Wednesday 1 April 2015

Apa itu Susu Ibu dan Bagaimana Susu Ibu Terhasil ?

Salam bersiaran semua,

Susu ibu adalah satu perkataan yang sangat sinonim didengari.Dan menjadi fenomena sekarang dimana ramai pasangan ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata berlumba-lumba untuk memberi si manja mereka dengan susu ibu.Susu ibu adalah susu yang terbaik buat si manja sejak hari pertama ia dilahirkan.Pasti juga ada yang ingin tahu apakah yang dikatakan dengan susu ibu itu dan bagaimana pula susu ibu boleh terhasil.



Apa itu Susu Ibu ?

Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelejar mammari ibu yang yerletak dalam payudara.Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi.Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula. Ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun, (Sumber)

Anatomi Buah Dada / Payudara.

Payudara terdiri daripada tisu kelenjar,tisu penghubung dan tisu adipos

Tisu kelenjar:-
  • Tisu ini menghasilkan susu. Susu yang dihasilkan bergerak melalui tiub-tiub halus menuju ke puting. Sebelum sampai ke puting , tiub-tiub halus ini menjadi lebih besar dan dipanggil lactiferous sinuses. Disinilah susu berkumpul.
Tisu Penghubung:-
  • Menyokong buah dada
Darah:-
  • Membekalkan nutrien kepada tisu buahdada
Limfa:-
  • Mengeluatkan bahan buangan dari buahdada
Tisu Adipos:-
  • Melindungi buahdada dari kecedaraan
Saraf:-
  • Menyebabkan payudara sensitif terhadap sentuhan dan hisapan bayi.Sentuhan dan hisapan bayi ini merangsangkan perembesan hormon-hormon yang meyebabkan pengaliran dan penghasilan susu.
Bagaimana Susu Ibu Terhasil?


Kilang susu dinamakan sebagai alveoli.Sel alveoli ini bertindak sebagai kilang yang mengeluarkan susu.Sekumpulan alveoli dipanggil lobule.Dan sekumpulan lobule dipanggil lobe  di mana ia disambungkan kepada duktus yang bertanggungjawab menyalurkan susu ke puting payudara.

Setiap payudara berupaya mengeluarkan antara 15-20 lobe di mana setiap lobe mempunyai duktus susunya tersendiri.

Hormon prolaktin membantu alveoli ini menyerap protien, gula dan lemak melalui salur darah untuk menghasilkan susu.

Prolaktin dan oxytocin adalah 2 hormon yang sangat penting dalam penghasilan susu ibu.Jom ketahui apa itu hormon prolaktin dan oxytocin ini.

Apa itu Hormon Prolaktin dan Hormon Oxytoxin


Hormon Prolaktin
  • Dirembeskan oleh kelenjar pituitari yang terletak di otak
  • Menyebabkan sel tisu kelenjar dipayudara menghasilkan susu
Setiap kali bayi menghisap dipayudara,hujung saraf yang terdapat diputing ibu akan terangsang, impuls akan dihantar ke otak dan kelenjar pituitari merembeskan Prolaktin ke dalam darah. Darah membawa Prolaktin ke payudara dan menyebabkan susu terhasil.Prolaktin hanya berfungsi selepas bayi menghisap dan menyediakan bekalan susu untuk penyusuan seterusnya.

Keseluruhan proses daripada rangsangan di puting hinggalah penghasilan susu dipanggil Refleks Penghasilan Susu dan Refleks Prolaktin

Proses penghisapan adalah sangat penting dalam penghasilan susu.
Bayi banyak menghisap ,banyaklah susu akan terhasil.
Bayi kurang menghisap,kuranglah susu akan terhasil.
Prolaktin juga melambatkan aktiviti ovari,dengan itu ibu yang menyusu akan lambat kedatangan haid semula.

Hormon Oxytoxin

Dirembeskan oleh bahagian posterior kelenjar pituitari,Apabila bayi menyusu saraf terangsang dan menghantar impuls ke otak.Hasilnya Oxytoxin dibebaskan ke dalam darah dan dibawa ke payudara.Oxytoxin bertindak ke atas otot-otot yang terdapat  di sekeliling tiub-tiub halus  dan lactiferous sinuses. Otot-otot ini memberi tekanan kepada tiub dan menolak susu keluar. Oxytoxin bertindak untuk penyusuan kali itu sahaja.Proses-proses yang disebut di atas dipanggil " Refleks Oxytoxin".

Refleks Oxytoxin adalah lebih kompleks dari refleks prolaktin kerana ia melibatkan perasaan dan fikiran ibu. Jika ibu mendengar tangisan bayi atau teringatkan bayinya , kelenjar pituitari mungkin merembeskan Oxytoxin. Ini menyebabkan susunya akan mengalir. Apabila ibu mempunyai masalah yang menyebabkan ibu risau , sakit atau mula Oxytoxin tidak dibebaskan dan susu tidak mengalir dengan lancar.

Oxytoxin  juga menyebabkan dinding rahim mengecut dan mengeluarkan uri dari rahim.Jika ibu memberi susu kepada baik sebaik sahaja selepas kelahiran,pendarahan akan berhenti dengan cepat.

Ibu yang baru melahirkan anak akan merasa sensasi pengecutan rahim yang kuat apabila menysu.Perkara ini adalah normal dan akan berakhir.

( Sumber 1) & (Sumber 2 )

Semoga info ini berguna dan bermanfaat kepada semua ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan bersama si manja mereka sehingga 2 tahun.Amin.

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya


0 comments:

Post a Comment