This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, 30 April 2015

SET BERPANTANG SHAKLEE Pilihan Hatiku...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Semakin hari semakin ramai ibu-ibu yang memilih untuk berpantang dengan Set Berpantang Shaklee. Ida pun memilih berpantang dengan Set Berpantang Shaklee dan Alhamdulillah dengan set ini ia amat membantu ida ketika berpantang. Nak tahu kisah ida berpantang boleh lah klik link di bawah ini. Mana tau ada yang tertinggal entri tersebut (budget femes sangat hihihihi).

Ida pasti ramai yang akan jatuh cinta dengan Set Berpantang ini selepas menggunakannya pertama kali.

Entri kali ini ida kongsikan pula fungsi bagi setiap vitamin yang terdapat dalam Set Berpantang Shaklee ini. Di dalam Set Berpantang Shaklee ini terdiri daripada ESP, Vita Lea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix dan Zinc Complex.



Fungsi Vitalea

  • Multivitamin terbaik yang lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh
  • Membantu ibu-ibu yang berpantang makan mendapat zat nutrisi sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang
  • Mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa bersalin
  • Membantu mengekalkan zat besi di dalam susu ibu pada paras yang selamat (untuk keperluan bayi di bawah 6 bulan)
  • Memberi stamina dan tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi
Fungsi B Complex

  • Kumpulan Vitamin B yang sangat penting dalam menjaga kesihatan saraf
  • Memberi tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi
  • Membantu mengelakkan ibu dari tekanan / meroyan
  • Meningkatkan tahap metabolisma ibu
Fungsi Vita C


  • Bersifat “Sustained Release” iaitu 100mg Vitamin C dilepaskan setiap jam bagi memenuhi keperluan Vitamin C secara berterusan
  • Membina antibodi tubuh ibu berpantang dan bayi melalui penyusuan susu ibu
  • Membantu penyembuhan luka bersalin dengan cepat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh
Fungsi Zinc Complex

  • Sangat penting untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran
  • Terdapat banyak kandungan zinc di dalam ikan haruan, antara petua orang-orang tua yang membantu penyembuhan luka bersalin
  • Mengelakkan rambut ibu daripada gugur
Fungsi Ostematrix Shaklee



  • Mengandungi kalsium yang merupakan  koponene penting dalam susu ibu selain protien dan air.
  • Membantu ibu mendapat rehat yang berkualiti iaitu tidur lebih lena
  • Melegakan otot dan saraf ibu dan mengelakkan  tekanan bersama B Complex
  • Mengelakkan ibu dari mengalami sakit gigi dan tulang akibat kekurangan kalsium kerana menghasilkan susu ibu
  • Mengandungi magnesium yang membantu ibu daripada sembelit

Fungsi ESP Shaklee



  • Protien sangat diperlukan untuk menghasilkan hormon dalam badan. Bagi ibu menyusu, penghasilan hormon prolaktin dan oxytosin sangat penting bagi menjayakan penyusuan susu ibu
  • Protien adalah komponen utama dalam susu ibu selepas air. Kurang protien boleh menyebabkan masalah kurang susu semasa berpantang
  • Membantu membina dan membaiki sel lantas menggalakkan penyembuhan luka dengan segera
  • Mengenyangkan dan memberi tenaga. Jadi mengelakkan ibu dari makan banyak semasa berpantang lalu mengelakkan kegemukan
Bagi yang berminat nak dapatkan Set Berpantang Shaklee boleh hubungi ida.

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday, 29 April 2015

" 12oz ++ Selepas Seminggu Amalkan Set 3M" ~ Puan Lizz

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Harini nak update entri pasal testimoni Set Penyusuan 3M Shaklee lagi. Kali ini testimoni dari Puan Lizz. Beliau amalkan Set Penyusuan 3M selama 1 minggu secara konsisten dan hasil beliau mengepam selepas seminggu adalah seperti dibawah ini.Hihihihi teruja tak tengok hasil yang beliau peroleh. Dah lah melimpah ruah susu pun nampak lemak berkrim.Sekali pam boleh dapat 12 oz ++.





Alhamdulillah rezeki baby beliau di samping usaha beliau untuk memberi yang terbaik buat bayinya. Dan semakin ramai ibu-ibu memilih untuk mengambil Set Penyusuan 3M ini bagi menjayakan penyusuan susu ibu dengan bayi mereka kerana set ini membekalkan segala nutrisi yang diperlukan oleh badan ibu yang menyusukan anak bagi memastikan ibu sentiasa bertenaga, ceria dan tidak stress semasa dalam fasa penyusuan susu ibu ini. Bila mood ok badan bertenaga barulah susu keluar dengan meriahnya kan.

Ingin mencuba Set Penyusuan 3M ini boleh hubungi ida dan ida akan sertakan tip-tip menarik tetapi hanya untuk customer kesayangan ida sahaja.

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya


Tuesday, 28 April 2015

POWER PUMPING.. Salah Satu Teknik Membanyakkan Susu Ibu..

Assalammualaikum semua,

Penyusuan susu ibu adalah satu perkataan yang sudah tidak asing lagi didengari sekarang. Semua ibu-ibu terdidik dan terdorong untuk menjayakan penyusuan susu ibu kepada bayi mereka yang mana telah diketahui bahawa susu ibu mempunyai 1001 khasiat yang tiada tandingan dengan mana-mana susu-susu yang lain.

Tetapi tidak dinafikan dalam proses sepanjang penyusuan susu ibu ini berlangsung akan berlaku satu keadaan di mana susu akan merudum. Keadaan ini biasanya akan berlaku bagi ibu yang bekerja yang mana kebiasaannya ibu-ibu ini akan alami keadaan kurang rehat,stress,bebanan kerja,emosi terganggu dan lain-lain.

Bila mana keadaan ini berlaku kadar pengeluaran susu ibu juga akan turut teruja. Tetapi ida tak terus stop Elman dengan susu ibu mahupun campur susu Elman dengan susu formula tapi ida cari jalan penyelesaian bagi masalah ini. Pasti ramai nak tahu apa penyelesaiannya kan. Setelah google sana sini ida jumpa satu kaedah iaitu kaedah Power Pumping. Pasti ada yang biasa dengar dan pasti ada yang baru pertama kali dengarkan. Alhamdulillah kaedah ini amat membantu dalam meningkatkan semula pengeluaran susu ida dan Elman dapat menyusu susu ibu sehingga 2 tahun.

Mari kita menambah sedikit lagi ilmu penyusuan ini yang memang amat-amat berguna buat semua ibu-ibu.



Apa itu Power Pumping?

  • Power Pumping adalah satu teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Ianya cara mengepam yang biasa tetapi dengan teknik tertentu.Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu.

Siapa Yang Perlu Lakukan Power Pumping?

  • Ibu yang kekurangan susu berusaha untuk memperbanyakkan semula susu akibat daripada perubahan hormon , period,kurang mengepam dan sebagainya
  • Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semmmula si anak setelah berhanti menyusu susu ibu
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat di mana teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu.

Macam mana Nak Lakukan Power Pumping?

  • Untuk single pam - Pam kanan dulu 10 minit, kemmmudian pam kiri pula 10 minit dan tukar ke kanan 10 minit dan seterusnya bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam
  • Untuk Double Pam - Pam kedua-dua belah payudara serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit rehat 10 minit seterusnya selama 1 jam


Bila masa yang sesuai buat Power Pumping?

  • Boleh buat pada bila-bila masa tetapi waktu yang terbaik adalah dari tengah malam sehingga subuh kerana hormon prolaktin iaitu hormon yang merangsang susu paling banyak dihasilkan pada waktu ini dan ibu juga kurang stress pada waktu ini jadi hormon oksitosin senang disingkirkan.

Bagaimana menyimpan hasil perahan?

  • Pastikan hasil perahan dari disimpan dalam suhu yang sama. ( susu perahan dari setiap kali perahan tersebut mestilah disejukkan dahulu dalam peti sejuk di bahagian bawah dan setelah suhu sama barulah di satukan dalam satu botol dan disimpan dalam deep freezer)

Berapa lama baru nampak hasilnya?

  • Setiap orang adalah tidak sama. Ada yang beberapa kali buat dah nampak perubahan ketara tapi ada juga yang agak lambat tetapi kebiasaanya dalam masa seminggu memang akan ada perubahan ketara. Jadi semua ibu haruslah bersabar dan teruskan mengepam.Jangan sesekali berputus asa.Fikir yang anada lakukan ini untuk bayi anda. Fikir positif amatlah penting dan jangan ingat buat sekali terus dapat susu banyak yang mencurah-curah.Mungkin pada awalnya hanya setitik dua ataupun hanya 'mengepam angin' sahaja.Yang lebih penting jangan putus asa,sentiasa bersoa dan bertawakal kepada Nya.

Dah buat Power Pumping tapi susu masih sedikit?

Tidak dinafikan memang ada ibu yang sudah berusaha tapi penghasilan susu masih sedikit. Kenapa jadi begini? Cuba periksa diri anda :-

  1. Pemakanan yang tidak seimbang
  2. Pengambilan air yang tidak cukup (minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari)
  3. Ibu sentiasa kurang bertenaga , tidak sihat dan sentiasa penat
  4. Pemikiran negatif dan emosi sentiasa tidak stabil.


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Monday, 27 April 2015

.... 4 Hari Makan Set 3M, Dapat Kumpul Stok 38 oz ~ Acik

Assalammualaikum. Ibu mana yang tidak gembira bila dapat menyusukan bayi mereka sedari lahir dengan susu ibu. Dan semakin ramai juga ibu-ibu yang mengambil inisiatif untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu sahaja sehingaa 2 tahun. Alhamdulillah kerana susu ibu adalah susu yang terbaik buat si manja kita.

Entri kali ini ida kongsikan lagi testimoni dari customer yang mengamalkan Set Penyusuan 3M Shaklee. Memang tidak dinafikan Set Penyusuan 3M Shaklee memang mendapat perhatian sekarang bagi ibu-ibu yang dalam fasa menjayakan penyusuan dengan si manja mereka. Tapi bukanlah maksud ida semua ibu-ibu makan Set Penyusuan 3M terus susu ibu memancut-mancut ye. Perlu juga ibu-ibu fahami konsep penyusuan itu sendiri iaitu Demand & Supply. Ia turut disertai dengan beberapa tip-tip penyusuan yang penting. Nak tahu apa kenalah dapatkan Set Penyusuan 3M dari ida kan hihihihi.

Jom ikuti kisah Puan Acik yang mengamalkan Set Penyusuan 3M:-



Dengan bantuan Set Penyusuan 3M yang diamalkan secara konsisten walaupun baru 4 hari beliau sudah mampu dapatkan stok susu EBM buat simanja beliau sebanyak 38 oz Wow menarikkan pasti ramai yang teruja dan bersemangat tengok stok susu EBM Puan Acik ni kan. Kat bawah ni belia kongsikan juga gambar stok susu EBM beliau.



 Pasti ramai yang teruja nak dapatkan Set Penyusuan 3M ni kan. Nak tahu juga tip-tip bagi menjayakan penyusuan susu ibu boleh hubungi ida. Ida akan sertakan tip-tip ini dengan setiap pembelian Set Penyusuan 3M Shaklee ini. Mari kita sama-sama menjayakan penyusuan susu ibu bersama si manja kita.

Nak baca kisah-kisah ibu menyusu yang mengamalkan Set Menyusu Shaklee & Set Penyusuan 3M boleh klik link dibawah ini:-

  1. Set Penyusuan 3M " Deep Freezer Penuh Dengan Stok Susu EBM & Si Abang turut Tumpang Sekaki Stok EBM" - Puan Anne
  2. Dengan Set Menyusu Shaklee ....... Susu Ibu Semakin Banyak & Lemak Berkrim  ~ Puan Alifah.
  3. Set Penyusuan 3M - Terbuka Hati Beli Set 3M Selepas Melihat Stok Susu EBMku Didalam Deep Freezer.

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Friday, 24 April 2015

Dengan Set Menyusu Shaklee ...Bayi Dan 7 Bulan Masih Rasa Bengkak Susu dan Badan Tetap Bertenaga ~ Puan Zab

Assalammualaikum semua,

Dalam menjayakan penyusuan susu ibu dengan si manja anda konsep asas penyusuan susu ibu iaitu DEMAND & SUPPLY perlulah di fahami oleh semua-semua ibu-ibu. Ini kerana walau bagaimana banyak supplemen untuk memperbanyakkan susu ibu pun kita ambil tetapi konsep dimana Semakin Banyak Permintaan Semakin Tinggi Pengeluaran tidak difahami pasti pengeluaran susu ibu kita pada tahap biasa sahaja.

Selain itu ibu-ibu semua perlulah amalkan perkara-perkara di bawah ini :-
  • Minum sekurang-kurangnya 3 liter air kosong 
  • Pam 2@ 3 jam sekali secara konsisten
  • BerDoa dan Bertawakal kepadaNya

Kali ini ida kongsikan pula cerita Puan Zabrina yang turut mengamalkan Set Menyusu Shaklee.Jom ikuti kisah beliau:-


Alhamdulillah setelah mengamalkan Set Menyusu Shaklee secara konsisten, beliau masih dapat menyusukan anak beliau yang berumur 7 bulan dengan susu ibu.Selain itu beliau sentiasa rasa bertenaga untuk melatih anak murid beliau hand ball walaupun tidak mempunyai rehat yang cukup. 

Dibawah ini pula beliau kongsikan gambar stok susu EBM si manja beliau.




Itu apa yang dikongsikan Puan Zabrina yang mengamalkan Set Menyusu Shaklee secara konsisten. Dan Alhamdulillah Set Menyusu Shaklee banyak membantu dalam beliau menjayakan penyusuan susu ibu disamping menambah baik tahap kesihatan beliau.

Itu kisah Puan Zabrina dalam menjayakan penyusuan susu ibu, bagaimana pula dengan anda. Ingin mencuba Set Menyusu Shaklee, boleh hubungi ida:-


Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya

Thursday, 23 April 2015

Ketahui Teknik Lekapan Yang Betul ketika Penyusuan Bersama Si Manja.

Salam bersiaran semua,

Bagi setiap ibu yang dalam fasa penyusuan bersam si manja perlu mengetahui teknik lekapan yang betul ketika bayi anda menyusu.Teknik lekapan ini penting bukan kepada bayi sahaja malah kepada si ibu juga. 4 sebab kenapa teknik lekapan yang betul penting ialah :-

1. Supaya bayi mendapat susu foremilk dan hindmilk, susu awal dan akhir
Untuk mendapatkan susu, bayi perlu melekap dengan betul dan sempurna pada payudara ibu. Jika tidak, bayi tidak akan mendapat susu dan ibu juga akan berasa sakit ketika proses penyusuan sedang berlaku. Sekiranya itu berlaku, bermakna ibu ada masalah latch on dan ibu digalakkan belajar daripada jururawat atau doktor yang pro-breastfeeding ataupun berjumpa dengan mana-mana kaunselor laktasi.

2. Untuk mengelakkan ibu daripada mengalami payudara melecet atau luka, payudara sakit dan bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan dengan betul

Apabila ibu berasa sakit semasa menyusukan bayi, itu bermakna cara pelekapan ibu tidak betul. Ini kerana bayi anda hanya menghisap puting dan tidak areolanya. Kebanyakan ibu membuat kesilapan dengan hanya memberikan bayinya puting sahaja. Ini boleh membuatkan payudara ibu luka, melecet atau berdarah. Selain itu, ibu juga boleh mengalami bengkak susu kerana susu tidak dikeluarkan dengan betul. Ini terjadi jika kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, payudara ibu akan jadi padat dengan susu. Payudara ibu akan mula terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.

3. Membantu meransang pengeluaran susu ibu dengan lancar

Sekiranya bayi melekap dengan betul, bayi akan mendapat susu dengan sempurna dan ibu juga tidak akan mengalami kesakitan. Payudara ibu juga dapat dikosongkan dan dan boleh merangsang kepada penghasilan susu yang lebih banyak. Pastikan juga bayi menghisap lama di sesuatu belah buah dada untuk merangsangkan pengeluaran susu sebelum menukarkannya k esebelah lagi. Ibu juga harus menyusukan bayi kedua-dua belah buah dada.

4. Untuk mengelakkan ibu dan bayi berasa letih dan frust serta ibu akan mendapat rehat cukup

Apabila ibu mengetahui cara pelekapan yang betul, si comel anda pasti berasa kenyang. bayi yang kenyang dan mendapat susu ibu yang cukup tidak mudah meragam dan membantu bayi anda berasa lebih tenang dan gembira. Ibu juga akan mendapat rehat yang cukup bila si comel anda tidak meragam. Paling penting sekali, emosi ibu dapat dirasai oleh bayi. Rasa tenang, gembira dan yakin mampu melancarkan penghasilan susu yang lebih 'lumayan'.

Teknik Lekapan Ibu Dan Bayi Yang Betul

Berikut adalah tips-tips dan teknik mengajar bayi yang baru lahir untuk memulakan penyusuan susu ibu dengan betul :-



1. Pastikan ibu dan bayi berada dalam kedudukan dan posisi yang selesa. Kemudian letakkan bantal di belakang ibu sekiranya perlu. Ibu juga boleh meletakkan batal di atas peha supaya kedudukan bayi berada di tahap yang sama dengan payudara ibu.

2. Pastikan bayi anda dalam keadaan yang aktif dan tidak mengantuk. Sekiranya bayi anda meragam ataupun menangis, tenangkan bayi terlebih dahulu.

3. Bayi dapat melekap dengan selesa seandainya badan bayi berada di posisi yang betul. Pastikan anda menyokong keseluruhan badan (belakang) bayi. Mengiringkan badan bayi anda menghadap ibu dan muka bayi menghadap payudara ibu.

4. Mulakan pelekapan :-

i-  Bawa bayi anda kepada payudara anda tetapi bukan payudara kepada bayi. Jangan bongkokkan badan anda dan anda seharusnya berada dalam keadaan yang tenang dan relax.

ii-  Sentuh mulut bayi dengan puting atau jari agar bayi mula membuka mulut. Tunggu sehingga bayi membuka mulut seluas mungkin.

iii- Masukkan puting dan gerakkan badan bayi rapat ke arah payudara.

iv- Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar aerola payudara. Aerola adalah kawansan gelap di sekeliling puting ibu. Sekiranya breast kecil selalunya aerola pun kecil, jadi mungkin keseluruhan aerola akan masuk ke dalam mulut bayi.



v- Pastikan bayi lekap / latching payudara anda dengan betul dan ampu payudara anda dengan menggunakan tangan anda.

vi- Pelekapan yang betul akan menyebabkan bibir bayi anda menjadi seperti 'mulut ikan'. Di payudara anda, bibir atas dan bawah akan 'melentik keluar'. Puting anda juga sepatutnya menyentuh lelangit lembut dan bukannya lelangit keras bayi.



vii- Sekiranya pelekapan tidak betul dan sempurna, lepaskan semula bayi daripada payudara dengan memasukkan jari kelingking ke dalam mulut bayi. Ulang semula proses lekapan sehingga bayi lekap dengan cara yang betul. Pelekapan yang tidak betul akan menyebabkan puting anda melecet selepas 1-2 kali


viii- Pelekapan yang sempurna akan menjadikan dagu bayi akan menyentuh payudara ibu. Pipi bayi akan bulat dan anda boleh melihat bayi anda menggerakkan keseluruhan rahangnya. Anda akan rasa bayi menghisap payudara anda dan mendengar sedikit bunyi bayi anda menyusu. Hidung bayi anda juga mungkin akan tertutup sedikit dengan payudara anda. Jangan risau, pastikan ada sedikit ruang untuk bayi anda bernafas (sebelah lubang hidung pun sudah memadai). Seandainya bayi anda kelihatan agak struggle, kemaskan posisi kedudukan bayi anda.


Semoga info yang ida kongsikan ini memberi manfaat kepada semua ibu-ibu menyusu ye.

Bagi yang  berminat nak dapatkan Set Penyusuan 3M Shaklee,Set Menyusu Shaklee mahupun produk Shaklee boleh hubungi ida ye:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday, 22 April 2015

Set Penyusuan 3M... 2 bulan Berpantang Penuh 1 Deep Freezer Dengan Stok Susu EBM ~ Puan Jaja

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog kesayangan ida ini.Masih juga diberi kesempatang untuk berkongsi cerita-cerita menarik serta info-info berguna buat semua pembaca setia blog ida ni.

Entri kali ini ida nak kongsikan pula kisah Puan Jaja bersama Set Penyusuan 3M Shaklee. Pasti ramai akan teruja bila melihat stok susu EBM Puan Jaja di bawah ini.


Kata Puan Jaja ini adalah stok susu EBM buat puteri beliau Alyaa. Ini adalah hasil yang dikumpul sepanjang berpantang. 


Dalam Set Penyusuan 3M terdapatnya ESP , Vitamin C , Vita Lea , B Complex , Ostematrix dan Alfalfa. Setiap vitamin ini mempunyai fungsi yang tersendiri.

Vitalea (Multivitamin)
  • Membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan ibu dan bayi
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan atau merawat anemia

B Complex
  • Membekalkan tenaga dan mengelakkan kelesuan
  • Mengurangkan tekanan emosi dan mengawal stress
  • Melancarkan fungsi saraf
  • Meningkatkan seri wajah


Vitamin C
  • Meningkatkan sistem keimunan badan ibu dan bayi
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
  • Mengawal tekanan darah

Alfalfa Complex
  • Bertindak sebagai penggalak susu
  • Membantu mengatasi masalah alahan dan ekzema
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Bertindak sebagai pelawas



Ostematrix (Kalsium)
  • Menguatkan tulang,kuku,gusi dan gigi
  • Membantu pengangkuan nutrien
  • Menggalakkan tidue lena di malam hari
  • Menenangkan saraf



ESP (Protein)
  • Membantu melancarkan penyusuan
  • Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu yang lebih pekat,berkrim dan banyak agar baby cepat kenyangan 
  • Menganjalkan kulit
  • Memastikan kesihatan ibu dan bayi berada pada tahap optimum


Sumber sini

Bagi ibu yang bekerja stok EBM perlulah dikumpul sedari dalam pantang lagi. Ini kerana masa berpantang kita punya lebih masa untuk mengepam dan dengan ini akan menggalakkan lagi pengeluaran susu ibu.Jadi ibu-ibu yang bekerja perlulah berusaha bersungguh-sungguh semasa dalam pantang untuk membuat stok EBM buat si manja apabila anda sudah kembali bekerja.

Berminat untuk dapatkan Set Penyusuan 3M  boleh hubungi ida :-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Bandar Kinrara , Puchong dan kawasan sekitarnya