Saturday 3 January 2015

15 Tips Untuk Mengatasi Muntah dan Loya Ketika Hamil.

Assalammualaikum semua,

 Mabuk hamil juga dikenali sebagai morning sickness sering berlaku pada awal kehamilan.Ia boleh berlaku bila-bila masa.Kebanyakkan bermula seawal Minggu ke 6 pertama dan berakhir pada lewat minggu ke 16.Punca utama disebabkan oleh kehadiran hormone dirembeskan dalam kuantiti yang banyak di awal kehamilan terutamanya hormon hCG.Senarai bawah menunjukkan 15 tips cara mengatasi muntah dan loya semasa hamil


  1. Anda boleh makan craker ataupun makanan ringan kesukaan anda sejurus bangun dari katil.Ini akan membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda daripada terlalu rendah
  2. Cuba makan makanan ringan setiap 2 jam atau sepanjang hari anda untuk memastikan perut anda tidak kosong dari mengisi asid mencetuskan loya
  3. Jangan lupa snek sebelum tidur anda.Ia merupakan salah satu cara mengatasi muntah
  4. Makan makanan yang boleh mencegah muntah dan loya seperti buah avocado ,protien,keju,susu,yogurt,mentega ,kacang disapu dicraker dan roti,pasta dan lain-lain
  5. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia.Hidu lemon atau minum jusnya,ini boleh membantu meneutralkan asid yang terdapat dalam perut
  6. Sekiranya anda rasa loya , asam boleh mengurangkan rasa loya
  7. Elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak,kafein,makanan manis seeperti gula-gula ,kek dan lain-lain
  8. Minum 10 gelas air sehari untuk menggantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
  9. Elakkan meminum sejumlah besar air atau minuman lain semasa makan
  10. Ambil vitamin pranatal anda selepas makan dan sebelum tidur
  11. Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa.Ini disebabkan perubahan hormon ibu hamil meneyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual.dalam masa yang sama,elakkan pergi ketempat yang hangat dan penuh sesak
  12. Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah
  13. Anda boleh cuba menarik nafas yang panjang
  14. Tidur untuk mengelakkan keloyaan
  15. Jumpalah doktor anda untuk mendapatkan pil mencegah muntah sekiranya keloyaan anda teruk

Itu antara Tips yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil yang mengalami morning sickness/Alahan ketisa fasa kehamilanmSemoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanain85@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe



***COD kawasan Bandar Putra Permai, Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment