Wednesday, 10 June 2015

DOA & ZIKIR Membanyakkan Susu Ibu.

Assalammualaikum semua. Salam bersiaran lagi. Tidak dinafikan dalam menjayakan penyusuan susu ibu banyak perkara yang perlu ibu-ibu mahupun bapa-bapa pelajari. Yelah nak bagi yang terbaik buat simanja kita bukanlah semudah ABC kan. Entri kali ini ida kongsikan pula anta Doa dan Zikir yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu dalam usaha unruk membanyakkan susu ibu. Dalam pada itu semoga doa serta zikir ini akan menjadikan anak yang kita susui soleh dan solehah. In Shaa Allah.



1. DOA

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini penuhilah dengan rahmatmu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku".

Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.

2. ZIKIR

  • Zikir Ya Matin (70x) setiap malam dan subuh. Hembuskan pada air dan buat minuman.

3. SURAH AL-HUJURAT & AL KAUTHAR

  • Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.


4. AYAT DARI SURAH AL-BAQARAH, Ayat ke 60



Maksud ayat :-

" Dan (ingatlah ) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmmu ", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak ( di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing, (Dan Kami berfirman ): " Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan benana di muka bumi."

5. SOLAT SUNAT DHUHA

  • Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3 kali semasa sujud akhir.


" Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMMua, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah , jika rezekiku masih dilangit turunkanlah dan jika di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, kecantikan, kekuatan,kekuasaanMu,limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMU yang soleh.

Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa Dhuha ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua ibu-ibu bagi menjayakan penyusuan susu ibu bersama bayi anda. Ida doakan yang terbaik buat semua. Enjoy your Breastfeeding Journey & Happy Pumping.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

0 comments:

Post a Comment