Ok entri hari ini nak cerita pasal anak dara ida. Semua dah tau siapakan. Ain lah siapa lagikan. Hari 2hb Jun 2015 genaplah Ain 4 bulan. Sekejap je masa berlalu anak syurga ini dah besar. Umi macam rasa bermimpi lagi Ain dah 4 bulan tau. Detik-detik ketika lahirkan Ain masih umi dapat bayangkan. Dan Alhamdulillah sepanjang 4 bulan di pinjamkkan anak syurga ini olehNya Ain membesar dengan sihatnya. Alhamdulillah masih sepenuhnya dengan susu ibu. Itulah yang umi harapkan Ain membesar dengan elok berbekalkan susu ibu yang umi berikan. So far sekarang Ain dah pandai nak tolak badan dia untuk mengerengkan badannya. Cepat betul Ain nak mengereng ye. Dah pandai senyum-senyum bila orang agah-agah. Boleh cair bila tengok Ain senyum. Boleh tergelak besar bila abg Elman buat lawak depan dia. Macam faham je tapi part tulah paling umi dan ayah akan rindui.
Ni lah dia Nur Ain Zahra 4 bulan:-
Progress Ain :-
Berat : 5.8 kg
Panjang : 62 cm
Umi doakan Ain membesar dengan sihat ye sayang. Umi , ayah dan abg Elman sayang Ain ketat-ketat. Semoga umi dapat terus menyusukan Ain dengan susu umu sepenuhnya ye.
Itulah coretan serba sedikit buat anak syurga ida Nur Ain Zahra Mohd Fuad. Nanti ida cerita pula tentang abang Elman yang makin banyak keletahnya.
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?
Boleh hubungi ida:-
Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363
Email : nurelmanamani@gmail.com
Pages : www.facebook.com/UmielmanShoppe
***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya
0 comments:
Post a Comment