Thursday, 8 January 2015

Cara Untuk Menaikkan Uri Dibawah @ Placenta Previa.

Salam sayang semua,

Pada entri sebelum ini ida ada bercerita tentang Placenta Previa ataupun Uri dibawah kan.Bagi yang tertinggal untuk baca entri tersebut boleh klik link kat bawah ni ye.


Kali ini pula ida nak kongsikan petua untuk menaikkan uri dibawah ye.Petua ini ida ambil dari sini.Semoga bermanfaat kepada semua ye.

Senaman ini boleh dilakukan sebanyak 2 kali sehari iaitu :-

  • Sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya')


CARA:-

  • Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas,jika tidak mampu mengankat kaki,cuba sandarkan ke dinding.
  • Maksudnya kita baring dalam bentuk 'L' iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh.
  • Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan
  • Paling penting,jangan memaksa diri sendir
  • Kebiasaannya bagi ibu yang sudah hamil 'tua' (trimester ke-3) memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.


TEKNIK PERNAFASAN

  1. Tarik nafas perlahan-lahan sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas,pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding).
  2. Dengan menggunakan satu nafas,cuba tahan nafas anda selama yang mampu.
  3. Cara menarik nafas juga penting,iaitu dengan menggunakan perut dan bukan hidung.
  4. Maksudnya,bila kita menarik nafas menggunakan perut,kita rasa perut kita naik ke atas sedikit.
  5. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan,dalam jangkamasa yang sama (lenih kurang sama ketika menahan nafas)
  6. Buat senaman dalam 10 - 15 kali untuk satu sesi senaman
  7. Ulang senaman selepas bangun pagi,sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.
  8. Selain daripada senaman,cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan..
  9. Pujuk bayi agar pusing ke bawah dan biasanya uri akan naik keatas mengikut pergerakan bayi
  10. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal.


Semoga senaman ini dapat membantu semua ibu hamil.Dan semoga dipermudahkan semuanya.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanain85@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe



***COD kawasan Bandar Putra Permai, Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment