Wednesday, 28 January 2015

Bahayakah Kencing Kotor kepada Ibu Hamil ?

Salam bersiaran semua,

Hari Rabu hari tu Ida seperti biasa menjalankan rutin untuk check up bayi kat Klinik Kesihatan Seri Kembangan.Dah masuk 39 week mujahid kecil yang umi kandungkan ni.Sekarang kena pergi check up setiap minggu.Tapi ini bukan nak cerita tentang check up ida ye tapi nak cerita tentang Kencing Kotor.Ini pun kebetulan masa ida tengah check up dengan nurse ada seorang ibu hamil ni disahkan kena Kencing Kotor.

Jadi tergerak hati lah hari ini nak kongsikan tentang Kencing Kotor bagi Ibu Hamil.Adakah ia bahaya pada ibu hamil dan bayi dalam kandungan?

Jom ikuti serba sedikit maklumat mengenai Kencing Kotor ketika Hamil ini ye.Semoga bermanfaat kepada semua.





APA ITU KENCING KOTOR.

  • Urinary Tract Infection (UTI) atau jangkitan Kuman di saluran kencing atau lebih mudah dikenali sebagai penyakit "kencing kotor" adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing,ginjal,salur kencing ureter ( yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing uretha (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh)


SIAPA YANG MUDAH DIJANGKITI?

  • Wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor kerana mempunyai uretha yang pendek dan dekat dengan anus berbanding lelaki.

WANITA HAMIL DAN KENCING KOTOR

  • Perubahan hormon dikalangan wanita yang hamil selain uretha pendek juga antara sebab mudahnya wanita hamil terkena jangkitan ini.
  • Tahap kandungan hormon yang tinggi ketika hamil, meyebabkan kekuatan otot saluran kencing uterer dan pundi kencing bertambah lemah menyebabkan iainya bertambah merengang dan melambatkan pengaliran air kencing.
  • Pada masa yang sama,rahim juga semakin membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing tersekat.Bila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing,ini akan memudahkan kuman dipundi kencing membiak.
  • Selain itu,kuman bakteria mudah membiak dikalangan wanita hamil kerana air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon).Atas sebab faktor -faktor ini lah wanita hamil kebih mudah dijangkiti 'kencing kotor'.
  • Komplikasi kepada masalah ini adalah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pylonephritis) dan boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.Bayi dalam rahim juga mengalami kesan yang teruk jika si ibu mengalami komplikasi ini antaranya risiko kelahiran awal dan bayi dilahirkan tidak cukup berat.


SIMPTOM KENCING KOTOR

  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengelluarkan air kencing yang banyak.
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah,berkabut dan berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk.

RAWATAN SUSULAN

  • Jika ada tanda kuman di dalam air kencing,maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil.Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.
  • Makanlah sehingga habis ubat antibiotik yang diberikan selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perutnya sudah berkurangan.Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).
  • Apabila sudah tamat,buatlah pemeriksaan semual air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman.Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman,doktor akan memberikan antibiotik yan lain.Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital.

PENCEGAHAN KENCING KOTOR

  • Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari
  • Terus buang air kecil jika terasa berbuat demikian.Menangguhkan pembuangan air kencing menggalakkkan pembiakan bakteria
  • Menjaga kebersihan diri
  • Wanita hamil digalakkan memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan longgar
  • Buang air sebelum dan selepas berbuat seks bersama suami
  • Tukar tuala wanita atau seluar dalam sekerap yang mungkin
  • Kurangkan makan makanan manis atau air yang mengandungi kafein
  • Mengambil Vitamin C,Beta-Ceratin dan Zinc untuk membantu melawan kuman.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanain85@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe



***COD kawasan Bandar Putra Permai, Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment