebarang saraf yang normal untuk puting.
Antara Cara untuk Mendapatkan Let Down Refleks.
  • Ibu tidak boleh stress semasa menyusukan bayi. Bertenang dan fikirkan perkara-perkara yang menggembirakan.Bagi yang beragama Islam boleh mendengar  ayat-ayat suci Al-Quran dan bagi yang bukan beragam Islam boleh mendengar muzik yang menenangkan.
  • Cuba untuk menyusukan bayi di tempat yang sama setiap masa, pastikan tempat itu selesa untuk kedua-dua ibu dan bayi,tidak bising dan tidak terlla panas atau terlalu sejuk.
  • Penyusuan dalam keadaam "skin to skin " juga amat membantu untu mendapat Let Down Refleks.
  • Sebelum  penyusuan , ibu boleh cuba mengurut payudara selama 1 minit. Urutan boleh dilakukan dengan membulat.
  • Tuam bahagian payudara dengan menggunakan tuala yang direndam dengan air panas atau mandi dengan air suam sebelum proses penyusuan.
  • Ibu boleh meminta bantuan untuk mengurut di bahagian belakang badan. Ini boleh merangsang penghasilan susu ibu.
  • Melihat gambar si kecil semasa proses mengepam susu atau menatap wajah si kecil semasa penyusuan turut membantu perembesan hormon prolaktin ( hormon kasih sayang ) yang akan membantu let down reflex susu.
  • Minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.
Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment