Friday, 9 January 2015

Apa itu Kontraksi Braxton Hicks?

Salam bersiaran semua,

Hari ini nak bercerita tentang kehamilan lagi.Banyak sebenarnya info mengenai kehamilan ni yang ida nak kongsikan.Tapi tulis sikit-sikit lah kan.Kadang-kadang mood ke laut nak menulis walaupun idea banyak hikhikhikhik.Info-info ni selain untuk bacaan pembaca setia blog kesayangan ida ini,ia turut menjadi rujukan buat ida yang tengah preggy sekarang ni.

Pasti ibu-ibu hamil pernah dengar tentang kontraksi Braxton Hicks kan.Tapi sejauh mana kita tahu tentang kontraksi ini.Ok mari kita fahami apa yang dipanggil dengan kontraksi Braxton Hicks ni ye.



BRAXTON HICKS.


  • Apabila kehamilan anda semakin hampir ke penghujungnya,anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda.Ia di panggil kontraksi Braxton Hicks dan salah satu simptom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
  • Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 minit setiap kali.Braxton Hicks dinamakan sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
  • Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
  • Apabila kandungan anda semakin kerap dan kuat dan kdang-kadang ia menyakitkan.Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.


Bagaimana rasanya kontraksi BRAXTON HICKS ini?


  • Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segelinti yang berasa Braxton Hicks yang lebih kuat.Selalunya ia tidak menyakitkan atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka.Semakin dekat kepada tarikh bersalin semakin kuat BH ini berlaku.
  • Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba.Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
  • Semasa kontraksi BH ini,perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.


Anda mngkin perasan yang kontraksi ini lebih kerap terjadi apabila:-

  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubunan seks
  • Dehidrasi

Apa yang membezakan BRAXTON HICKS  dan KONTRAKSI KELAHIRAN SEBENAR?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan Braxton Hicks atau tanda-tanda kelahiran.Walaubagaimanapun terdapat perbezaan antara Braxton Hicks dan tanda sebenar kelahiran.Antara perbezaannya ialah:-

  • Kontraksi Braxton Hicks tidak menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin.Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala Braxton Hicks akan hilang akhirnya.
  • Braxton Hicks tidak teratur dan berlaku sekali sekala.Sakit bersalin berlaku dengan lebih teraturdan semakin kuat.
  • Kontraksi Braxton Hicks tidak menyebabkan kesakitan cuma berasa tidak selesa tidak seperti sakit bersalin yan menyebabkan kesakitan yang kerap dan makin kuat.

Tips untuk kekal selesa semasa kontraksi BRAXTON HICKS:-


  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi Braxton Hicks akan datang
  2. Rehat lebih lama.Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya.Dehidrasi menyebabkan otot mengecut dan menyebabkan kontraksi Braxton Hicks
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap.Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan Brixton Hicks
  5. Amalkan teknik pernafasan.Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.

Itu yang di panggil Braxton Hicks.Dah baca dan faham baru tahu apa itu Braxton Hicks.Pada hal selalu je rasa kontraksi Braxton Hicks ni hehehehe.Semoga perkongsian ini memberi sedikit info kepada semua ibu hamil diluar sana ye.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanain85@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe



***COD kawasan Bandar Putra Permai, Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment