Sunday, 11 January 2015

3 Peringkat Pernafasan Ketika Hendak Bersalin Bagi Ibu Hamil

Salam dan selamat sejahtera semua,

Teknik pernafasan yang betul semasa sakit untuk bersalin adalah amat penting diketahui oleh semua ibu hamil.Ini kerana dengan teknik pernafasan yang betul setiap ibu hamil dapat mengawal kesakitan kontraksi disebabkan ingin bersalin.Ini kerana tempoh untuk bukaan pangkal rahim terbuka sepenuhnya adalah mengambil masa yang lama.Dengan teknik pernafasan yang betul In Sha Allah semua ibu hamil dapat memgawal kesakitan akibat kontraksi ini.

Mari kita berkenalan 3 peringkat pernafasan yang biasa terjadi sewaktu kontraksi bersalin mula dirasai semua ibu hamil.

1- PERINGKAT AWAL (EARLY LABOUR)
  • Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali.Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali.Dalam pada itu,hembuslah lebih lama berbading dengan menarik nafas


2- PERINGKAT AKTIF (ACTIVE LABOUR)
  • Ketika sakit bertambah kuat,hela nafas terlebih dahulu.Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas.Apabila sakit semakin ketara bernafaslah secara cepat dan dalam.Pada kemuncak kontraksi,pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu.Setelah kontraksi beransur hilang,bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.

3- PERINGKAT TRANSISI (MASA BERSALIN HAMPIR TIBA TETAPI PANGKAL RAHIM BELUM BUKA SEPENUHNYA)
  • Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung.Sebaik-baiknya panting-panting-hembus.


PERNAFASAN LAMAZE

  • Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze.Dengan mengaplikasikannya , keadaan anda akan lebih terkawal.Apabila tumpuan dihalakan kepada pernafasan ,maka kesakitan dapat diabaikan.Caranya ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo
  • Namun , adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat melakukannya dengan baik kerana kurang latihan.Tambahan pula ketika sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan yang betul.Oleh kerana itulah amat penting untuk suami turut serta dalam kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami kontraksi.


PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION ( Start dari pintu rahim terbuka 2cm)

  1. Mula bernafas cara 'Early Labour Breathing'.
  2. Mula minum air selusuh.Sebelum minum,selawat 3x,baca al fatihah dan bedoa " Ya Allah,izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan sempurna.Ampunkanlah segala dosa dan ringankanlah kesakitan ini "
  3. Kalau ada minyak selusuh,sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut,pankal peha,peha dan pinggang.Kemudian selawat dan minum sesudu sambil berdoa"Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan selicin minyak ini.Ampunkanlah segala dosa dan ringankanlah kesakitan ini.
  4. Jangan fokus pada sakit,ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia ini.
  5. Sekiranya contraction makin kerap,mula bernafas cara "Active Stage Breathing "
  6. Banyakkan zikir doa Nabi Yunus dalam perut ikan Yu.. "La ila Hailla Anta Suhhaa Naka Inni Kuntuminalzolimin" dan banyakkan berdoa " Ya Allah permudahkanlan kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhammad S.A.W ke dunia ini"

Actually ida pun tengah praktiskan teknik pernafasan ni.In Sha Allah ida pun bakal melahirkan seorang mujahid tidak lama lagi.Diharapkan apa yang ida kongsikan ini bermanfaat buat ida dan semua ibu hamil yang bakal melahirkan cahaya mata nanti ye.

Bagi ibu-ibu hamil yang ingin dapatkan supplemen Shaklee untuk masa berpantang mahupun supplemen untuk penyusuan boleh hubungi ida ye.In Sha Allah ida akan bagi CONSULTATION,TIPS serta JADUAL MAKAN yang EKSLUSIF buat semua customer ida ye.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanain85@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe



***COD kawasan Bandar Putra Permai, Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment