Bagi yang biasa dengan pengambilan supplemen @ vitamin pasti anda akan disarankan dengan pengambilan air sebanyak 3 liter sehari kan. Begitu juga dengan customer yang beli supplemen dengan ida akan ida sarankan perlu ambil sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. Dan adalah lumrah setiap kali disarankan begitu pasti ada customer yang akan mengutarakan soalan begini :-
Tak kembung ke minum air sampai 3 liter sehari?
Macam mana nak habiskan 3 liter sehari?
Minum air 3 liter sehari nanti asyik ke tandas lah ?
Ini antara persoalan yang sering diajukan kepada ida. jadi hari ini ida kan kongsikan tips kepada anda semua macam mana nak minum air 3 liter sehari supaya anda tidak rasa terbeban. Semoga [erkongsian ini bermanfaat kepada semua ye.
- Minum 1-2 gelas air masak sebaik bangun dari tidur. Minum air masak dipagi hari dapat membantu sistem perlawasan tubuh entegarkan dan menjadikan wajah kelihatan berseri.
- Minum 1 gelas air masak satut jam sebelum tidur
- Ambil vitamin @ supplemen bersama 2 gelas air
- Minum 1 gelas air setengah jam sebelum makan. ia dapat membantu mengelakkan makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin menguruskan badan.
- Minum 1 gelas air selepas ke tandas
- minum 1-2 gelas air sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.
- Letakkan sebotol air masak ditepi katil untuk mmemudahkan minum air apabila terjaga di waktu malam terutama bagi ibu-ibu menyusu.
- Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak atau bercuti. Jadi bila-bila masa boleh minum.
- Minum air masak apabila terasa lapar atau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.
- Sukat pengambilan air secara detail. Kadang kala kita rasa seperti sudah minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.
Mudahkan cara untuk kita minum 3liter sehari air masak. Tidak dinafikan mula-mula akan ada kesukaran tetapi jika diamalkan secara konsisten In Shaa Allah tidak akan menjadi bebanan lagi. Jom kita minum air masak dengan banyaknya.
Ingin baca entri-entri menarik sebelum ini boleh klik link dibawah ini:-
- Ketahui Saiz Perut Bayi Anda
- 4 TEKNIK Untuk Mencairkan Susu Ibu
- Ketahui Tempoh Masa Penyimpanan Bagi Susu EBM.
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?
Boleh hubungi ida:-
Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
PM Admin : Ida Umielman di Facebook
Email : nurelmanamani@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe
***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya
0 comments:
Post a Comment