This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday, 2 June 2015

Nur Ain Zahra 4 Bulan Sudah...

Assalammualaikum semua,

Ok entri hari ini nak cerita pasal anak dara ida. Semua dah tau siapakan. Ain lah siapa lagikan. Hari 2hb Jun 2015 genaplah  Ain 4 bulan. Sekejap je masa berlalu anak syurga ini dah besar. Umi macam rasa bermimpi lagi Ain dah 4 bulan tau. Detik-detik ketika lahirkan Ain masih umi dapat bayangkan. Dan Alhamdulillah sepanjang 4 bulan di pinjamkkan anak syurga ini olehNya Ain membesar dengan sihatnya. Alhamdulillah masih sepenuhnya dengan susu ibu. Itulah yang umi harapkan Ain membesar dengan elok berbekalkan susu ibu yang umi berikan. So far sekarang Ain dah pandai nak tolak badan dia untuk mengerengkan badannya. Cepat betul Ain nak mengereng ye. Dah pandai senyum-senyum bila orang agah-agah. Boleh cair bila tengok Ain senyum. Boleh tergelak besar bila abg Elman buat lawak depan dia. Macam faham je tapi part tulah paling umi dan ayah akan rindui.

Ni lah dia Nur Ain Zahra 4 bulan:-



Progress Ain :-

Berat : 5.8 kg
Panjang : 62 cm

Umi doakan Ain membesar dengan sihat ye sayang. Umi , ayah dan abg Elman sayang Ain ketat-ketat. Semoga umi dapat terus menyusukan Ain dengan susu umu sepenuhnya ye.

Itulah coretan serba sedikit buat anak syurga ida Nur Ain Zahra Mohd Fuad. Nanti ida cerita pula tentang abang Elman yang makin banyak keletahnya.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya




Monday, 1 June 2015

TIPS Minum Air Masak 3 Liter SEHARI.


Bagi yang biasa dengan pengambilan supplemen @ vitamin pasti anda akan disarankan dengan pengambilan air sebanyak 3 liter sehari kan. Begitu juga dengan customer yang beli supplemen dengan ida akan ida sarankan perlu ambil sekurang-kurangnya 3 liter air sehari. Dan adalah lumrah setiap kali disarankan begitu pasti ada customer yang akan mengutarakan soalan begini :-

Tak kembung ke minum air sampai 3 liter sehari?
Macam mana nak habiskan 3 liter sehari?
Minum air 3 liter sehari nanti asyik ke tandas lah ?

Ini antara persoalan yang sering diajukan kepada ida. jadi hari ini ida kan kongsikan tips kepada anda semua macam mana nak minum air 3 liter sehari supaya anda tidak rasa terbeban. Semoga [erkongsian ini bermanfaat kepada semua ye.


  1. Minum 1-2 gelas air masak sebaik bangun dari tidur. Minum air masak dipagi hari dapat membantu sistem perlawasan tubuh entegarkan dan menjadikan wajah kelihatan berseri.
  2. Minum 1 gelas air masak satut jam sebelum tidur
  3. Ambil vitamin @ supplemen bersama 2 gelas air
  4. Minum 1 gelas air setengah jam sebelum makan. ia dapat membantu mengelakkan makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin menguruskan badan.
  5. Minum 1 gelas air selepas ke tandas
  6. minum 1-2 gelas air sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.
  7. Letakkan sebotol air masak ditepi katil untuk mmemudahkan minum air apabila terjaga di waktu malam terutama bagi ibu-ibu menyusu.
  8. Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak atau bercuti. Jadi bila-bila masa boleh minum.
  9. Minum air masak apabila terasa lapar atau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.
  10. Sukat pengambilan air secara detail. Kadang kala kita rasa seperti sudah minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.


Mudahkan cara untuk kita minum 3liter sehari air masak. Tidak dinafikan mula-mula akan ada kesukaran tetapi jika diamalkan secara konsisten In Shaa Allah tidak akan menjadi bebanan lagi. Jom kita minum air masak dengan banyaknya.

Ingin baca entri-entri menarik sebelum ini boleh klik link dibawah ini:-





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya


Friday, 29 May 2015

4 TEKNIK Untuk Mencairkan Susu Ibu

Assalammualaikum semua,



TAHUKAH ANDA

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Jadi bagaimana semua mommies-mommies mengendalikan perahan susu ibu anda. Jangan dalam kita cuba untuk memberi yang terbaik kepada si manja kita membuatkan kita terlepas pandang akan perkara ini. Jadi hari ini mari kita menambah lagi ilmu penyusuan susu ibu supaya si manja kita mendapat yang terbaik dari susu ibu.

CARA PERTAMA : MENCAIRKAN SUSU IBU DI DALAM PETI SEJUK

cara pengurusan ebm, kelebihan susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet susu ibu terhasil, kebaikan susu ibu, apa itu kolustrum? beza foremilk dan hindmilk, proses keluarkan susu ibu, set penyusuan shaklee, susu ibu kurang, punca susu ibu kurang, cara tambah susu ibu, pil tambah susu ibu, set penyusuan shaklee super bajet, cara panaskan susu ibu

  1. Alihkan susu ibu dari freezer ke peti sejuk. Cairkna susu ibu beku sebelum ianya rosak. Boleh gunakan teknik FIFO ( First In , First Out). Juga labelkan tarikh dan masa pada susu ibu yang disimpan.Ini akan menjadikan urusan simpanan susu ibu menjadi lebih baik.
  2. Letakkan susu ibu beku berhampiran dengan pintu  bagi proses pencairan. Ini kerana suhunya yang lebih hangat.
  3. Cairkan pada waktu malam sebelum diguna pada esok harinya. Susu ibu mengambil masa 8 jam untuk cair sepenuhnya. Buka dan kacau perlahan untuk lihat susu cair sepenuhnya. Jika masih terdapat ketulan beku, masukkan semula ke dalam peti sejuk dan biarkan ia mencair lengkap atau lalukan di bawah air paip untuk cairkannya.
  4. Sebaiknya guna susu ibu yang telah cair secepat mungkin. Jika tak digunakan boleh terus disimpan dalam peti sejuk sehingga 5 hari (tanpa keluarkan dari peti ais).  Alihkan atau jauhkan susu tersebut dari pintu peti sejuk. Bagi mendapatkan suhu yang lebih sejuk.

CARA KEDUA : TEKNIK AIR MENGALIR




  1. Letakkan susu ibu beku dibawah tapa air yang sejuk. Suhu perlu lebih sejuk sedikit dari suhu bilik. Menggunakan air yang sejuk pada awalnya akan meningkatkan suhu susu ibu secara berperingkat. Jika terus diletakkan di bawah air panas berkemungkinan akan merosakkan enzim- enzim penting dalam susu ibu. Goyangkan susu ibu untuk lihat susu telah cair dengan lengkap.
  2. Perlahan-lahan naikkan suhu tap air yang sedang mengalir pada susu ibu yang telah cair tadi. Ubah susu dari sejuk ke suhu bilik kemudian pada suhu yang hangat dan akhirnya suhu panas. Ini akan memelihara susu ibu dari rosak.

NOTA 1 : Berhenti panaskan susu ibu jika wap mula kelihatan. Susu yang terlalu panas boleh menyebabkan mulut bayi melecur.
NOTA 2 : Susu ibu yang sedikit sejuk adalah selamat diminum oleh bayi. Tapi jika bayi sedikit cerewet panaskan susu pada suhu bilik.

Jika menggunakan Refrigerator Defrosing ( Mencairkan Di Dalam Peti Sejuk )  tidak perlu letak susu ibu di bawah air sejuk. Terus alirkan air yang hangat bagi memanaskan susu ibu
Goyangkan susu perlahan-lahan bagi meratakan suhu. Atau boleh gunakan sudu untuk kacau perlahan.

CARA KETIGA : RENDAMKAN DALAM AIR SUAM


  • Panaskan air di dalam bekas (seperti saucepot). Nyalakan api sederhana. Tutupkan api jika air sudah mula mengeluarkan wap @  sebelum air mula mendidih. Angkat dan alihkan bekas tersebut. Elakkan guna air yang mendidih.


AMARAN : JANGAN TUANGKAN SUSU IBU CAIR DAN PANASKAN TERUS DI ATAS API

  • Rendamkan terus bekas susu ibu ke dalam air yang telah dipanaskan. Atau jika agak ragu pegang bekas susu tanpa jejaknya ke dalam bekas air yang telah dipanaskan. Boleh terus panaskan susu ibu yang beku atau sejuk menggunakan cara ini.
  • Akhir sekali, goyangkan botol susu perlahan- lahan atau kacau dengan sudu untuk ratakan suhu.

CARA KEEMPAT : GUNA WARMER (PEMANAS)



  • Cara yang paling mudah dan ringkas. Baca manual sebelum menggunakan warmer. Warmer ini juga boleh digunakan untuk memanaskan makanan anak jika sudah mula makan.
  • Ada 2 jenis warmer iaitu yang menggunakan air atau wap untuk memanaskan susu ibu. Letakkan botol susu ibu ( yang telah cair). Kemudian set kan suhu yang bersesuaian mengikut manual.
  • Bunyi atau lampu akan menyala

TIPS PENTING:

  1. Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).
  2. Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  3. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam.
  4. Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.
  5. Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
  6. Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.



TIDAK BOLEH:



1. TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.


2. TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
3. TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.

Kredit Info 

Di harapkan perkongsian ini dapat membantu semua mommies-mommies terutama yang baru pertama kali bergelar ibu mahupun bapa dan baru dengan dunia penyusuan susu ibu ini.





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday, 27 May 2015

Happy Birthday Nur Muhammad Elman Hafiy , Zill Qayyim dan Zill Qaid.

Assalamualaikum semua,

Hari ini entri juz nak kongsi gambar sekitar majlis Hari Jadi Abg Elman dengan sepupunya Zill Qayyim dan Zill Qaid. Majlis ini berlangsung di Taman Wetland Putrajaya. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tapi masa ni umi tak bape sihat jadi tak bape ada mood tapi gagahkan juga diri demi anak syurga ini. Theme nya Spiderman. Ida amat berpuas hati dengan Event Management ini. Cantik semuanya.




Ni lah kek untuk 3 hero tu. Cantik pandai akak ni buat.



Tu lah gmbar 3 hero tu .ni deko tang akak tu buat.Memnag shantek


Makanan -makanan yang menarik & sedap. Yummy yummy


Tu yang hujung gambar family kecil kami.
Yang kat bawah tu gambar family akak ipar
Yang ujung lagi satu gambar arash , wife arash & akak yang handle majlis ni





Ada aktiviti untuk kanak-kanak sekali memang best.

Itu lah gambar sekitar Birthday Party 3 Hero tu. So far semuanya berjalan lancar hari tu. Bagi ada yang berminat nak buat Birthday Party untuk si manja ida suggest kan akak ni. Memang cantik dan tersusun semuanya. Boleh pergi klik page beliau iaitu Dream Candy.

Birthday Party ni buat 2 minggu awal sebelum birthday Elman iaitu pada 16hb Mei 2015.

Habis sudah cerita pasal Birthday Party 3 Hero kesayangan ida tu ye.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Monday, 25 May 2015

Ketahui Tempoh Masa Penyimpanan Bagi Susu EBM.

 Assalammualaikum semua. Dalam menjayakan penyusuan susu ibu, semua mommies-mommies perlulah juga mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu ini agar perjalanan penyusuan susu ibu ini menjadi semudah ABC hihihihi.
Entri kali ini ida ingin kongsikan pula  Cara Penyimpanan Susu EBM yang mana ini adalah salah satu ilmu penyusuan yang perlu diambil berat terutama bagi ibu-ibu yang bekerja. Ini kerana apabila ibu akan mula bekerja jadi salah satu cara untuk meastikan bayi sentiasa dapat susu ibu biarpun ibu bekerja adalah dengan memberi bayi dengan susu yang telah dipam.
Tapi bagaimanakah cara anda mengendalikan susu yang sudah diperah ini? Perlu diketahui bahawa susu ibu mempunyai sel hidup.Oleh yang demikian susu ibu yang telah diperah perlulah disimpan dengan cara yang betul untuk memastikan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu juga mempunyai bahan anti bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Jadi hari ini mari kita menambah lagi ilmu tentang penyusuan susu ibu ni ye. Untuk manfaat semua mommies-mommies diluar sana.

Istilah-istilah Penting Susu Ibu Yang Di Perah

  1. EBM - Expressed Breast Milk
  2. Fresh EBM - Susu Yang Baru Diperah
  3. Chilled EBM - Susu yang dah Diperah, disejukkan dibahagian sejuk (bukan beku ). Chilled EBM akan membentuk lapisan ia bukan basi.
  4. Frozen EBM - Susu yang di simpan di tempat beku.

Tempoh Hayat Susu Ibu Yang Telah Dipanaskan.

  1. FRESH EBM ; Tahan 4 jam di dalam suhu bilik atau 8 jam dala bilik beraircond. Tahan 4 jam selepas dipanaskan
  2. CHILLED EBM : Tahan 4 jam selepas dipanaskan, jika anak dah minum perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam kerana air liur telah bercammpur dengan susu.
  3. FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas dipanaskan pastikan anda panaskan mengikut jumlah yang diperlukan anak untuk sekali sesi penyusuan



Penerangan mengikut gambar diatas ini:-

  1. Suhu bilik - susu bertahan selama 4 jam
  2. Cooler bag/box - susu bertahan 12-24 jam
  3. Peti ais bawah 2 pintu - boleh bertahan paling lama 72 jam tetapi seeloknya 48 jam sahaja
  4. Peti ais atas 3 pintu - bertahan paling lama 3- 6 bulan bergantung kepada kekerapan pintu dibuka. Seeloknya selama 3 bulan sahaja
  5. Peti ais 1 pintu - bertahan paling lama 2 minggu sahaja
  6. Deep Freezer -  boleh bertahan 6-12 bulan bergantung kepada kekerapan pintu itu dibuka sebab suhu berubah setiap kali dibuka. Seeloknya selama 6 bulan sahaja.
Jadual di bawah ini pula Cara Penyimpanan Susu bagi BAYI PRAMATANG.


Semua mommies-mommies perlu ambil tahu tentang info ini supaya susu ibu sentiasa terpelihara khasiat dan nutriennya.

Semoga info ini bermanfaat kepada semua mommies-mommies ye. Happy pumping dan enjoy your breasfeeding journey.

Klik link kat bawah ini untuk ketahui info penyusuan yang menarik.



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Friday, 22 May 2015

4 Sebab Bayi Tersedak Susu dan Cara Rawatannya.

BAYI TERSEDAK SUSU.Pasti semua pernah dengar tentang bayi tersedak susu ni kan. Dan kebelakangan ini kes bayi meninggal disebabkan tersedak susu semakin selalu didengari. Sebagai ibu mahupun bapa sedarkah kita betapa bahayanya apabila bayi tersedak susu ni. Jadi hari ini ida nak kongsikan sebab-sebab bayi boleh tersedak susu serta cara rawatan yang boleh diambil bila ketahui bayi tersedak susu.


Sebab-sebab Bayi Tersedak Susu

  1. Apabila seseorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka
  2. Lubang puting botol yang terlalu besar menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur
  3. Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
  4. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah


Cara Yang Betul Memberi Susu Kepada Bayi

  • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 50 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan meyebabkan bayi lemas.
  • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mmengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan pastikan kawasan puting mmasuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
  • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan
  • Selepas menyusu  sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelakkan bayi muntah ketika tidur


Cara Rawatan Sekiranya Bayi Tersedak Susu



  1. Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar
  2. Keluarkan sebarang bendasing di dalam mulut bayi
  3. Duduk dalam keadaan menghadap kehadapan
  4. Tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan
  5. Selain itu, tekan di bahagian perut bayi ketika dibaringkan
  6. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua jari sehingga bayi dapat bernafas semula

Kredit : Info

Semoga perkongsian ini dapat membantu semua ibu-ibu diluar sana. Dan diharapkan dengan info ini dapat kita mengelak bayi dari perkara tak diingin akibat dari tersedak susu.

Ini pula entri tentang cara sendawakan bayi untuk elak tersedak susu.Boleh dipraktikkan juga.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda mahupun orang tersayang?
Ingin menjana pendapatan 4,5 atau 6 angka hanya dari rumah?

Boleh hubungi ida:-

Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya

Wednesday, 20 May 2015

5 KAEDAH Untuk Sendawakan Bayi Anda


Hai mommies-mommies semua. Hari ini ida nak kongsikan pula cara untuk sendawakan bayi selepas menyusu tidak kira samada menyusu badan mahupu minum susu formula.

Nampak seperti tidak penting sendawakan bayi ini tetapi sebenarnya sendawakan bayi anda selepas minum susu adalah sangat penting untuk mengelakkan bayi anda tersedak susu. Sudah banyak kes kita dengar bayi meninggal disebabkan oleh tersedak susu.

Jadi mommies-mommies semua jangan ambil ringan tentang sendawakan bayi ini. Bagi yang masih tidak tahu teknik untuk sendawakan bayi mari kita pelajari teknik sendawakan bayi. Supaya kita menhadi ibu dan bapa yang lebih prihatin terhadap keselamatan anak syurga kita ye.




Dibawah ini penerangan mengikut turutan gambar diatas:-

1. BERSANDAR PADA BAHU
  • Dukung bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepala bayi bersandar pada bahu anda
  • Tepuk perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi sehingga bayi sendawa
  • Posisi ini dilakukan seara berdiri atau duduk di kerusi
  • Bayi mungkin akan jeluak atau termuntah susu jadi jangan lupa als bahu anda dengan sapu tangan kecil
2. DUDUK POSISI TEPI ATAS RIBA
  • Bayi  duduk secara posisi tepi atas riba dan tepuk lembut bahagian belakangnya
  • Bayi duduk di salah satu paha anda dengan membongkokkan sedikit badan bayi
  • Sebebelah tangan tinggikan kepala dan leher bayi namun hati-hati memegang bahagian dadanya kerana mungkin akan membuatkan bayi muntah jika tersalah pegang
  • Kemudian sebelah tangan lagi untuk usap belakang bayi perlahan-lahan. Cara ini dikatakan bayi mudah sendawa
3. KEDUDUKAN PERUT CARA MENIARAP
  • Pegang dan baringkan bayi secara meniarap atas perutnya dengan posisi melintang dengan kedudukannya atas paha anda
  • Pegang bahagian dada bayi dengan sebelah tangan
  • Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya
  • Sebelah tangan lagi perlahan-lahan menepuk belakang bayi atau urut pun boleh dalam cara usap naik dan turun

4. BAYI DUDUK
  • Pegang bayi dan ribanya dalam posisi duduk menghadap ke depan
  • Semasa bayi di pangkuan anda, pegang bahagian dadanya supaya mudah anda menggerakkan paha anda perlahan-lahan
  • Gerakkan ini akan membuatkan bayi sendawa sendiri
  • Jika masih belum berjaya usap dengan sebelah tangan bahagian belakang bayi
5. DUKUNG BAYI
  • Pelbagai posisi dilakukan supaya bayi sendawa namun anda masih belum berjaya
  • MMungkin anda boleh menggunakan cara dukung bayi. Mudah sangat untuk dipraktikkan
  • Hanya perlu dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kanan ke kiri akan membuatkan bayi sendawa sendiri
  • Sambil itu  anda boleh usap bahagian belakang bayi dengan berjalan-jalan di sekitar rumah anda.
Kredit : Majalah Keluarga

Kepentingan Sendawakan Bayi

  1. Untuk mengelakkan bayi dari kembung. Sebabnya bila bayi menyusu dia akan sedut udara jadi kena sendawakan bayi anda untuk keluarkan angin dari badan bayi.
  2. Taknak bagi bayi jeluak,temuak mahupun termuntah
  3. Untuk mengelakkan bayi tersedak susu


Terdapat 5 kaedah untuk sendawakan bayi yang perlu kita pelajari dan praktikkan supaya kita tidak mudah berputus asa semasa sendawakan bayi kita. Ini kerana ada bayi yang senang sendawa dan ada yang perlukan masa dan semoga kita lebih bersabar dalam mengatasi keadaan ini.

Terima kasih kerana sudi untuk membaca diblog umisayangkamu ini ye. Bagi yang berminat ingin dapatkan Set Menyusu Shaklee atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi ida;-




Puan Ida
Call/SMS/Whatsapp : 0193397363

***COD kawasan Bandar Putra Permai,Puncak Jalil , Taman Equine , Puchong dan kawasan sekitarnya